Showing posts with label ramadhan. Show all posts
Showing posts with label ramadhan. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 1436H

Alhamdulillah.. hari ni genap seminggu kita berpuasa. Alhamdulillah.. diberi umur yg panjang dan kesihatan yg baik utk sama2 meraikan bulan yg mulia ini. Alhamdulillah.. dapat sekali lagi peluang utk sama2 beribadah, berbuat kebajikan dan merebut keberkatan Ramadhan..

Kami meneruskan tradisi berbuka di masjid2 seperti tahun lepas. Yg aku perasan, makanan tahun ni lebih banyak jika dibandingkan dgn tahun lepas. Kalau tahun sudah kuih sejenis dua, tahun ni berjenis2. Nasi & lauk pun berlebih2. Aku kena lebih gigih utk mengawal nafsu perut. Kang tak pasal2 org lain puasa badan kurus, aku pulak bagai dipam2! Oh tidakkkk!!!!

Cuma, aku sedih kalau tengok nasi dan lauk diambil banyak menggunung di pinggan2, tapi akhirnya dibuang2kan aje ke dlm tong sampah. Bukankah elok kalau kita hanya mengambil apa yg kita mampu makan? Bukan ikut kemahuan semata.. Berapa banyak nasi pun yg kita boleh telan sekali hadap?

Put that aside, i really love this new tradition. Takyah pening nak pikir nak masak apa utk berbuka. Takyah terkocoh2 nak sediakan itu ini. Takde lagi rungutan ditipu penjual makanan di bazar ramadan. Takde lagi makanan yg terbuang berlebih-lebihan. Takde penat nak mengemas dapur. Dan yg paling penting, hati tenang dapat berbuka dgn meriah, kemudian dapat solat berjemaah maghrib dan isyak, dapat mendengar tazkirah ringkas, dpt mengaji alquran, dpt berkenal-kenalan dgn kawan2 baru.. Budget aku utk sebulan makan pula aku masukkan dlm tabung masjid. Ko bagi balik apa yg ko dah makan, dengan bonus tambahan dapat pahala bersedekah serta pahala menjamu iftar kepada org yg berpuasa. Best kan?

Alhamdulillah.. harap2 anak2 aku pun dpt sama2 menikmati ramadhan kali ini dgn tenang... Kang diorg dah besar besok, takde kekok nak meraikan ramadhan di masjid2.. InsyaAllah

Monday, August 11, 2014

syawal 1435H



Edisi #throwback heh heh heh...

Satu aktiviti baru yg kami buat masa bulan puasa yg lalu ialah berbuka di masjid hampir setiap hari! Yup, sekali pun aku takde masak utk berbuka (masak utk sahur sahaja), hampir setiap hari kami pergi berbuka di masjid2 sekitar Puchong. Hari yg tak sempat nak ke masjid atau ada urusan lain, kami tapau aje... heheheheh... alhamdulillah... mmg best dan jadi pengalaman baru bagi kami anak beranak... next year insyaAllah kami buat lagi aktiviti ni :)

Oh, here's some guidelines utk sesapa yg nak berbuka di masjid:

1. Observe the rules: ada sesetengah masjid yang asingkan bhgn lelaki & wanita, ada juga masjid yg benarkan satu keluarga duduk sekali... ada masjid yg berbuka sekadar kurma, kuih dan air, solat maghrib, dan kemudian baru dihidangkan nasi & lauk2... ada masjid yg berbuka terus dgn nasi..

2. Jangan mengharap lebih, jangan tamak, jangan banyak komplen, sabar beratur & tunggu giliran... makan seadanya... kalau nak makan sedap2, nak penuhkan tembolok sampai perut sendat, nak makan cepat takmo beratur, haaa... itu kena pegi makan kat rumah sendiri..

3. Didik anak2 dgn adab yg betul. Bagi kami senang saja, kami pesan: beratur, makan dgn tertib, jangan tamak, dan jangan risau, kalau lapar lagi atau tak cukup makan, lepas solat kita singgah kedai makan.. alhamdulillah, takde pun yg komplen tak cukup makan ke apa..

4. Sama2 menjaga kebersihan selepas makan, buang sampah di tong sampah, letak cawan & pinggan di tempat yg sepatutnya. kemas meja... AJK pun penat tuuuu... kita tolonglah mana yg boleh..

