Showing posts with label school. Show all posts
Showing posts with label school. Show all posts

Wednesday, March 19, 2014

macam-macam hal

Rumahku dah lama terbengkalai.... konon2 lepas habih exams hari tu nak la kemas2 ke apa, tapi hampehhh... setiap hujung minggu kami pergi berjalan atau balik kampung... hahahha... mcm lepas dendam aje kan... hehehehhe... Sabtu ni kelas dah bermula mcm biasa... oh, tabahkanlah hati mengharungi satu semester ni je lagiiii

Si budak kecik Mat Hanif tu pun dah nak masuk 10 bulan... kejap je kan... apa org buat semua dia ikut. Bila diajar cakap mcm dah ada bunyik2 mengikut jugak tu. Dan yg terkini, dah pandai nak memapah plk dah... merangkak pun tak lagi... iysk iysk iysk lasak sungguh... Oh, gigi bawah dah tumbuh dua batang. Bab makan jgn cakap, semua dia telan. Aku pun suka la nak menyuap, kek, kuih bahulu, puding, mash potato semua belasah... hahahha... Buah2an aku potong2 masuk dlm food feeder dia... senang dia makan sendiri... bagussss...
First time duduk dalam baby chair... muka cuakk.. hehehehhe

Si Iman plk tahun ni darjah 6. Aku tak hantar dia tuisyen sbb nampak dia boleh study sendiri dan rajin buat kerja sekolah. Pada aku itu dah cukup bagus, tak perlu lah nak tekankan sgt pun.. Daripada pergi tuisyen malam2 tu, baik aku suruh dia tido. Boleh rehatkan badan dan minda, bior cergas dan cerdas bangun besok pagi.

Sekolah Iman ada buat kelas tuisyen, tapi dia buat belah petang lepas sekolah. Boleh? Padahal kan ramai budak2 yg sekolah agama.. diorg nak ambik PSRA lagi.. takkan tak pergi sekolah agama plk. Lagi satu, pada aku, pergi sekolah ni bukan semata sbb nak pereksa, tapi sbb ilmu tu sendiri. Terutama sekolah agama. Kat situlah diajar hukum tajwid, tauhid, feqah segala secara lengkap, yg kita tak mampu nak ajar sendiri kat rumah. Kita nak terangkan secara umum boleh la, tapi kalau nak detail sgt tu mmg kena berguru lah kan...

Iqbal plk aku tengok setakat ni pelajaran dia ok.. tapi tunggu result ujian 1 karang, baru tau ok ke tak... Oh, dan nampaknya aku kena belikan Iqbal 'a pet' jugaklah seperti yg diminta. Pening aku tengok Iqbal layan adik dia si Mat Hanif tu mcm 'pet'. Nak marah tak termarah, nak tergelak pun ada. Bila budak kecik tu dalam walker, abg Iqbal tambat kat kerusi. Bila si kecik tu menyusur kat lantai, si abg ikat mainan dengan tali, acu2kan kat budak tu.. mcm main dgn kucing! Bila budak kecik tu berlari dalam walker, abg Iqbal ambik kain kibar2 konon2 dia matador, dia buat si kecik tu meluru kat dia! Hadoiii... pening omi...

Dan si Ayu pulak... aku mmg tak berapa faham sistem KSSR nih. Bila tanya dia kata semua ok. Tapi bila suruh buat latihan, lambattt sgt menjawabnya. Bior betul??? Suruh buat latihan math tambah tolak pun terhegeh2. Bukan suruh congak pun, tulis atas kertas tu... Nampaknya aku yg kena ngajo si ayu nih. Aku beli buku latihan utk setiap subjek, dan suruh dia buat. Aku mula dgn Math dulu. Memula aku suruh buat jadual, setiap hari lain2 subjek. Tapi, bila ulang balik buat latihan yg sama, semedang lupa. Sekarang ni tumpukan kat satu subjek aje dulu, tengok mcm mana.


Tuesday, May 15, 2012

relaks


ok, aku rasa mcm baru aje hari tu mula kelas, hari ni dah dapat email suruh daftar utk exam plk? oh no!!! mari panik...

oh, ada beberapa points yg aku nak tulis kat blog ni sejak aku sambung study, tapi asyik bertangguh aje...

1. segala2nya online. dari sejak mula buat pendaftaran, sampai la dapat jadual & info segala, semuanya secara online, paperless.. tapi aku print jugak la... hahahha.. esp jadual kelas..

2. lectures notes are distributed tru usb thumbdrives. dalam tu dah siap dgn e-books, past exams questions, past notes, tutorials, assignments.. tinggal nak baca aje. tu pun tak terbaca..

3. ok, nampak sgt aku dah ketinggalan zaman, sbb last aku habih belajar tahun 1999. masa tu google pun takde lagi, wikipedia apetah lagi... heheheh...

4. FB group with coursemates & lecturers.. aku letak diorg dalam resricted zone, bcoz am a private person, aku tak berapa kenal diorg lagi. maybe kalau dah kenal lama nanti, baru diorg boleh jadi kawan aku... heheheh...

5. since all three subjects yg aku ambil semester ni mmg work-related, aku rasa boleh faham the whole idea.. cuma, bila part details tu, payah sikit la nak ingat..

6. hantar assignment pun online, tapi kena tapis dulu for plagiarism... heheheh... assignment 10pages dah jadi 3 pages aje selepas buang mana2 yg tak patut... belasah aje la...

7. ada masa2 aku sungguh semangat dan konfiden sekali (siap berangan boleh score 4.0) tetapi ada masa aku sungguh down, rasa terjebak (whyyyyy?????) dan panik kalau aku tak pass (arggggghhhh!!!)

