Showing posts with label plants. Show all posts
Showing posts with label plants. Show all posts

Monday, January 03, 2011

new year2011

hahahha.. tajuk je new year, tapi aku saje nak upload gambar2 'last year' yg tersimpan lama dlm henfon. boleh lah kan....
Ayu's drawings, clockwise:
1. ini miniyon
2. oranb ambel buwah
3. ini ikan dan tapak zulaiman
4. ini epel

atas: Pokok limau kasturi yg dibeli di MAHA2008, akhirnya berbunga dan berbuah bulan lepas.. yey! Status pokok2 lain? Semuanya mati. Pokok kunyit & pegaga tinggal separuh nyawa. huhuhuhu..

bawah: Gambar koleksi piala drpd Iman, Iqbal & Ayu tahun 2010. Mana nak letak ni yek.... buh dlm kotak, dan sumbat dalam gobok, boleh?

Tuesday, June 02, 2009

cuti sekolah

lega. i think i needed the 'cuti sekolah' more than the kids. kui..kui..kui... almaklumla, kitorang ni maidless. jadi, bila hari sekolah tu mmg agak huru hara gak la. bertambah pulak dgn baju sekolah yg kena sental baru bersih. mana boleh campak dalam washing machine semata. tak jalan punya. tu pun kena rendam dgn 'vanish' dulu satu malam. 

malam tadi dapat le aku berdating sambil menonton wayang. Monster vs. Alien. 3D. hikhikhik... effect dia mmg best la, real!


[chicken pox]
ayu & iman pulak kena chickenpox. takpelah, mmg cuti sekolah pun kan?? cuma, kesian kat Uwan diorang kena jaga cucu-cucu yg sakit. aduyaiii...
ayu bergambar ikut sequence, mula-mula jari satu, lepas tu dua, lepas tu tiga.. sampai sepuluh. heh heh. aku layan je la budak kecik ni, sambil menunggu abah dia pegi beli air kelapa.


[hot spells]
cuaca punyalah panas membahang, habih pokok2 aku kering, daun pun gugur banyak. alahai... kesian pokok2 aku...
habih gugur daun belah kiri, yg kena pancaran matahari. padahal mula2 dulu, belah kena matahari ni lah yg paling lebat daun dan buahnya. huhuhuhu.... 

Wednesday, April 29, 2009

futsal

iqbal main futsal utk tadika dia. dekat sebulan jugaklah dia berlatih, termasuk pagi sabtu & ahad. tu pun beberapa kali ponteng latihan sbb malas bangun pagi. dah le tu, ada friendly match pun taknak pegi. sesuka ati dia jek. 

berlatih futsal dgn cikgu tadika merangkap jurulatih yg sgt penyabar. boleh dia kontrol bebudak umur 5-6thn ramai-ramai nih. ada ke tengah berlatih, boleh pulak 2-3org merayap main gelongsor kat playground sebelah. aku tengok pun pening.

inilah hari yg ditunggu2. perlawanan futsal peringkat puchong. aku gelak sampai sakit perut sbb kelakar tengok bebudak ni beramai2 kejar bola satu padang. diorang ikut je mana bola tu pegi. gigih sungguh!

the result? team iqbal hanya dapat hadiah saguhati. tapi, friendly match yg dia malas nak pegi tu kan, tadika dia jadik johan pulak. adakah.....???


[nametag]

aku peningla, sepatutnya nama kat bawah, lencana kat atas, ke? atau lencana kat bawah, nama kat atas? atau mmg boleh sesuka ati nak letak mana2?


[kacang buncis]

wah! pokok kacang buncis ni mmg betul2 cepat membesar! baru sekarang aku percaya cerita 'jack and the beanstalks' tu. tak sampai sebulan dah keluar hasil (satu je, bukan banyak pun. hehehhehe). owh, kacang buncis yg satu itu telah kupetik, dan kuhiris nipis, campur dalam nasi goreng. sedap je anak2 aku makan.


[lipat kain baju]

anak dara ku sorang ni tetiba nak tolong lipat baju. aku puji2lah dia pandai lipat baju, dgn eksennyer dia menjawab, 'memanglah!'

hamboiiiii!