5. Siap2 berwuduk semasa berbuka, sbb lepas berbuka terus solat maghrib

6. JIka bawa kanak2, solat di saf belakang sbb ada jemaah yg sensitif dgn budak2 kecik ni, putus saf katanya... utk tidak memanjangkan isu kecil ni, kita bersikap aman2 sajalah...

Yang bestnya, kita takkan tau menu berbuka lauk apa... hari2 surprise gituh... ada sekali tu lauk ikan patin masak tempoyak! Sedappppp, langsung tak hanyir! Ada beberapa kali lauk daging dendeng yg sedapppp... ada jugak nasi briyani, nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya... dan yg paling spesel, nasi bangla! hahahahha... rupa mcm nasi minyak tapi banyak jintan... sedappp! bila tanya kat ajk yg jaga lauk, katanya diorg pun taktau, ni resepi bangla yg masak... heheheh... hentam aje lah! Lauk2 yg biasa ialah, ayam goreng/kicap/kari, atau ikan goreng/kicap/sambal/kari, atau daging kari/korma... Alhamdulillah... bersyukurlah dengan rezeki yg ada... semoga tuan puan yg menaja makanan berbuka tersebut, diberi keberkatan rezeki dan ganjaran pahala berlipat ganda... aminnn..


Wednesday, July 23, 2014

of many sleepless nights

Bulan ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya... begitu juga dengan perjalanan pengajian ku di UKM, dah nak dekat habih dah pun. Tinggal, nak buat pembetulan laporan projek, & hantar selepas raya nanti, insyaAllah
babai dewan peperiksaan.. cukuplah empat semester aku kat sini

Ah, dah berminggu tidurku terganggu. Berjaga malam memerah otak  mengarang ayat. Yg tak tahan tu, si Mat Hanif pun boleh bangun jugak tu, menemani aku sambil 'mengemas' rumah, ambik kain, pegi lap lantai, lap dinding pukul 3 pagi... hahahah... hadoi lah anak... rajin naw la pulakkk
ambik kain, lap lantai & lap dinding... taktau apa motif

Persiapan raya ala kadar, di samping kesibukan, aku berasa sebak membaca berita tentang gaza, membaca kisah2 pembunuhan, membaca sedih pilu keluarga mh17.. betapa murahnya nyawa manusia, sudah hilangkan kasih dan sayang antara kita... huhuhu.. :'(

Jangan sampai kita ditanya kelak apa yg kita dah buat utk membantu saudara2 kita sesama islam, sesama manusia... yg mana boleh boikot, kita boikot. yg mana boleh disumbangkan, kita hulurkan. Tidakkah kita mahukan dunia yg aman utk keselesaan anak cucu generasi akan datang?

Tuesday, August 14, 2012

Penghujung ramadhan 1433H

Ramadhan kali ni mmg buat rekod sbb aku sibuk giler. Bukan sibuk keje atau beribadah, tapi sibuk mengulangkaji utk final exams! Horror! Menyesal aku tak study soalan final awal2. Kalau panjang umur dan markah exams sem 1 ni dpt 3.0 ke atas, dapat aku sambung sem 2 pulak, konfirm aku hafal past year questions siap-siap.

Tapi, iyelah, sedar tak sedar dah habis pun satu semester kat ukm. Hahahha.. Sekejap no la pulak kan? Macam baru je hari tu aku gi daftar belajar, dah habis satu sem... Boleh la setakat lulus tu konfem, cuma nak lepas 3.0 tu taktau la... Semoga berjaya.. Aminn..

Anak2 pun alhamdulillah, nampaknya dapat puasa penuh. Kalau tahun lepas sahurnya nasi putih + telur goreng kicap, tahun ni menunya cereal + susu, hampir setiap pagi. Dah itu yg diorg suka, layan kan je la... Si Iqbal kdg2 bertambah dua kali!

Berbuka pulak banyak kali lauk bungkus sbb kdg2 balik lewat tak sempat masak lauk. Masak nasi aje yg sempat.. Nasib baik le masing2 jenis tekak tak memilih, makan aje apa yg terhidang atas meja.. So, everything's fine..

Dan tahun ni ayu pun dah puasa penuh, bangun sahur sama2 sblm azan subuh (tahun lepas ayu mengelat sikitla, sbb sahurnya pkl 8pagi sblm pegi tadika).. Alhamdulillah, tak banyak songeh.. Awal2 bulan puasa dia keluh kesah sbb lapar, bila kena herdik dgn abahnya, langsung terus ok.. Iyela, dah dipujuk2 tak mau, tak pasal2 abahnya naik angin.. Puasa mmg la lapar, kalau kenyang bukan puasa namanya, itu puas.. Puas makan! Heh heh..