8. i should type and finish my assignment, abt now? heh heh...

Tuesday, March 27, 2012

jalan lain


Wow! Betul la, org kata kalau kita setkan minda kita kepada sesuatu yg kita nak capai, mesti akhirnya akan jadik juga...

Alhamdulillah.. urusan pendaftaran aku utk sambung study berjalan lancar, sempat pulak tu dapat baucer buku.. Tapi kat Popular (kedai buku yg paling dekat dgn rumah aku) mana ada banyak pilihan buku2 teknikal ni... Last2 aku habiskan baucer tu utk beli stok kertas (senang nak print assignment nanti), pen, pen color (konon2 nak buat peta minda), files/folders dan buku nota. Dan tak lupa jugak beg organizer kecik. yey! i'm so ready for school! hahahhahah... tetiba excited.. oh, aku ada juga belikan komik siri ikhtiar hidup utk anak2 sbb diorg sabar menunggu kat kedai buku tu. Husband aku pun dapat seketul buku + pen gak la sbb tolong angkat barang.. heh heh... (eh, duit BB1M ni kan duit cukai rakyat... duit aku gak la tu, dah tiap2 tahun aku bayar cukai...)

Ada ramai yg tanya apesal aku nak sambung study. Kebanyakkannya aku jawab sbb job requirement. Iyelah, aku kat keje bahagian r&d, company aku mmg galakkan mende2 gini. Kdg2 kita ingat kita dah tau, tapi sebenarnya makin banyak yg kita tau, makin banyak yg kita taktau. Dah la perkembangan teknologi semakin pesat. Masa aku baru2 grad dulu, 3G teknology was a hot topic, tapi skrg org bercakap ttg LTE, ttg white spectrum, ttg fiber, ttg Green technology. Hal 3G dah jadik lapuk. Aku dah terasa ketinggalan zaman habih dah ni.

Dan sebenarnya aku dah lama rasa 'kosong'. Aku asyik uruskan hal org sampai aku lupa nak uruskan diri sendiri. Aku didik anak aku utk cintakan ilmu, rajin baca buku tapi aku tak buat pun. Mmg inilah masanya aku belajar bersama2 anak2 aku. Diorg ada h/work, nanti aku pun ada h/work. Fair la kan?

Mula2, aku pikir nak tukar keje utk cari pengalaman lain, tapi diri ni tak berani la pulak keluar drpd comfort zone. Dah syok dok kat sini. Jadi aku rasa baik aku daftar U. Dapat aku jumpa org lain, kawan baru dan belajar sesuatu yg baru. Dan aku rasa aku akan lebih 'in-control' dgn hidup aku. Manalah tau kot2 lepas belajar ni dapat peluang kerja tempat lain..

Tapi iyelah... kita hanya merancang.. kalau la ditakdirkan tetiba dapat baby (wah!) atau ada aral melintang, terpaksa aku tangguh pengajian atau langsung tak habis belajar, sekurang2nya aku dah cuba. So no regrets! :D

Semoga usaha utk menuntut ilmu ini dipermudahkan dan diberkatiNya... insyaAllah..

Friday, April 22, 2011

majulah sukan untuk negara


Dah macam iklan kempen kat tv RTM dolu-dolu daaaa... heh heh..

Setiap tahun, tadika2 Pasti akan mengadakan pertandingan netball & futsal untuk setiap kawasan masing2. Of coz cikgu akan ambil budak2 6thn utk mewakili tadika. Yelah, dah besar.. senang sikit nak faham arahan..

Aku kagum jugak dgn usaha cikgu2 ni. Cubalah bayangkan, org dewasa pun susah nak faham peraturan main netball, ni lagi mau explain kat budak2 enam tahun? Dah le peraturan netball ni cerewet, takleh pegang bola lama, takleh masuk kawasan org lain, takleh gerak kaki kalau dapat bola, takleh itu takleh ini.... aduhaiii.. itu baru konsep dan peraturan, but a team is a team. Netball is teamwork's efforts. Kalau futsal tu, dapat sorang striker insyaAllah dah boleh tendang bola masuk gol. Netball 's not that easy, at least ada tiga kali passing bola baru boleh shoot.

Futsal pulak, mmg la nampak mudah sbb boleh main belasah sepak bola ramai2, tapi cuba terangkan strategy nak menang kat budak2 ni, konsep 'attack & defend'. Which was totally useless sbb aku tengok both teams beramai2 kejar bola, dan ikut je bola mana pergi! hahahahahha... kelakar!

Setiap perlawanan tak lama; 5min main, tukar gol, then another 5 mins. Tapi itupun dah cukup kelam kelibut. Since Ayu masuk game netball, mcm2 perangai yg aku perhatikan. Ada budak yg blur, yg termenung, lost.. tangkap bola pun tak reti. Tapi ada jugak budak yg betul2 ada bakat: baling bola elok, tangkap bola cantik, pandai cari kawan yg kosong utk pass bola.. dan especially shooter for netball, ada yg very sharp, shoot terus masuk ke dlm jaring! respek la. Cikgu2 dan makbapak jgn cakap le, terjerit2 memekik2 kat tepi gelanggang. Budak2 yg main tu mana ada dengarnya kalau bising mcm tu kan? hahahahahha....

atas: 1st game - Ayu jadik 'centre' merangkap kapten pasukan. Tapi dia selalu terus pass bola kat GS sebaik wisel bunyik, mmg salah besar la...tapi, dah dia nampak GS je yg kosong, kan... heh heh..

tengah: Team Ayu kalah peringkat final, jadi naib johan pun dah ok. Tahniah!

bawah: Ayu & her friends. Ayu demam sebenarnya, tapi dia yg beriya-iya nak main netball jugak. Fuh, kuat betul semangat budak ni.. 

pandai jugak GK tepis bola.. tapi apesal beramai2 kumpul dalam D ni?? hahahahha... belasah je la...

