Showing posts with label disaster. Show all posts
Showing posts with label disaster. Show all posts

Wednesday, May 20, 2009

zommmba....

kesian iqbal, penuh satu badan kena chicken pox, dari kepala sampai ke kaki. satu badan kena lumur dgn calamine lotion bagi kurangkan sikit gatal2. semoga cepat sembuh.
minum pun pakai straw sbb dalam mulut kena ulcer.

Friday, November 23, 2007

ciken pok

i should take a deep breath, relax dan terima hakikat yg bebudak akan jatuh sakit from time to time. we all will. it's the normal process of adapting to our ever changing surrounding.

lepas habih episod cirit, ayu kena penyakit kulit la pulak. tumbuh ruam-ruam kecil yg melepuh. macam chicken pox. tetapi bukan, sebab dia tak demam, masih berselera makan, dan takde sakit apa kecuali mengaru-garu. ruam tu tumbuh kat tempat yang dia garu. habih satu kepala penuh ruam sebab dia suka garu kepala. nak kata ada kutu, takde pulak. kelumumur jauh sekali.

but the kids tot it was funny. they were jumping around sambil buat bunyik ayam 'pok! pok! pokkkk!!' and called it 'ciken pok'. heh heh. yup, go join the kids making fun of a disease. it really lighten up your day.

ciken: bukan saya!

setelah pegi berulang ke klinik 2-3 kali tak baik jugak, kami pegi bawak ayu jumpa paed kat smc. dah ok. doktor bagi ubat krim antibiotik dan ubat makan antibiotic dan special sabun badan. sekarang dia mandi guna sabun special. sungguh mengada-ngada sekali kulit budak ini.

dan, doktor kata takyah risau apa-apa. it just a minor allergic reaction.

aku terbaca satu artikel kat klinik (see how much time i spent waiting at the clinic? siap habih baca satu artikel tu). dia kata, maybe bebudak zaman sekarang allergy-prone sebab diorang terlalu bersih. dan bila sakit sikit, cepat-cepat kita bagi makan ubat. tak sempat antibody badan yg dah dikeluarkan oleh badan nak pegi lawan penyakit tu.

since kurang penyakit yg nak dilawan, antibodi dalam badan ni kira takde keje la. sebab dah bosan sgt duduk melangut, antibody badan telah bertindak untuk menyerang protein2 pelik dalam badan. saja suka-suka katanya, mengisi masa lapang. last2 jadiklah allergic reaction.

kesimpulannya, artikel tu cadangkan supaya bebudak ni selalu jatuh sakit, supaya antibodi badan sebok melawan penyakit. bukan menyerang sel-sel lain.

itulah kisahnya.

Tuesday, October 30, 2007

cracked heels

alamak! tumit aku dah pecah-pecah! bagaimanakah ini boleh terjadi? cess.. over la pulak. aku mmg hari2 dok menyental tumit dan sapu losyen. ini petua dari mak sedara aku, diorang yg suruh aku amalkan dari kecik2 lagi. diorang sental guna berus sabut. aku tak sanggup sebab sakit, so guna span mandi jek.. heh heh.. adakah ianya tanda2 penuaan? atau hanya isyarat yang badan aku kekurangan air? why?? why??

aku cuti hari ni, sebab nak jaga ayu yg muntah-muntah dan cirit birit sejak malam tadi. every 2 hrs or so, kalau dia tak muntah, dia cirit. aku tido disulami aktiviti-aktiviti mengangkut dia ke bilik air, bersihkan apa2 yg patut dan last2, bila dah subuh tu, aku terlentok kat kerusi depan tv. itulah tido aku yg paling nyenyak, sebelum adik kejutkan aku sebab dia nak mandi, nak pergi sekolah. aku terkejut gak la, bukan sebab dia kejut, tapi sebab dia bangun sendiri, dan dia sendiri yang nak mandi dan nak pergi sekolah. yup! the regime finally stucked in his subconcious mind! yahuuu...