Seperti tahun2 sudah, tahun ni pun kitorg ada buat biskut mazola, cuma adunan nya terlebih minyak, jadik leper sikit.. Hahahah.. Lantaklah, janji sedap boleh makan.. Dan satu lagi tradisi raya setiap tahun, mengepos kad raya kepada keluarga terdekat.. Tahun ni kaler tema oren, jadi kad raya pun oren gak la.. :D


Friday, August 26, 2011

salam aidilfitri 1432H

Ramadhan 1432H sudah hampir ke penghujungnya. Alhamdulillah, tahun ini Iman dan Iqbal tekun berpuasa, bangun sahur pun mudah, langsung takde komplen. Ayu pun boleh tahan jugakla, walaupun kami galakkan dia berpuasa sama seperti Iman dan Iqbal, tapi takdelah terlalu memaksa. Tapi Ayu nampak gigih jugaklah, cuma bila dah petang mulalah mengadu lapar & haus.. hehehhe...

Oh, dan rajin juga abang Iman tolong set-up gelas dan piring bila waktu nak berbuka... dan lepas makan, masing2 pandai kemas meja.. tahun depan dah boleh tolong basuh pinggan la kot? hahahha... dan tahun satu lagi dah boleh tolong masak... wuhuuu!!! 

Taqabbalallahu minnaa wa minkum (Semoga Allah menerima (amal ibadah) dari kami dan dari kamu semua). Ja’alanallahu wa iyyakum minal aidin wal faizin (semoga Allah menjadikan kami dan anda sebagai orang-orang yang kembali (kepada fitrah) dan beruntung (menang))

p/s: Bergambar di kedai gambar pada minggu ke-2 berpuasa sbb berkobar nak sambut raya. Oh, muka masing2 terlebih touch-up sampai tahi lalat si Iqbal kat dagu pun habih hilang... heheheh... licin kan muka ku? :P

Wednesday, August 17, 2011

antara chong wei dan gigi ayu

Ahad yg lepas mesti ramai yg tercongok depan tv menonton final badminton WC2011, kan? Aku pun. Tapi aku takleh nak konsentret. Si Ayu sibuk dengan gigi dia yg dah goyang (lagi sikitttt je nak tercabut). Aku nak tolong cabutkan, dia takmo. Kecohnya yg lebih, kejap ngadap cermin belek gigi, kejap terguling2 atas katil, kejap merengek kat aku cakap giginya sakit.

Last2 aku ikatkan benang kat gigi dia, suruh dia tarik benang tu kuat2 sambil bagi dia kata2 motivasi yg penuh dgn unsur2 ugutan *heh heh*.. Tak lama lepas tu, entah apa yg si Ayu tu termenung (atau baca jampi?) kat bilik, tiba2 dia jerit bagitau dia dah berjaya cabut gigi sendiri. Yey, berjaya!
Peace kat Chong Wei, bcoz Ayu won her fight over sebatang gigi! heheheh...

Dan, tahniah jugak kat Lee Chong Wei, walaupun tak dapat jadi juara, tapi dia bermain sungguh2. Perlawanan yg sgt menarik!


Monday, August 15, 2011

kena kejar dek singa

Lain kali lepas sahur & subuh, kalau nak tido balik tu bacalah apa2 yg patut. Kan dah tak pasal2 aku mimpi kena kena kejar dek singa. Iyer, singa yg garang dengan rambutnya mengerbang.

Mula2 aku mimpi aku pergi kedai beli barang. Tgh membelek2 barang2 kat kedai, tetiba keadaan jadik kecoh dan semua orang bertempiaran lari. Katanya ada singa terlepas kandang. Aku boleh nampak singa tu di seberang jalan, dan bunyi dia mendengus punyalah kuat! Aku pun ikut sama lari.

Tetiba aku dah kat dalam kelas (bangunan sekolah, pagar dawai keliling warna hijau). Sekelip mata, singa tu dah ada depan pintu kelas. Aku dan ada 2-3 org lagi cuba tutup pintu kelas, dan lari keluar ikut tingkap. Tapi bukan tingkap biasa, ini tingkap kecik. Boleh pulak badan aku muat menyelit kat tingkap angin yg kat atas dekat dgn siling tu. *Oh, rupanya dalam mimpi ni aku kurus. yey*

Lagi sekali aku bertempiaran lari, siap panjat pagar sekolah, dan berlari ke sekolah sebelah. Tapi singa tu tetap dapat cari aku, singa tu jalan relek aje lenggang lenggok sambil mengaum kuat. Aku je yg lari mcm nak rak. Bila aku dah penat lari, aku pun terfikir, 'La... inikan mimpi aje. Apesal la aku tak bangun? Kalau bangun kan senang, habih cerita.'