A day before.. watched Rio in 3D @ ioi mall :D

Tuesday, April 05, 2011

ayu's 6th bday (12 Mac)


Pagi2 lagi Ayu dah ke padang Kg. Sri Aman Puchong (org kata, tasik dan lombong sekitar Kg Sri Aman ni ada buaya, tapi taktau la betul ke tak) untuk menyertai acara sukaneka anjuran Pasti kawasan Puchong.
#1 & #2: Acara baling belon, pasukan Ayu menang bergaya.. takde satu belon pun yg jatuh, jadik awal2 lagi dah menang :D

#3:  Acara susun tin. Ayu peserta akhir, tapi tin tu jatuh la pulak, terpaksa dia susun balik semua... yg ni kalah teruk.

#4: Acara lari ulat bulu.. hehehhehe... Ayu jadik kepala ulat bulu, punyalah laju lari, tercicir kawan kat belakang... tapi menang pulak.. hahahah... b'day luck dia kot.. :D 

Last sekali.. gambar kek ayu, dia pilih sendiri.. kartun ninja turtle..  bawak balik kampung, makan ramai2..

Hadiah Ayu utk diri sendiri (beli guna duit sendiri tu... kerana omi agak kedekut, takmo belikan mainan banyak2.. hihihihi... saje biar dia belajar pasal duit)

Mokde belanja makan kat PizzaHut... dah lama betul kitorg tak makan pizzahut, selalu kalau teringin nak makan pizza, kitorg order domino's ajer... sedap betul pizza prawn king & spaghetti meatballs... mungkin sebab faktor lapar + orang belanja... hehehehhe... yummmeh!

Hadiah birthday buat Ayu... Hello Kitty house set.. :D

Wednesday, March 09, 2011

High-Pressure Preschools: How Much Is Too Much? - DivineCaroline

High-Pressure Preschools: How Much Is Too Much? - DivineCaroline

Aku mmg tak setuju kalau bebudak tadika dipaksa menulis huruf-huruf hingga sesempurna-sempurna nya. Pada aku diorg mmg perlu mengenal abjad, nombor dan benda. Boleh menulis ayat2 asas. Boleh mengira 1-10, boleh membaca perkataan/ayat yg sesuai dgn usia. Belajar asas solat, belajar doa2 mudah, belajar bermain secara berkumpulan, belajar bersukan, belajar mewarna dan melukis. Dan apa2 aktiviti yg sesuai dgn umur mereka. Tetapi bukan menyalin huruf demi huruf. Jangankan budak, aku sendiri tengok pun nak muntah.

Yup, mmg ada anak2 yg berbakat, yg boleh menguasai skil-skil ini pada usia lebih muda drpd rakan sebaya. Tapi tak semua. Apa yg aku perhatikan anak2 aku, masing2 ada level sendiri. Iman agak cekap menguasai pergerakan motor; daripada meniarap, merangkak dan dapat berjalan pada usia 11 bulan. Pada usianya setahun lebih dia dah boleh fokus dan menendang bola tepat pada sasaran, 2 ke 3 thn, bermain bowling mainan pun dah pandai 'strike', 5 tahun dah boleh menulis abjad rumi & jawi tanpa pergi ke sekolah. 6 tahun dah boleh bermain badminton.

Kami masukkan Iman tadika yg tak berjenama pada usianya 6 thn. W/pun tadika ni tiada jenama, tapi gurunya (owner tadika) berpengalaman dalam mendidik anak2 pra-sekolah. Awal2 lagi cikgu tu dah bagitau, kat tadika tu tiada peperiksaan, semua anak2 diajar ikut kemampuan masing2. Kerjarumah mmg langsung takde, Iman pun gembira je pergi sekolah. Masuk darjah 1 pun happy jer..

Now for Iqbal, mmg jauh beza. Secara kasarnya, nampak Iqbal ni lebih lasak, lebih aktif. Tapi lambat dari segi pergerakan 'fine motor'; tendang bola ke mana, baling bola melencong jauh. Aku agak heran la sbb masa Iman senang aje buat mende2 ni semua, aku ingat semua budak boleh buat mende yg sama. Tersasar jauh rupanya aku. Oleh kerana aku berpindah kerja, aku masukkan Iqbal ke tadika lain pada umurnya 6thn.

Niat cikgu tu betul, sebab Iqbal ada masalah menulis abjad (bertambah dgn isu kidalnya), Iqbal diberi latihan yg cukup banyak utk menulis huruf2 jawi dan rumi. Yup, aku pun paksa juga dia buat h/work sbb nak suruh dia prektis menulis. Sampailah bila dah pertengahan tahun, dan aku tengok Iqbal dah boleh menulis dgn betul (w/pun kadang2 huruf terbalik) tapi cikgu masih suruh buat mende yg sama, aku pun mengambil tindakan drastik dgn menyembunyikan buku2 latihan tersebut. Hahaha... aku telah menggunakan kuasa veto aku sebagai ibu. Pada aku cukup2lah tu. Menulis ialah skill sepanjang hayat, dia ada banyak masa lagi utk prektis.

Pada aku, terserahlah kepada ibubapa fikir mana yg terbaik utk anak. Mmg kita nak pendidikan yg terbaik utk anak, tapi takmolah sampai tertekan tak pasal2. Yg penting diorg gembira dan suka belajar.

p/s: Iqbal pun dah darjah 2 skrg, tulisan pun dah lawa. Dah boleh main badminton sama2 w/pun aku tengok dia mcm kekok je pegang raket.

