Showing posts with label digicam. Show all posts
Showing posts with label digicam. Show all posts

Friday, June 06, 2008

digicam

oleh kerana digicam aku #2 iaitu BenQ dah dilenyek tayar kereta, dan retak skrin LCDnya, aku pun decide beli digicam baru. huhuhu... nak pilih pun rambang mata. mcm2 la pulak function yg ada. aku takde la nak beli yg canggih manggih, setakat ambik gambar buat kenangan aje dah cukup. specs pilihan aku: 5MP, slim compact camera (senang nak bawa kemana2) dan murah.

camera BenQ aku yg telah banyak berjasa ambik gambar aku anak beranak utk disimpan sebagai kenangan.

digicam baru 8MP, tapi aku guna 5MP je. i dun see any point to put it at its max MP sbb aku bukannya nak print gambar up to poster size. aku simpan dalam PC aje. paling tidak pun aku buat VCD.

Test 1: Normal mode, auto focus. actually semua setting aku letak auto. heh heh.

Test 2: guna macroshot, kalau letak camera kat tripod lagi bagus kot. tangan gigil la.

Test 3: pemandangan di taman botani, putrajaya. panorama shot, stitched with ArcSoft. click pics for larger image.

Test 4: siapa lagi kalau bukan budak-budak tiga org ni. night shot, tapi ni actually waktu senja. guna preset scene mode aje.

klik sini pasal post #1 digicam aku: toshiba i-mega.

Wednesday, December 21, 2005

digital camera


inilah ropa digital camera ku yang pertama... hitachi i-mega, 1.3MP, beli awal tahun 2003... kat malaysia rasanya takde jual jenis ni... lagipon awal2 tahun 2003 dulu, digital camera ni masih rare lagi, dah tu mahal melampau.... teka harganya? heh heh... RM300 saje.... apesal murah sangat? sbb kirim bos beli kat jepun... tu la pasal...

bila dah beli digital camera, kena la beli extra memory, ye tak? so, jenuh la pusing2 cari sd card sana sini.... tapi, harga... mak aih! 64M = RM250!!! - sekarang harga sd card dah murah giler.... yg spesis 64M pun dah takde lagi dah.. dah pupus...

masa tu we all nak pegi family vacation ke pulau pangkor... bawak iman, umur dia baru 4 bulan... best gak la ambik gambar & short clips dgn digital camera - eksyen semacam jek.... bila dah ambik gambar banyak2 tu, save dalam pc, guna window movie maker jadikkan vcd, burn dalam cd-r.... kewl!

now ni, camera tu dah mcm cikai giler... almaklumler, takde stabiliser, takde internal illuminator, resolution pon kecik, kualiti gambar untuk print tak berapa elok, video clip pun takde suara... hehehehe... macam movie charlie chaplin dolu-dolu la.... nasib baik ada kaler... kalau hitam putih, lagi la pilunya...

nevertheless, digital camera tu masih boleh gunakan lagi, cuma internal memory dia dah kong - tak boleh upload gambar ke pc.... sayang jek sbb dalam internal memory dia ada gambar iman tgh gunting rambut... comey giler!!!

p/s; bak maih le sd card tu balik.... hehehehehhe.... for ur ipaq, beli lain la weyyy... :P

oh btw, i still love my first analog camera, canon with BIG viewfinder.. walaupun casing tempat bateri tu dah rosak, but the quality masih lagi tiptop!