Aku pun tersedar daripada tido. Aku tengok laki aku tgh berdengkur baik punya kat sebelah telinga aku. Yup, yg bunyi singa tu la..

hampeh.

Sunday, August 07, 2011

major PaRam

Kalau semalam kami masak besar-besaran, hari ini (ahad) beli makanan besar-besaran jugak. Hahhahaha... (Konon2 nak boikot PaRam, seminggu je la bertahan. heh heh..)

Dah alang2 nak ke PaRam,, kami terus ke area Stadium Shah Alam. Sungguh puas hati, semua ada. Iqbal nak nasi beriyani. Iman nak nasi ayam. Ayu nak kuewtiau goreng. Done. Makanan sampingan utk diorg ialah roti boom, potato spring & apam balik.

Aku & hubby pulak carik nasi ambeng, sayur pecal & rojak singapura (aku nak rojak asma, tapi takde. Dapat rojak singapura pun boleh la...). Beli kuih sejenis aje iaitu karipap panas yg digoreng di situ juga, dan beli air teh bunga dua bungkus.

Akhir cerita: makanan semua habis dibedal kami anak beranak, kecuali apam balik. Iman & Iqbal kata nak makan sahur nanti. Komen ttg makanan yg dibeli tadi: Nasi ayam sedap cuma supnya masin. Nasi beriyani sedap. Kuewtiau gorengnya pedas sikit. Nasi ambeng 'kureng' sebab lauk ayam masak kicap dah habis, ada ayam goreng aje. Yg lain2 tu, mmg sedap jugak la (kalau tak sedap, mesti aku dah kutuk2 giler2 kan? hahahahha..)

Wednesday, August 03, 2011

ramadhan almubarak

[PUASA]
Ayu secara paksa rela telah 'terpuasa' pada hari semalam. Walaupun dia gigih bangun sahur bersama2 dgn abang2nya, dia mcm tak ikhlas je nak mula berpuasa. Jadi, utk tidak terlalu memaksa, aku dah bagitau cikgu dia yg Ayu boleh minum air kalau dia haus. Tapi bukan sampai sekolah aje boleh terus minum air. Hanya waktu tengah hari yg dibenarkan.

Semalam, bila aku ambik Ayu kat tadika dia, Ayu datang mengadu kat aku, 'Omi, Ayu haus! Cikgu tak bagi minum air!' Cikgu Ayu cakap, mmg saje je dia tak bagi. Ada jugak si Ayu mintak air, tapi cikgu buat taktau aje. Cikgu nak jugak Ayu puasa sbb Ayu nampak cergas je sepanjang hari. heheheh... Menjadi jugak taktik cikgu dia, w/pun dia dah terlepek depan tv, asyik komplen 'Ayu haus' banyak kali, tapi dapat jugak berpuasa penuh sampai waktu berbuka.

Aku pun kalau boleh nak Ayu puasa. Aku takut dgn selera makan dia, punyalah kuat makan sampai badan dia makin bulat! Nak cari baju kurung ready-made pun susah sbb badan dia saiz budak 8 thn, tapi pendek. Macam mana tu?

Semoga Ayu dapat puasa hampir penuh tahun ni. Tahun depan dah 7 thn, mmg nak tak nak kena puasa la jugak. :D


[PERCAYA]
Aku teringat keletah si Ayu ni. Sabtu lepas aku ada beli HoneyStar sekotak besar. Dia suruh bukak kotak tu sbb katanya ada mainan.

Omi: Mana ada mainan la Ayu, takde tulis pun kat depan kotak ni.
Ayu: Ada! Abang Iqbal cakap ada.
Omi: Ye la tu... Antara Omi dgn Abg Iqbal, cakap siapa yg Ayu percaya?
Ayu: Abg Iqbal!

hadoi... omi tidak terkata....