Monday, January 03, 2011

new year2011

hahahha.. tajuk je new year, tapi aku saje nak upload gambar2 'last year' yg tersimpan lama dlm henfon. boleh lah kan....
Ayu's drawings, clockwise:
1. ini miniyon
2. oranb ambel buwah
3. ini ikan dan tapak zulaiman
4. ini epel

atas: Pokok limau kasturi yg dibeli di MAHA2008, akhirnya berbunga dan berbuah bulan lepas.. yey! Status pokok2 lain? Semuanya mati. Pokok kunyit & pegaga tinggal separuh nyawa. huhuhuhu..

bawah: Gambar koleksi piala drpd Iman, Iqbal & Ayu tahun 2010. Mana nak letak ni yek.... buh dlm kotak, dan sumbat dalam gobok, boleh?

Friday, December 24, 2010

update post 'cuti sekolah datang lagi'

Sedar tak sedar, tinggal lagi seminggu je cuti sekolah *sigh...*. Entah apa yg aku buat sepanjang budak2 ni takde, aku pun tak tau... yg aku ingat, me & hubby spent nite after nite watching dvds + makan2.. nak kata tengok wayang pun berapa kali jek...

ok, on the updates:
1. Baju sekolah agama teluk belanga dah beli, cuma kena trim labuh kaki & tangan.
*Mesin jahit buat hal, tapi aku dah berjaya kelim seluar sekolah. Tinggal nak edit lengan baju dan jahit lencana + tag nama..

2. Aku beli kain hijau, nak jahit sendiri kain samping sekolah - aku dah penat nak jahit cangkuk kain yg asyik tercabut. Jadi aku nak cuba jahit getah keliling, no more cangkuk.
*Langsung tak sentuh kain tu. hahahahhaha... minggu depan sempat kot. Kalau tak, hantar kedai je la... hihihihihi...

3. Basuh beg sekolah.. Ayu dah ada beg baru - hadiah drpd sekolah tadika dia.
*Beg yg koyak dah dibuang. Beg baru dah pun beli sorang satu, Iman & Iqbal. 

4. Basuh dan pilih baju yg elok utk dipakai tahun depan - boleh buat ganti2. Baju baru beli sorang dua pasang aje dah cukup...
*Aku simpan semua baju lama... sayang la pulak.. yang mana boleh pakai tu, pakai je la...

5. Kasut sekolah hancur... mmg kena beli baru..
*Dah beli kat gudang Bata RM15 sepasang.. beli sorang 4 psg; 2 kasut hitam + 2 kasut putih. Stokin hitam & stokin putih pun dah beli. Kasut lama dah buang dengan stokin segala...

6. Tiles kat bilik budak2 ni dah pecah.. kena la panggil org sodok jubin2 yg retak & tampal baru...
* Kontraktor janji nak buat minggu depan, deposit pun dah bayar. Harap2 ok.

7. Reorganize barang2 dalam almari, kemas balik mainan yg melambak tu... kemas buku2 sekolah...
*Done. Hampir 1/3 jugak la barang2 termasuk majalah2, beg2, toys, bantal2 dan baju2 lama dibuang dan disedekah kat cleaner. Me & Hubby agreed; only things with sentimental values are kept (dalam satu kotak). Mende yg 50/50 (sorang suruh buang, sorang lagi kata sayang nak buang) tu kami simpan dulu, kalau sampai our next cleaning session tak berusik, itu tandanya mmg layak ditongsampahkan.

Monday, November 22, 2010

cuti sekolah datang lagi... :)

Iman, Iqbal & Ayu sekarang kat kampung, mak aku yg jaga - syok la anak2 aku dapat gi jalan2 jumpa sedara mara. Mau makin tembam masing2 sbb dapat makan macam2.

Seperti tahun2 sudah, ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan hujung tahun ni:
1. Baju sekolah agama teluk belanga dah beli, cuma kena trim labuh kaki & tangan.
2. Aku beli kain hijau, nak jahit sendiri kain samping sekolah - aku dah penat nak jahit cangkuk kain yg asyik tercabut. Jadi aku nak cuba jahit getah keliling, no more cangkuk.
3. Basuh beg sekolah.. Ayu dah ada beg baru - hadiah drpd sekolah tadika dia.
4. Basuh dan pilih baju yg elok utk dipakai tahun depan - boleh buat ganti2. Baju baru beli sorang dua pasang aje dah cukup...
5. Kasut sekolah hancur... mmg kena beli baru..
6. Tiles kat bilik budak2 ni dah pecah.. kena la panggil org sodok jubin2 yg retak & tampal baru...
7. Reorganize barang2 dalam almari, kemas balik mainan yg melambak tu... kemas buku2 sekolah...

hmmm.. itu je ke? rasa mcm banyak.. but glad that I've put it down.. takde la serabut sgt kepala.. semoga berjaya!

Thursday, July 01, 2010

laporan midyear 2010

..aku nak upload gambar guna picasa, tapi tak boleh la pulak.. takpe... terus ke cerita hari ni..


[IMAN]

Cikgu dia komplen, lambat menulis dalam kelas. Dah tu, tak boleh duduk diam, asal cikgu takde je, dia mesti berlari2 keliling meja dalam kelas.

*sama aje dengan komen cikgu kelas dia darjah 1 dulu; nampak pendiam tapi kuat bermain sampai basah lencun setokin. 
tapi aku risau jugak, rabun ke dia ni sampai susah nak salin apa yg cikgu tulis?

peratus keseluruhan merosot sedikit (88% dapat #12) tapi takde la jauh sgt beza dgn student yg dpt #1 (92%). He got all A's for his subjects, so ok.