aku rasa ayu ni jangkit dari adik, sebab ahad hari tu adik kena muntah2 dan cirit2 ni jugak. tapi cepat gak la dia recover sebab mlmnya dah ok. tak sangka ayu yg kena pulak.

aku kesian gak tengok si ayu, bila dia muntah tu, kekadang keluar air masak, kekadang macam tak keluar apa2, angin je kot. sampai dia jadik semput, takleh bernapas. tapi, kalau dia cirit lagi kesian. pedih bontot dia asyik berak dan cebok. sampai nangis2 la pulak. tapi kalau dia cirit, takde la kotor kat mana2 sebab dia pakai diaper. kalau muntah pulak, sesuka ati je dia nak muntah kat tilam la, bantal la, kusyen la, walaupun aku dah tadahkan besen kat mulut dia.

hmm.. aku nak tulis lain sebenarnya, apesal jadik topik ni pulak? hantam sajalah....

Wednesday, August 29, 2007

kebah demam

[demam]
minggu lepas sorang-sorang anak aku demam. bukan demam biasa, tapi demam panas (viral fever) sampai 3-4 hari. adik pulak kalau demam mmg masalah, sbb dia langsung tak lalu nak makan atau minum, dan paling lambat nak sembuh. dah le dia ni jenis kalau demam, badan dia menggigil2. dia kena pakai setokin dan selimut berbungkus satu badan - bila dia tido merengkok, kekadang aku tengok mcm ulat bulu pon ada. heh heh.

aku pun kalau demam sama mcm adik. badan panas, tapi yg herannnya, rasa sejuk sangat sampai menggigil2. masa aku kecik2 dulu, mak aku akan selubungkan aku dgn selimut dua tiga lapis. sampai aku berpeluh2 dan kebah demam. mmg camtu caranya. tapi utk baby takleh buat gini eks. budak beso je boleh. kalau baby, kena lap2 badan dan kepala dia sampai panas tu kurang. korang jgn selimutkan baby tebal2 pulak. kang tak pasal2 kena sawan budak tu.

[the kids]
iman baca buku. adik dan ayu pun ikut sama.
'mata untuk melihat.. telinga untuk mendengar.. hidung untuk menghidu..'

as usual, aku saje tanya soalan2 cepumas kat adik, saje nak tau apa dia jawab.
omi: perut untuk apa?
adik: perut untuk memandi! (siap tambah imbuhan 'me-')
omi: aaa??
adik: haa.. mandi! sabun kat perut. haa.. ada babel (bubbles) banyakkkk...

heh heh.... orang lain mandi, sabun satu badan. dia mandi sabun perut aje. patut le kat leher berdaki..

Monday, July 02, 2007

blackhead & whitehead

Cari Forum » Beauty & Fashion Tips » [Merged] blackheads

heh heh... aku baca forum tentang jeragat. perbincangan yang serius jadik lawak la pulak. hahahahahhaha... kelakar! tergelak aku sorang-sorang depan pc ni.

kalau korang ada masalah blackhead & whitehead - sila layari website diatas. tapi elok ke tak elok muka korang, aku tak tangggung yek... [disclaimer] heh.. heh..

Friday, March 30, 2007

unseen enemies

ok, first there were swarm of scabies @ kudis buta that invaded iman's skins. Memula ingatkan ruam biasa, tapi bila penuh satu badan sampai celah2 jari pon keluar sama.. rupa2nya iman dah kena jangkitan scabies. ni gara2 mandi kat swimming pool kat PD hari tu la agaknya. nak tak nak, proses pembersihan besar-besaran terpaksa dilakukan. pakaian iman kena rebus dan selimut tuala semua kena basuh hari-hari. semua pakaian kena bilas dengan air panas. seelok-eloknya jemur bawah matahari yang terik. those mites won't survive under hot sun and high temperature >50degreeC. we won't survive either.