Wednesday, August 25, 2010

ramadhan 1431H

Alhamdulillah... panjang umur aku, dapat berpuasa lagi tahun ni... syukurr... Iman & Iqbal pun senang berpuasa kali ni, cuma hari pertama saja berkeluh kesah. 2-3 hari lepas tu nampaknya semuanya ok. kejut bangun sahur pun senang. :)
minggu lepas, aku & hubby buat biskut raya dua jenis (kalau sorang2 buat mmg aku surrender). Biskut mazola dapat 4 balang, boleh le bagi mak aku satu dan MIL satu. Choc chip mint cookies tu kena buat lagi sbb dah selamat aku anak beranak pulun makan lepas berbuka! hahahhaha... mmg sedap! (resepi refer kat Edi - cuma aku adjust sikit resepi pakai cups. tak reti aku nak ber-gram2 ni.. heh heh..) Sila abaikan bentuk2 biskut tu yg gabak2. aku buat nak cepat aje... hahahahhaha... yg penting sedap.... :)

*khas utk Terabot :)

150g butter - potong ikut garisan pembalut butter


1 1/2 cups self raising flour (187g)


1/3 cups castor sugar (75g)


1/4 cups light brown sugar (50g)


yg lain2 tu sama je


baju raya semua dah setel... awal2 lagi kami dah bershopping kat C4, dapat baju kurung/melayu kaler sedondong! i likeee.... harga pun murah, baju aku & hubby RM50++ selai, the kids Rm30++ selai... new shirts for the boys 2 psg, and a new dress for Ayu... boleh la tu.... lagipun banyak baju lama yg elok2, recycle aje buat pergi beraya nanti...

Tuesday, August 25, 2009

ramadhan 1430H

Iman dah mula berpuasa penuh sejak hari pertama lagi. maklumlah, dah darjah 1, takkan nak separuh hari lagi. lagipun tgh cuti sekolah. mmg duduk rumah je, takde pegi mana.

untuk menggalakkan iman, iqbal & ayu berpuasa, berbuih2lah mulut omi & abah menerangkan apa itu puasa, mengapa perlu puasa, nikmat puasa (nanti dapat berbuka dan lepas sebulan puasa dapat beraya).

iman & iqbal nampak dah faham... tapi ayu? heh heh.. pagi2 1 ramadhan tu, aku tanya dia..

omi: ayu nak puasa tak?
ayu: NAK! (peh, semangat betul)
lepas tu ayu tanya lagi: nak pakai baju apa?

aku blur kejap. apehal la nak puasa tanya pakai baju apa pulak? rupa2nya dia ingat puasa tu raya.... hahahhahahahah.... alahaiii... heh heh.. dalam berjela2 cakap pasal puasa, raya je yg dia faham....



[unplanned vacation, 1-2 aug 2009]
iman, iqbal dan ayu sebok tanya, bila nak pegi hotel, nak mandi swimming pool. ye la, sbb dah janji masa cuti sekolah hari tu kan. tapi dah semua kena cikenpox, mcm mana nak pegi?

aku pun survey2 la tempat2 yg berhampiran. aku jumpa satu resort kat pantai morib. cantekkkk... dekat pun dekat... lalu banting boleh singgah beli kerepek. sampai je sana, tengok2 oarang punyalah ramai. laaa.... ada reunion sekolah pulak... bilik semua penuh. aduilah... menyesal tak booking awal2. hampeh...

perjalanan diteruskan ke arah selatan. konon2 nak pegi sri malaysia bagan lalang. pun penuh jugak! ada family reunion pulak dahhh.... last2 terus ke PD.

kat PD pun penuh daaa... tak sangka la pulak ramai yg nak berunion hujung minggu tu. aku tengok jam dah pkl 5. kalau tak jumpa jugak resort yg sesuai dgn budget, mmg aku cadang terus balik tangkak je la...

last2 setel kat ilham resort. yahuu... anak2 aku mmg seronok la. tukar baju terus berendam dalam kolam. heh heh...

owh.. rupa2nya ilham resort ni terletak di sebelah kawasan rumah api tanjung tuan. selain tempat rumah api, kat sinilah tempat persinggahan burung2 yg berhijrah dari utara/selatan.
fuh! semput aku nak jejak sampai ke kawasan ni. ambik nafas dulu sebelum panjat tangga.

sambung berendam dalam kolam. ayu muka cuak sbb bekas air tu terlepas dari tangan dia bila dia nak simbah air ke abang iman/iqbal. heh heh...



[ulu bendul]
hari tu kitorang balik k/pilah, singgah mandi sungai kat ulu bendul. sejuk betul air dia.

ini budak 2 org yg tak reti sejuk. leka betul main air.