*pada aku, soalan sains kertas II agak susah utk budak2 darjah 2 (entah, aku dulu mana ada belajar sains darjah 2...). Ada soalan eksperimen tentang air & pokok. Gambar pun tak berapa jelas. Soalan matematik kertas II pulak kena tunjuk jalan kerja baru dapat markah penuh. Iman tulis jawapan saje, jadik dapat separuh markah aje la...


[IQBAL]

Dia ni mmg aku dah jangka. Komen cikgu dia sama je dgn komen cikgu tadika dia dulu: banyak berangan dan berkhayal, mudah hilang tumpuan dlm kelas. Tapi, bila buat latihan dan jawab soalan, betul pulak!

*kalau cikgu mcm tak percaya, aku ni lagilah mcm tak percaya. Iqbal ni ada dunia dia sendiri. Kalau kita bercakap, tumpuan dia ke arah lain. Langsung takde 'clue' dari reaksi wajahnya yg menunjukkan dia dengar kita cakap apa.

The teachers assured me that he's fine. Aku lega sbb cikgu2 dia memahami. Kalau jenis cikgu yg tak faham atau tak sabar, mau si Iqbal dah kena dera agaknya. Aku pun kadang2 hilang sabar dgn dia ni. Bila aku mula jerit2 dia pun jerit balik kat aku kata, 'Iqbal tau la!'. hadoii....


[AYU]

Tahun lepas Ayu dapat #1, daripada 5 org kawan sekelas. (Aku pun kalau ada org jaga si ayu ni, takde nya aku nak hantar dia tadika umur 4 thn!). Tahun ni pun dapat #1, daripada 25 org... bagusss... bagusss... tapi tak padan dgn perangai dia menangis setiap pagi! Ingatkan tak suka sekolah, tapi rupa2nya, dalam kelas, dia lah yg pertama angkat tangan dan jawab soalan cikgu. Takde masalah apa pun sebenarnya.. saje mengada2..

Kat rumah mmg aku tak pernah suruh2 Ayu ni baca buku ke buat h/work. Dia baru 5 thn kan, tak kuasa la aku nak paksa2.. Tapi, bila abang2 dia kena marah/jerit suruh baca buku & buat h/work, cepat2 dia pun sama baca buku.. heheehhe... tau takut...

Aku nampak dia ni mmg jenis study sendiri. Tak sangka pulak aku dia boleh membaca dgn lancar, mengaji pun lancar dan pandai menulis (termasuk huruf jawi). She is just 5! Aku rasa bersalah la pulak sbb masa Iman dan Iqbal, aku guide diorg tulis, baca ABC sama2.. masa tu Ayu kecik lagi, jadi dia hanya ngendeng2 aje, jadi observer... Tapi bila tiba time dia sekarang, aku tak buat mcm tu sbb aku dah 'tak larat' (@malas) nak ulang balik mende2 remeh tu.. haiyooo... selalunya, dia yg minta kat aku 'Omi, bacakan Ayu, Omi!'... barulah aku bacakan buku kat dia.... iyskk....

Aku nampak dia ni agak competitive, dia nak sama level dgn abang2 dia.. harap2 akan jadi sikap yg positive. Terlebih sgt pun tak bagus jugak...

Thursday, April 29, 2010

walking you to school

Pagi ni kami sampai awal kat sekolah. Aku pikir bagus jugak kalau aku jenguk2 kelas Iman & Iqbal. Kalau cikgunya ada kat kelas, boleh lah bertanya hal anak2. Tapi, sebelum tu, aku tanya dulu, nak ke omi hantar Iman & Iqbal ke kelas. Iqbal mengangguk. Iman sengeh, hesitated.

OK lah kalau gitu, aku bukannya sempat nak pegi sampai dua kelas pun.. so aku pun temankan Iqbal sampai kelas dia. Dia tunjukkan tempat duduk dia, dan kenalkan beberapa kawan dia yg berdiri di luar kelas. Cikgu takde. Loceng pun dah bunyik, semua kena berhimpun. Aku pun blah. Kang kalau lama sgt berdiri kat situ kang, ada yg ingat aku pun cikgu kat sekolah tu pulak. hahahhaha...

(from google image)

Aku dulu very2 independent. Sekolah kebangsaan dekat dgn rumah, jalan kaki aje. Sekolah agama jauh sikit, pun jalan kaki jugak. Aku tak ingat mak/bapak aku pernah hantar aku ke sekolah ke tak (kecuali pada hari pendaftaran). Kalau ada apa2 events kat sekolah pun, selalunya aku pergi dulu dgn kawan2, mak/bapak aku datang kemudian. Jadi aku rasa mcm janggal lak bila aku saje-saje hantar anak aku sampai ke kelas. heheheh...

Kesimpulannya? Entah, aku pun taktau. How abt cikgu2? Diorg rasa terganggu ke kalau ibubapa ngantor anak2 sampai ke kelas? Atau diorg suka sbb boleh kenal2 dgn ibubapa? How abt si anak? Are they embarrassed? Or they'll think it's cool & proud of it?

Monday, March 15, 2010

tak faham

Iqbal: Omi, gula mutiara tu lima ringgit ada dua puluh.
Omi: hmmm... ?
Iqbal: Kalau nak banyak omi beli sepuluh ringgit, nanti dapat empat puluh.

wah, aku pulak kena congak dalam kepala! betul la tu. Tapi iqbal, mengapa bila buat latihan maths banyak beno salah??? adakah sebab malas, rasa bosan atau penat?? 

aku tak faham budak kecik, w/pun aku dulu juga seorang budak kecik... 

at least now i know he knows..