[doa panjang doa pendek]

Iqbal salin doa ni daripada buku dia. pls ignore huruf2 yg terbalik2 tu. dia kidal. and he's trying hard.

yg ni? doa pendek sebab dah penat salin doa panjang tadi. iqbal tergelak bila dia baca balik apa yg dia tulis ni. heh heh. tau pun salah.


[kepompong]

refer kat post aku pasal 'edible garden'. ulat beluncas tu dah jadik kepompong. tapi aku tak sempat tengok menatang apa yg keluar daripada kepompong ni. aku balik keje je, kepompong tu dah lompong. too bad :(


[building a city]

iqbal ni, kalau leka bermain, sampai berjam-jam pun sanggup. tu belum lagi dia susun kereta dan lori segala sepanjang tepi dinding. tapi yg aku perasan, dia mmg suka improvise, he can turn simple things into great wonders. campak aje lah ape kat dia, benang kecik, butang, kotak, serpihan kertas, straw, roda yg tercabut.. semua boleh buat dia leka. 

mmg beza dgn abang iman. iman loves games with rules & skills. main bola, bowling, carrom, boardgames, badminton.. 

dua beradik yg perangai bagai langit dan bumi.

and don't make me start with ayu.

*heh heh.*

Saturday, March 21, 2009

edible garden

aku ada tanam beberapa pokok dalam pasu. aku susun kat koridor. konon2 nak buat edible garden. beberapa hari lepas, aku jumpa dua ekor ulat beluncas yg gemuk tgh makan daun pokok limau aku. dah hampir togel pokok tu kena lahap. hari ni satu dah jadik kepompong, sekor lagi tak dijumpai.

hmmm.. tak sempat aku nak beri nama kat ulat beluncas tu. baru ingat nak jadikan pets.

but somehow, it proves that my edible garden is really EDIBLE. :)

ulat beluncas yg gemok tgh makan daun pokok limau kasturi. sedap betul agaknya.

Friday, November 07, 2008

rainbows

aku suka pelangi. suka sangat2. kalau hujan panas petang2, mesti aku melilau2 mencari di mana pelangi.
this is actually semi circle double rainbows. two very big arches. magnificent view! tapi aku dapat ambik gambar sebelah aje. satu lagi pelangi belah atas tu tak berapa jelas. maybe kalau aku jauh sikit masa tu, boleh ambik gambar full view.

kat ERL putrajaya. kat belah sini tak hujan kan?

tempat yg sama, belah sinun dah hujan. lebat pulak tu. heh heh.


[ayu's art]
ayu dah pandai lukis-lukis. hari tu dia tunjuk kat aku dia lukis spider. mula-mula dia lukis bulat besar. lepas tu dia lukis garis-garis pendek keliling bulatan tu. mungkin ini spider spesis lain. spider sebenar hanya ada lapan kaki sahaja.

ayu lukis abah. 'abah rambut duyan' (durian). 'abah gomok'. (kesian abah, walaupun dah kurus, tapi tetap dipanggil gemuk)

'ini omi. omi basuh pinggan.' (ye la... kang ayu dah beso sok, ayu tolong omi basuh pinggan ok? tapi mengapa kepala omi mcm kentang?)

ini? 'ini ayu. ayu pakai sepit kat rambut. lawa...' (tengok tu, pandai pulak bila self-portrait lukis cantik-cantik. ini tidak adil!)

[berkebun]
ini usaha aku berkebun untuk sekian kalinya. alhamdulillah, pokok cili yg aku beli kat MAHA tempoh hari masih hidup, masih berbunga, dan masih berbuah. yey! aku suka..! aku suka..! mmg aku suka dan sayang kat pokok cili ni.

pokok-pokok lain masih menjadi bahan experimen. pokok limau kasturi, dah tinggal ranting dgn daun. pokok limau purut pulak, tinggal daun tiga helai. baru je nak tumbuh, aku dah petik buat masak tomyam la, paprik la, atau saje2 nak letak dlm lauk bagi wangi. heh heh. pokok kunyit, mcm boleh survive. aku ambik kat rumah poksu hari tu. semoga berjaya.

kira pokok cili ni all-in-one la... daun rimbun. bunga dia lawa, kecik-kecik kaler putih. buah cili pon ada, comel-comel belaka. sedap mata memandang.