Showing posts with label books. Show all posts
Showing posts with label books. Show all posts

Wednesday, October 19, 2011

wolf! (bukan fox)

Hahahahahha... ini kes husband aku la yg blur, tanya 'Eh, apa nama fox yg kita pergi beli buku tadi?' hikhikhik... nak buat mcm mana, gambar kat banner tu katanya rupa fox, bukan wolf. Apa-apa je la cik abang oii... sbb awak yg bayokan buku2 tu kan? heheheheh...

Aku pilih: Butterfly Brain, In the Beginning, University Challenged dan A field Guide to the British. Iyer, EMPAT aje. Yang lain2 tu husband aku pilih, termasuk satu buku Trump/Kiyosaki yg tiada dlm gambar.

Ni la pertama kali aku pergi BigBadWolf book sales. Aku pergi pun sbb dia buat kat MAEP, yg aku tau kat situ kawasan dia besar, parking banyak. Aku tak suka kalau nak pergi tempat yg susah nak cari parking kerana berpusing2 di kawasan parking boleh mendatangkan marah dan memotong stim.

Harga mmg murah la, kalau sesiapa yg minat baca novel, boleh buat stok 5 tahun baca tak habis. Semua lebih kurang RM8 aje... Nasib baik la aku tak berapa minat baca novel, kalau tak, entah berapa tinggi la susunan buku2 tu... (dan nasib baik awal2 ditegah suami drpd beli buku resepi/masakan.. heheheheh...)

Buku budak2. Yang paling mahal, pop-up-book RM20. Yang lain2 tu dalam RM3/RM5 aje...

Sunday, January 17, 2010

kisah ke-tiga belas

aku baru je habih baca novel 'the thirteenth tale' ptg tadi. mmg best, mmg sarat dengan misteri, a layered story with twisted ending. setiap watak diolah terperinci. ada cerita di dalam cerita. ada misteri di dalam misteri. membaca buku ni aku terbayang umpama kita kupas kulit bawang, selapis demi selapis. hingga akhirnya kita terkejut sebab bukan ubi bawang yg kita jumpa kat tengah2 bawang tersebut, tapi seketul halia. atau bawang putih. atau limau kasturi. yup, that twisted. inilah yg orang kata cempedak jadik nangka.

aku kalau baca apa2 buku cerita atau novel mmg nak ngelat jek - mesti nak tau ending dia macam mana sbb aku tak tahan saspen. but not this time. i took a peek, but didn't dare to read it. setiap perkataan dan setiap ayat dalam buku ni aku ulang baca as not to missed any point.

Cover to the first edition

i bought it at carrefour for RM5, aku beli sbb murah, bukan sebab aku nak baca sgt, atau tertarik kat buku ni. i might enjoy it, i might not. tak rugi pun. dan mmg aku tak rugi baca buku ni. best!

reading it initially didn't really caught my attention. aku baca sikit, aku simpan balik, lepas seminggu dua baru aku baca semula. gini ler jadiknya bila dah lama sgt baca buku2 teknikal, reports dan segala berita yg menghidangkan fakta2 belaka, i found it hard to digest anything full with literature values. aku rasa mcm tak cukup sabar nak tilik ayat demi ayat demi ayat. only when i stopped sweeping the sentences and pages, that i've started to appreciate it, to be engulfed by its story. u can't speed-read things like this.

but i've not done yet. i need to read the whole story one more time, scrutinizing the details with the end in mind.

Tuesday, February 05, 2008

majalah

aku dulu membesar dengan majalah GILA-GILA dan VARIASARI. sebab, mak/pak sedara aku rajin beli dua majalah ni. aku tumpang baca jek. masa tu manalah mak aku mampu nak belikan majalah kanak2. setahun sekali kot aku dapat baca BAMBINO. tu pun pinjam kawan punya.

aku start baca majalah GILA-GILA sejak aku baru kenal huruf (masa tu tengok gambar aje), sampai la aku pandai membaca (aku baca je, tapi tak faham). bila tiba cuti sekolah, mak aku hantar aku balik kampung. masa ni lah aku akan selongkar almari buku pak/mak sedara aku, cari GILA-GILA. kekadang terjumpa majalah GELIHATI dan BATUAPI. pada aku, GELIHATI bahannya lebih ringan, dalam tu ada lirik lagu yang diterjemahkan jadi kartun. salah satu lirik lagu yg dikartunkan, yang aku ingat sampai sekarang ialah lagu 'right here waiting'. BATUAPI pulak aku tak berapa faham, kartun dia pun macam kasar-kasar jek.