Monday, September 29, 2008

balik kampung

kitorang gerak balik tangkak semalam, ahad, lebih kurang pkl 1 tgh hari. jalan tak jem, kereta tak banyak. melaju je. cuaca pun cerah. matahari terik, silau mata.

'balik kampung... wo wo wo balik kampung.. wo wo wo balik kampung.. hati gira..' nyanyi ramai-ramai, ulang-ulang sampai penat. korus sahaja.

sampai rumah mak aku dalam pukul 3ptg, terus tolong2 masak untuk berbuka. mak aku dah jemput keluarga pakngah, pakndak, mektam & mokteh untuk sama2 berbuka kat rumah. mak aku dah siap masak dalca, ikan selar goreng, ikan kering dan sambal belacan. aku buat roti jala. husband aku masak gulai ayam cili padi. mokteh buat kuih kole kacang. makndak bawak mi goreng dan buah melaka. air pulak dua jenis, teh O panas dan sirap bandung aiskrim soda. mmg meriah. bukan selalu dapat kumpul ramai2 gini.

peristiwa syahdu di petang ramadhan tadi. ayu telah menanduk bibir aku. berpinau bijik mata dibuatnya. lihatlah hasilnya, tak payah cucuk botox ke collagen, bibir dah bengkak, kebas je rasa. mungkin kena suruh dia tanduk sebelah lagi untuk bagi sama rata. harap raya nanti bibir aku dah normal balik.

mak aku kalau masak ketam sos ni, mesti sedap. antara lauk kesukaan aku. amat sedap diratah begitu saja. nanti aku nak cuba masak pulak. mak aku kata senang aje. tumbuk lada merah, tumis. masukkan ketam, goreng2 sampai masak. bancuh sos cili dan sos tomato. curah dan gaul dgn ketam sampai sebati . pecahkan telur sebiji, kacau2 sekejap, tutup api. hidangkan.

hari ni kitorang relek2 aje. mak aku dan mokde aku dah siap kemas rumah segala (siap cat rumah lagi). tinggal nak masak esok, utk raya.

selamat masak rendang, selamat rebus ketupat segera. selamat gosok baju raya. dan selamat menyambut 1 syawal 1429H. mohon maaf zahir batin.

Monday, September 15, 2008

separuh hari

iman dah mula puasa tahun ni. tapi separuh hari saje. kadang2 separuh hari belah pagi (pagi sampai petang). kadang2 separuh hari belah petang (tgh hari sampai maghrib). waktu sahur dia pukul 7pagi, sebelum pegi sekolah. hentam sajalah.

hari pertama dia puasa kat sekolah, aku ada tanya dia ptg tu, 'iman puasa tak?' dia jawab, 'puasa'. bila abah dia tanya,'tgh hari tadi makan apa?' dia kata, 'makan nasi, lauk udang.' aku tanya balik,'aik? kata puasa?' dia jawab, 'iman puasa. petang iman makan cocoa crunch. lepas tu iman puasa balik.'

iyolah.


[ogos 2008]
dalam banyak2 pokok duku yang atuk aku tanam, pokok duku kat tepi jamban inilah yg paling manis buahnya. betul!

tukar tayar, tertukar sport rim la pulak. heh heh.

cafe pejabat aku baru bukak 2 minggu sebelum puasa hari tu. aku nampak ada balang beso berisi asam boi kat kaunter minuman. apalagi, aku pon order jus epal campur 2 bijik asam boi. panas.
*astrid, aku dah ada pengganti green apple kasturi. :)
**saje nak bagi kecur air liur time pose2 ni.

Monday, September 08, 2008

ramadhan 1429H

selamat berpuasa semua...

minggu ni aku dah semangat semula. akhirnya aku dapat berehat secukupnya pada waktu hujung minggu. minggu lepas? letih giler. kami kemas dan cat rumah bapak aku kat JB (tmn sri amar) masa cuti hari merdeka. lepas tu, anak-anak aku pulak demam panas lepas sorang2. tido lambat 1 - 2 pagi... aduh... aduh... *terngiang2 lagu burunan cinta part korus*. alhamdulillah, semua dah sihat. legaaa....

seperti tahun2 lepas, bila tiba bulan puasa, aku suka buat roti jala. mcm acara tahunan. waktu lain mmg aku tak pernah buat. nak jadi 'perfect' tu mmg payah. resepi pun asyik tukar2. proses menjala pun ambik masa nak warm up. yg pertama dan kedua konfirm hancus; samada jadi lempeng atau jala koyak rabak.

kali ni, aku ambik resepi roti jala dari resepi.net. mmg menjadik dan sedap.