Tuesday, January 05, 2010

laporan hari pertama sekolah

sabtu lepas dah uruskan bayaran yuran sekolah kebangsaan utk iman & iqbal. iqbal pula kena ambil diagnostic test. as usual, as a lefty, dia tulis huruf tu terbalik. dia tau mende tu salah, dia padam, tapi tulis terbalik gak. haihhhh... lantaklah, biar cikgu tau apa masalah dia. itu gunanya ujian diagnostik kan? supaya guru2 dapat kenalpasti pencapaian anak murid. as the result, iqbal dpt kelas ke-3 drpd 6 kelas semuanya. boleh la tu, yg penting dia dapat belajar ikut level dia. no rush here.
1st day of school, abah yg hantar iman & iqbal, dan abah tunggu sampai rehat. waktu balik sekolah, saspen omi & abah tunggu kat pondok jaga bila tengok bebudak sekolah semua meluru keluar. iysk... mana nak carik kalau dah ramai2 mcm ni. tungu punya tunggu, akhirnya nampak abg iman & iqbal berpimpin tangan jalan kat koridor. hehehhehe... cute pulak dua beradik ni. baguss... abag iman mmg boleh diharap.. :)
penat katanya. berehat sekejap. bawak beg kecik, pensel & kaler aje. dah dapat jadual nanti baru bawak beg sekolah & buku2.

gerak ke sekolah agama pulak. jumpa cikgu kelas utk pendaftaran dan bayar yuran. kemudian ke tadika ayu utk pendaftaran & bayar yuran jugak.

muka garang, tapi ada hati tunjuk tanda 'peace' tu! hahahhahaha...

ayu dah siap nak pegi sekolah. ingatkan tak payah beli uniform baru, tapi seluar dah tersenteng la pulak.... ptg nanti ler jumpa cikgu, beli uniform baru... huhuhuhu....

Monday, January 04, 2010

1st day of school 2010

hari ni iqbal mula bersekolah darjah 1. macam2 aku pesan kat dia. antaranya:

1. dengar cikgu cakap apa - ni penting sbb iqbal suka berangan dan melayang. mak aku gelar dia 'bang nin'. dia akan buat apa yg dia suka, langsung tak peduli keliling.

2. jangan kacau kawan2 kat sekolah - ni pun penting sbb iqbal sgtlah peramah. kalau abg Iman langsung tak bergerak dan susah nak bukak mulut dlm kelas, si iqbal is totally opposite.

3. lap tangan & mulut dgn sapu tangan. jgn lap kat baju! - mamposs aku nak menyental nanti!

yup. itu saje buat hari ni. kalau cakap banyak2 pun bukannya dia ingat. buat penat aku je membebel.

abg iman pulak masuk darjah 2. aku cuma pesan suruh jaga iqbal. ambik & hantar adik dia kat kelas. iman ni aku tak risau sgt, he's a caring & responsible boy. nak pesan suruh belajar pun, belum mula belajar lagi. but i know he'll do his best!

to iman & iqbal, enjoy your school years. it'll be over soon b4 you know it! :)

Sunday, June 28, 2009

entah apa penyakit..

..yg berjangkit kat Iman. seminggu lepas dia kejap demam kejap ok. hanya banyak minum air, tapi tak lalu nak makan. tak pasal2 kena tahan kat wad suspected denggi. dan tak pasal2 jugak kitorang berkampung ramai2 kat situ. mujur dapat single room.
peh! mcm bilik hotel. ini bercuti2 di wad namanya. almaklumlah masa cuti sekolah lepas tiga-tiga kena chickenpox, tak berjalan mana. boleh la ni, kan???



[ambik report cards]

cikgu Iman komen:
Iman ni nampak pendiam, tapi tak sangka banyak main!
*boleh tahan gak nakal dia kat sekolah yek*

cikgu Iqbal komen:
Iqbal selalu melayang dalam kelas. tapi bila kantoi, pandai plk cover konon2 dia tgh habih tekun belajar la tu. tapi setakat ni, kalau cikgu tanya soalan, w/pun dia tgh khayal, dia dapat jawab.
*kalau nak tengok dia concerntrate, tengok le masa dia tgh main mainan atau melukis. air liur meleleh pun tak perasan*

cikgu Ayu komen:
Ayu tulis lambat, dia tak berapa suka menulis. tapi dia suka buat kira2, gariskan, warnakan, suaikan sahaja. kaler pun nak cepat aje. kalau boleh dia nak guna satu warna for the whole picture. kalau suruh baca pun nak cepat aje alih m/surat sebelah. dan moody habih!
*sama la macam kat rumah. kalau dia taknak tu, jgn le paksa2, mmg dia buat muka toye aje. kita yg penat + naik darah*

Wednesday, April 29, 2009

futsal

iqbal main futsal utk tadika dia. dekat sebulan jugaklah dia berlatih, termasuk pagi sabtu & ahad. tu pun beberapa kali ponteng latihan sbb malas bangun pagi. dah le tu, ada friendly match pun taknak pegi. sesuka ati dia jek. 

berlatih futsal dgn cikgu tadika merangkap jurulatih yg sgt penyabar. boleh dia kontrol bebudak umur 5-6thn ramai-ramai nih. ada ke tengah berlatih, boleh pulak 2-3org merayap main gelongsor kat playground sebelah. aku tengok pun pening.

inilah hari yg ditunggu2. perlawanan futsal peringkat puchong. aku gelak sampai sakit perut sbb kelakar tengok bebudak ni beramai2 kejar bola satu padang. diorang ikut je mana bola tu pegi. gigih sungguh!

the result? team iqbal hanya dapat hadiah saguhati. tapi, friendly match yg dia malas nak pegi tu kan, tadika dia jadik johan pulak. adakah.....???