tiga hari dua malam di KJMC Puchongthen, some sort of bad bacteria raged in adik's stomach. The results? high fever, cirit birit dan muntah-muntah. he just melepek for the whole two days. makan tak mau, minum air pun tak mau. when asked 'nak minum air ke, nak kena cucuk jarum?', he weakly answered 'nak cucuk jarum'. well said. omi terus la calling around asking opinions and he's warded at KJMC puchong for 3 days due to dehydaration. he was given antibiotic doses to fight those bad bacteria. And to preserve the good bacteria in his body, we bought him vitagen. but still, habihla good bacteria mati sebab everytime he took his meds, the antibiotic won't know between friend or foe. semua dia kasi mati. mcm mana tu?

then, ayu pulak demam, cirit dan muntah. but she recovered quickly sebab dia still nak makan dan minum. semalam dah improve banyak. kalau tak, ayu pun kena dok kat hospital jugak.

what a week!


on lighter side:

iman is advancing his reading & spelling skills quite unexpectedly. maybe it's bcoz i'm the one who underestimate a child ability to learn more complex things. kami ajar in BM dulu to avoid confusion. sekarang ni semua perkataan dia nak eja. seluar jadi S-E-L-U-W-A. heh heh..

i was so surprised on the other nite when adik drew a 'mama gajah' dan a little 'baby gajah'. Sebab selama ni tak habih-habih lukis lori, lori simen, lori minyak, lori panjang, pistol, besi kejar orang, senapang, bom. And last nite he drew abang iman main yoyo, omi main yoyo, abah main yoyo. cute!

teka yang mana satu omi, abah dan iman? oh, adik pun tak nak kalah dalam bab eja mengeja. tapi dia eja sesuka hati. asal ada bunyik huruf sebijik-sebijik, pada dia dah betul la tu. K-D-L-K = LORI. boleh?

Ayu pulak, entah apehal kalau salam orang tak mau cium tangan, she shaking it intead. four times. exactly. everytime. macam orang nak deal bisnes jek.

Friday, March 09, 2007

monster

malam tadi, iman cakap ada monster. kat belakang pintu. yang kat baju, seluar dan tudung tu. lepas tu dia siap tunjuk tempat sangkut baju kat belakang pintu bilik.

aiseh! ni yang omi tak gemor ni. sebab omi ni pun kira penakut gak. dan sebenarnya iman, bila gelap, omi pun terbayang gak macam ada lembaga kat situ. almaklumlah, tudung pun sangkut situ, serkup kepala pun situ, seluar jeans pun situ, tshirt pun situ gak. i tot i'm the one who imagine yg bukan-bukan. si iman pun sama? did he see what i've seen?

cakap pasal monster ni teringat kes kat bukit putus, masa balik kola pilah pada waktu malam.

iman: diam dik, dah gelap. nanti ada monster.
semua diam seketika.
after awhile adik pun cakap: haaa.... tu monster! (sambil tunjuk ke arah hutan)
iysk budak ni. mulut takde insuran langsung!

Tuesday, March 06, 2007

xperiment

ingatkan senang nak gunting rambut ni. main bantai je la. iyolah, kalau tak cuba mcm mana nak tau, ye tak? but this was my 2nd try actually. my first try masa iman umur setahun, malam raya. tu lagi horror sebab satu kepala mcm kena gigit tikus. heh heh. lepas tu pegi kedai gunting rambut untuk repair balik.

some lessons learned:
  • jangan basahkan rambut. sebab bila rambut kering nanti jadi tak rata. kena trim balik.
  • try to visualised the style. kang tak pasal2 jadik bentuk tempurung.
  • jgn cukur rambut konon2 nak buat border. nanti jadi buruk sangat2.
  • ingatlah, ini kepala budak, bukan pc software yang boleh edit later.
  • kalau hasilnya teruk sangat, hantar aje ke kedai gunting rambut, minta guna trimmer #2.
  • if all fail, just relax sebab rambut akan tumbuh balik. heh heh.
ayu sebok nak buat pose heh heh... look at adik's hair... ok tak?