Bahan-bahan:
2 cawan tepung
3 cawan air
1 cawan susu segar/santan *aku guna 1 kotak santan Kara
1 sdt serbuk kunyit
1 sdb minyak
1 1/2 sdt garam
*aku tambah sebiji telur dalam adunan.

Cara: Blend kesemuanya. *pakai blender jek senang, confirm takde tepung bergentel.

dan tahun ni, aku dan co-chef (husband aku ler) masak kari sardin utk dimakan bersama roti jala tersebut. pun sedap jugak. hikhikhik.

sambungan..
dah alang-alang ada resepi roti jala, ni aku letak resepi kari sardin pulak. khas utk maksu. walaupun aku tau maksu masak lebih sedap dari aku. tapi aku nak letak jugak. heh heh.

bahan-bahan:
1 tin sardin Kingcup yg beso sikit (buang isi perut sardin ni dulu)
1 kotak santan Kara (dulu santan kara ni pekat, guna separuh kotak je. sekarang, makin cair, harga makin mahal.)
2 keping asam keping
3 biji kentang, dipotong dadu

bahan kisar:
1 biji bawang beso (atau 2 biji bawang besar yg sederhana saiz)
3 biji bawang putih
1 potong halia agak2 beso ibu jari
1/2 peket serbuk kari ikan (aku nak letak satu peket sebenarnya, tapi bila korek2 kat peti sejuk, jumpa serbuk kari dah tinggal separuh. bantai je la.)
segengam cili kering (direbus dulu, sampai keluar bau yg buat kita terbersin. kalau nak pedas, tambah lagi cili kering)

Cara:
1. blender semua bahan kisar dgn sedikit air
2. panaskan minyak dalam kuali. tumis bahan2 tersebut sampai wangi & naik minyak (maksudnya, dah nampak garing la)
3. masukkan kentang yg di potong dadu, kacau sebati dan tambahkan air, tunggu sampai kentang agak empuk. tambah air lagi kalau nampak mcm kering. kang hangus pulak.
4. masukkan sardin dgn sos dia sekali. tambahkan dua keping asam keping. tambah garam. pandai2lah korang nak agak2.
5. masukkan 1 kotak santan Kara. (kalau guna santan kotak, jgn letak air banyak sgt. nanti kuah cair. lepas letak santan, nampak kuah pekat, baru adjust tambah air sikit2).
6. kacau2 sampai mendidih. dah siap.

semalam baru habis makan kari sardin ni. anak2 aku pun suka cicah dgn roti. selamat berbuka. :)

Thursday, September 27, 2007

kek coklat kukus & puasa

apesal kalau masa tengah berpuasa, kita suka cerita bab-bab makanan yek? aku pun sama. hari ni aku nak cerita pasal kek dan nak kongsi resepi kek yang mudah. kalau aku boleh buat, korang pun pasti boleh buat jugak. heh heh...

aku ingat lagi, first time aku buat kek ialah masa kelas amali ERT (ekonomi rumah tangga), subjek yang wajib kena ambik kat sekolah dulu. kelas amali pertukangan pun aku suka sbb dapat gergaji kayu, ketuk paku guna penukul besi, skru guna pemutar skru. aku nak try buat kat rumah, bapak aku tak bagi la pulak. nasib baik kat sekolah boleh. kelas amali jahit-menjahit aku tak berapa gemar, tapi aku boleh la jugak menjahit serba sedikit. terima kasih cikgu ERT!

oh, berbalik pada kelas kek tadi. cikgu yang ajar kelas memasak ni ialah Pn Rosnani, atau kami panggil 'mak nani'. orangnya kecik, putih molek, tapi suara garang giler. rambut dia buat style sikat kebelakang dan bersanggul satu. dia selalu pakai baju kurung moden. dia ada ajar jugak masak lauk pauk, tapi tu aku tak heran sbb mak aku dah ajar masak lauk pauk kat rumah. yg paling aku teruja bila dia ajar masak kek!