[nametag]

aku peningla, sepatutnya nama kat bawah, lencana kat atas, ke? atau lencana kat bawah, nama kat atas? atau mmg boleh sesuka ati nak letak mana2?


[kacang buncis]

wah! pokok kacang buncis ni mmg betul2 cepat membesar! baru sekarang aku percaya cerita 'jack and the beanstalks' tu. tak sampai sebulan dah keluar hasil (satu je, bukan banyak pun. hehehhehe). owh, kacang buncis yg satu itu telah kupetik, dan kuhiris nipis, campur dalam nasi goreng. sedap je anak2 aku makan.


[lipat kain baju]

anak dara ku sorang ni tetiba nak tolong lipat baju. aku puji2lah dia pandai lipat baju, dgn eksennyer dia menjawab, 'memanglah!'

hamboiiiii!


[doa panjang doa pendek]

Iqbal salin doa ni daripada buku dia. pls ignore huruf2 yg terbalik2 tu. dia kidal. and he's trying hard.

yg ni? doa pendek sebab dah penat salin doa panjang tadi. iqbal tergelak bila dia baca balik apa yg dia tulis ni. heh heh. tau pun salah.


[kepompong]

refer kat post aku pasal 'edible garden'. ulat beluncas tu dah jadik kepompong. tapi aku tak sempat tengok menatang apa yg keluar daripada kepompong ni. aku balik keje je, kepompong tu dah lompong. too bad :(


[building a city]

iqbal ni, kalau leka bermain, sampai berjam-jam pun sanggup. tu belum lagi dia susun kereta dan lori segala sepanjang tepi dinding. tapi yg aku perasan, dia mmg suka improvise, he can turn simple things into great wonders. campak aje lah ape kat dia, benang kecik, butang, kotak, serpihan kertas, straw, roda yg tercabut.. semua boleh buat dia leka. 

mmg beza dgn abang iman. iman loves games with rules & skills. main bola, bowling, carrom, boardgames, badminton.. 

dua beradik yg perangai bagai langit dan bumi.

and don't make me start with ayu.

*heh heh.*

Tuesday, March 10, 2009

lagu tadika

aku gelak je dengar ayu nyanyi lagu2 yg dia belajar kat tadika. mcm2 versi. kena dengar ulang banyak kali baru dapat tangkap apa lirik lagu tu.

lagu 1:
merah seventeen.. merah seventeen.. merah seventeen in a wayyy..
sunday, monday, tuesday, wednesday, thursday, friday and sunday...


*yg ni mmg aku confuse... lama baru faham. sebenarnya lirik dia ialah, 'there are seven days.. in a week..' tapi, mana saturday?


lagu 2:
one two.. pakai my shoe..
three four.. shut her down..


*kehkehkeh.... ganas... *


[happy birthday!]


happy 4th birthday my dear Ayu (12 March 2009).
omi doakan yg terbaik untuk Ayu, semoga jadik anak yg solehah.

...lots of loves & kissess...

Monday, March 02, 2009

homework

iqbal mmg liat nak buat kerja sekolah yg jenis tulis ulang2 banyak kali. dia kan suka melukis jek. jadi, punyalah susah nak suruh dia duduk siapkan homework dia. tak pasal2 aku membebel2 dan marah2 bila dia sajer tulis lambat2. sekejap2 nak minum air la, nak sharp pensel la, dah ngantuk la, nak itu la, nak ini la. sabo je la. untuk cepat siap, aku pun suruh dia tulis besar2 dan tulis selang2 dua baris. tu pun mau sejam baru siap.

tapi, minggu lepas mmg aku tensen. korang bayangkan la lagi 15min nak pkl 8pagi, di saat2 aku nak keluar rumah utk hantar dia ke tadika, baru dia kata nak buat homework! arrgghhhhhhh... arrgghhhh.... argghhh... kalau lambat ke tadika, maknanya lambat le aku pegi keje... argghhhhh....

aku pun menjerit2 la suruh dia cepat tulis. tak sampai 15 mins dah siap. dua muka surat. aik? aku terkejut gak, siapalah yg ajar dia buat homework last-minute ni? boleh pulak siap yek...?

tapi, letih la aku kalau setiap pagi nak jerit2 mcm komando bagi dia 'semangat' (pressure) nak siapkan homework kan?

we'll see.

Saturday, February 14, 2009

no PIBG

hari ni Iman pegi sekolah, ganti cuti CNY hari tu. dan aku dapat surat jemputan mesyuarat PIBG, katanya hari ni jugak. since aku cadang nak jumpa cikgu kelas Iman (nak tau jugak dia mcm mana kat kelas, jadual mcm mana, apa aktiviti sekolah etc), aku pun siap2 la nak pegi mesyuarat. bila aku sampai je, aku nampak ada notis tulis mesyuarat tu tangguh ke minggu depan. pulak dah. apesal la aku tak perasan notis tu sebelum ni, padahal aku hari2 gi ambik Iman kat sekolah. aduhla...

sekarang aku lepak kat ofis dgn ayu & iqbal, sementara nak tunggu Iman habih sekolah. ayu tgh layan playhouse disney online. iqbal tgh lukis2 sambil makan biskut. aku pulak cas henfon sambil update blog.