VARIASARI pun aku baca jugak. ada banyak cerita pelik-pelik dalam tu. yang paling aku ingat ialah cerita bersiri 'bercakap dgn jin oleh tamar jalis'. peh! aku percaya je bulat2 apa yang dia tulis tu. aku pikir bestnyer kalau betul2 dapat mengembara ke alam ghaib.

bila aku dah ada duit sendiri, aku suka majalah UJANG (yg asal, bukan MOY). rajin la jugak aku pegi beli UJANG, sampai kaya kampeni dia (pakcik kayooo...!!). sekarang ni aku hanya beli majalah yg berkaitan dgn wanita & keluarga, tak kisah jenama apa. tapi tengok topik jugak. kalau ada topik yang menarik, baru aku beli.

kalau aku bersidai kat kedai buku pulak, aku suka belek majalah HOT. hahahhaha.. lagha betul!

aku belikan majalah AULAD utk iman. majalah tu untuk kanak-kanak tadika (preschool). aku nak bagi diorang MINAT membaca. adik tak reti baca lagi, dia eksen je tu belek2 majalah SAYANG MUSLIM. tengok2 gambar jek. heh heh..

Friday, November 17, 2006

a house for mr. biswak

peh! dah lama giler dah tak baca novel atau buku cerita yang tebal-tebal ni. tak habih-habih dok baca pasal mende-mende teknikal jek. it's about time i change to something that have more literature values. ceewah!

it started well with harry potter's series, during mid-2006. All are, however, e-book in pdf format, downloaded from the internet. i read all but one, Halfblood Prince - ada sesapa boleh pinjamkan buku ni kat saya? i promise to speed read, insyaALLAH dalam seminggu je dah boleh habih. tapi, cerita-cerita fiksyen ni tak boleh la nak speed read, nanti 'feel' tu takde, tak dapat nak menjiwai watak. kena baca dgn teliti dan penuh penhayatan - thus, please give me a month to finish.

i found out harry potter potrayed in the book are very much different from the movie. there is a dark side of him, the way he suffered and fight-back. i pity him, but at the same time, salute him for all his courages and self-righteous. walaupon ada bab yang tak masuk akal, hero sentiasa menang, tapi tak sabar gak la nak tunggu tamat cerita ni. adakah Lord Voldamont berjaya ditumpaskan. atau, adakah cerita ini takde penghujungnya? atau adakah harry potter terpaksa commit suicide sebab dah tak tahan dgn ancaman musuhnya? kita tunggu...

now, i'm reading 'a house for mr biswak' by VS Naipaul. buku ni tak sengaja terbeli masa pergi giant hari tu. di jual longgok2, buku-buku lama RM8 jek. i didn't think twice, novel tebal 3 inci dapat harga lapan ringgit? it's a really good bargain! tak kisah le citer dia best ke tak, tak kisah sapa author dia, janji i got myself something to read.

its' a simple story of mr. biswak's quest in buying his own house - or trying to acquire a piece of land that can be called home. located in port-of-spain, of trinidad & tobago, in the mid of world war II, mr biswak was born poor and married to a rich family that owned a sugar plantation. but instead of ventured into his inlaws' business and working for them, he stand-up for himself, searching for his own job. it did stirred some uneasiness among the inlaws, and in many occasions, his wife was the one who tried to strike a delicate balance between her husband, and her very complex organisation of family structure.

sama seperti kehidupan kita hari-hari, hidup mr.biswak ni penuh dengan dugaan dan penuh juga dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. kadang-kadang, kita sampai di satu penghujung jalan, dan kita tak nampak jalan lain untuk keluar dari situ, pada masa itulah pertolongan tiba, dari sumber-sumber yang tidak dijangka. selagi masih bernyawa, perjalanan hidup, nak tak nak, perlu diteruskan.

hmmm... dan siapalah yang tak idam-idam rumah sendiri, ye tak. kalau tak dapat rumah banglo dua tingkat, dapat rumah kecil untuk berkumpul anak-beranak pun cukuplah. kalau tak dapat laman luas ada swimming pool, dapat balkoni tiga kaki pun dah memadai. yang penting rumah tu kita punya.

telanjur tulis isu pasal rumah ni... mcm mana nak handle bebudak without maid? rasa mcm dah takde privacy la kat rumah tu. can i at least have a place of my own? kalau carik maid yang datang jaga rumah + anak2 waktu siang je, ada tak? help! help!