kek pertama yang aku buat ialah sejenis cupcake, namanya kek permaisuri. caranya senang la jugak, takyah pukul bantai butter tu, tapi kita 'rub between fingers' butter dan tepung sampai la campuran bahan-bahan tu jadik 'breadcrumbs'. lepas tu campurkan telur, gula dan air, bakar. baunya amat menyusuk kalbu! bangga giler bila jadik. boleh pass kat kawan2 kat dorm (yang mmg sah kebuluran walaupun baru lepas lunch). ada sesapa tau resepi ni tak? menyesal jugak la tak simpan buku resepi ERT tu elok2.

lepas tu, projek kek aku bermula masa aku kat UK. masa tu memandai2 je nak buat kek pisang. entah sapa punya resepi, pidah ke k.yatie? lupa lah pulak. tapi percubaan pertama separuh berjaya sbb yang aku pegi tuang semua adunan dalam satu loyang tu sapa suruh? habih mende tu membuak keluar. percubaan kedua dan seterusnya berjaya. bila balik m'sia aku dah tak buat kek pisang ni sbb boleh dapat kat pasar malam dgn harga RM3 sahaja. tak berbaloi rasanya nak bersusah payah buat sendiri.

dan lepas tu, aku beli oven, konon2 nak buat kek yang sedap2. tapi tak jadik, asyik bantat jek. sampailah aku jumpa resepi kek coklat kukus ni. dah beberapa kali aku buat, mmg sedap! so, di hari baik, bulan baik ni, aku pun nak share resepi KEK COKLAT KUKUS. resepi diambil dari internet - samada resepi.net atau kat forum cari, aku lupa. but thank you very much whoever you are.

ok, puan-puan. mula-mula, cairkan 1 + 1/2 butter dalam periuk besar dgn api yang perlahan. bila butter dah cair, tutup api. kemudian, tuangkan 1 tin susu cair, dan kacau sampai sebati. masukkan pula 2 cwn gula dan 1 sudu teh esen vanilla. kacau sampai gula larut.



pukul 4 biji telur hingga kembang sedikit. masukkan dalam adunan butter, kacau lagi.

ayakkan 2 cawan tepung gandum bersama 1 cawan serbuk koko, 1 sudu teh baking powder dan 1 sudu teh soda bikarbonat. masukkan campuran tepung dalam adunan butter dan kacau sebati.






tuangkan adunan dalam 2 loyang, separuh penuh. tutup dgn aluminium foil. kukus 1 + 1/2 jam.






sambil-sambil tu, boleh basuh baju, lipat baju, tengok tv atau tido. tapi kalau tido jgn lupa kunci jam ke apa. kek ini tidak akan rentung kalau terlebih masak, tapi dapur anda akan rentung kalau air kukus tu kering. heh heh.

jangka waktu penyediaan adunan adalah kurang 30min. aku je buat berejam-jam. sbb baru nak cairkan butter dah ada suara2 bingit yang nak susu la, nak milo la, nak roti toast la. lepas tu, baru nak campur adunan tepung, ada pulak yg nak baca buku, bergaduh, nak tido, nak itu nak ini.

oh, sambil menunggu kek tu masak, kita buat topping dia. kalau nak buat topping coklat keras, cairkan saja kepingan coklat guna double boil. lepas tu tuang atas kek. kalau nak topping coklat yg moist, mcm ni caranya.

tuang 1 tin susu pekat manis dan 1/2 cawan minyak jagung (minyak masak/sayuran lain pun boleh) dalam periuk. masak atas api perlahan, kacau hingga sebati. tutup api. masukkan 1 bar cooking chocolate yang telah dipotong2 kecil. kacau hingga coklat larut.







inilah rupa kek coklat kukus yang dah masak. cuba cucuk dgn pisau kat tengah2 kek tu kalau bersih bila kita keluarkan, ertinya dah cukup masak la tu.




curahkan topping coklat atas kek. jangan lupa bahagikan dua, sbb ada dua loyang kek. tutup balik, biar kek sejuk. lebih afdal biarkan semalaman, sbb topping coklat ini akan menyerap ke dalam kek, dan menjadikan kek bertambah moist, sungguh chocolatey sekali!



bila dah sejuk, simpan kek dalam bekas kedap udara dan kedap serangga kecil seperti semut, tak payah simpan dlm peti sejuk, nanti hilang la moist dia tu.

kalau rasa kek dua loyang ni banyak sangat, jgn ragu-ragu utk beri kat jiran-jiran dan kenalan anda. amat sesuai untuk mengeratkan lagi silaturrahim, lebih-lebih di bulan yang mulia ini.

selamat berpuasa!
yummmmmy! teramatttttlah sedapnyaaaaa!!