[sekolah]
aku geram betul dgn Iman. baju sekolah punyalah kotor. padahal dia ni di kira pembersih orangnya. bila aku tengok dia bermain gumpal2 dgn adik dia, mmg sah, mcm tu jugakla dia bergumpal2 dgn kawan2 dia. baju sekolah belah belakang mcm kain lap lantai, hitam berdebu2. sabo je la aku. sekolah kebangsaan ke, sekolah agama ke, sama je kotornya.

seluar sekolah pulak, satu dah koyak berlobang kat lutut. tak silap aku masa tu minggu ke-2 sekolah. dan dalam minggu tu jugak tangan dia kat tepi siku tersagat sbb terjatuh masa berlari2. iysk.. iysk...


[tag]
Ira tagged aku. Ateen pun pernah tagged aku mende ni, but minus the award badge. aku buat sekali lah yek. heh heh. *mengelat*


1. Copy the "2008 Cute's 3logger Award" badge into your blog.
2. Link the award back to the tagger.
3. Every blogger must state 10 hobbies/facts about him/her before tagging others.
4. 10 bloggers must be chosen to receive the award and their names must be stated.
5. Leave a comment to those you are tagging letting them know that they've been tagged.

  • tangan aku dah tak rasa pijar lepas potong cili/lada. tapi masalahnya, kulit di bahagian lain masih lagi sensitif. semalam aku potong2 lada hijau utk letak dalam gulai. lepas tu aku mandi, basuh muka sambil bersihkan hidung. korang tau tak betapa pijarnya kulit muka dan kulit dalam lobang hidung aku?? arrrghhhh...
  • oleh kerana tangan aku tak rasa pijar selepas potong cili, aku dgn selambanyer membelek gigi Iman yg goyang. menjerit budak tu kepedasan. dgn kalutnya aku bagi dia makan sesudu gula bagi hilangkan pijar. heh heh. sorry iman, omi tak sengaja.
  • aku tengah berusaha menurunkan berat badan. target aku seperti tahun2 sudah, nak dapatkan berat ideal 55kg. adakan tahun ini impian aku tercapai? sama2 kita tunggu nanti..
  • aku rasa mcm nak berhenti keje la. aku rasa aku dah tak dapat nak contribute more for the company. mungkin sebab tu gred aku tak naik2.
  • agak2 korang, kalau aku berniaga, ok tak?
  • aku rasa aku dah lari tajukla. ni mcm list luahan perasaan. hehehheheh. lantak la...
  • haaa... dah nak dekat pkl 12. aku nak pegi ambik Iman, dan nak balik makan. lapar giler dah ni.
  • sambung lain kali yek. hehehhe. chow.

Monday, January 19, 2009

gorila

(update: 29 Jan 09) - payung colourful yg beli kat gua musang ni, dah tertinggal kat RnR Temerloh, menghala ke KL. sayang betul...

ayu nyanyi lagu 'gorila' ulang-ulang. sampai terngiang-ngiang lagu gorila dalam kepala aku.

dim dam dam ---> dah jadik 'ding dong dong' la pulak
dim dam dam ---> 'ding dong dong'
gorila beli peria
satu biji dua posen ---> dah naik harga 'empat posen' akibat inflasi
kupas kulit ---> tukar jadik 'kupeh kulit'. sebut style org NS.
kupas kulit ---> 'kupeh kulit'
gorila terus makan
hmmm.. pahitnyer...

macam tu lah lebih kurang. cuma lirik tu ada ubah-ubah sikit. gorila beli bawang besar la, beli buah oren la. lepas tu ada yg masam, ada yg manis. lirik dia aku tak ingat sgt, cuma melodi dia tu mcm melekat pulak dalam kepala aku.

yg aku musykil tu, betul ke lagu tu sebut 'gorila'? 'gorila' as in gorilla, sejenis binatang primate, atau 'gorila' tu nama orang?

[taska]
aku hantar Iman transit kat satu taska ni, utk dia makan, mandi dan berehat lepas balik sekolah. yg bagusnya, belakang taska ni ada sekolah agama. senang dia jalan kaki je pegi sekolah agama belah petang. ada pulak geng sama-sama transit, yg pegi sekolah agama tu jugak. aku pun tak risau sgt. tapi, tadi aku diberitau yang taska tu akan ditutup hujung bulan ni. aduihla. mcm-mcm hal la pulak...

[kasut hitam]
budak sekolah rendah sekarang ni pakai kasut hitam yek? atau sekolah Iman je?

sesuka ati je aku jahit lencana 'atas' kocek. gigih sungguh.

[adik punya hal]

aku belikan buku tulis kat adik. aku suruh dia tulis nama sendiri. aku ingat dia nak tulis nama penuh dia. rupa-rupanya dia tulis Iqbal dan Bomba! (huruf 'q' dan 'n' terbalik, ni pun kira dah improve habis. sebab selalunya dia tulis huruf terbalik, dan perkataan dia tulis dari kanan ke kiri). siap lukis kereta bomba. tu yg tak tahan tu. huhuhuhu....

ni adik lukis peta. dia cerita, 'mula-mula kita pegi jogging kat putrajaya (yg belah bawah, ada jalan berbatu bulat-bulat), kemudian kita pegi rumah paklong lokman kat JB (nun di atas, rumah sebelah traffic light), kemudian kita pegi tesco dan ioi (belah kanan), kemudian kita pegi rumah Iman (tepi kanan).

inilah yg dikatakan imaginasi melangkau dunia realiti.

[sahaja]
ayu suka guna perkataan 'sahaja', sejak dua-tiga hari lepas. yup, perkataan penuh SA-HA-JA with emphasis.
contoh ayat:
ayu suka pegi tesco SAHAJA. ayu tak suka giant.
dan
ayu suka roti kaya SAHAJA.