Tuesday, February 28, 2006

FUTSAL tournament

click 4 more info

haaa... aku tau korang ramai yang asal SBP kan??? dan sure korang terer main futsal kan??? apa lagi.. meh la join pertandingan futsal antara alumni-SBP beramai-ramai!! majulah sukan untuk negara..

good question

If a person owns a piece of land, do they own it all the way down to the core of the earth?

Friday, February 24, 2006

desktop image

toying around with ULEAD Photo Express today (between editing pcb layout on Protel and completing MAPS). The result? Ta da...

click 4 larger image

sungguh puas hati.

Friday, February 17, 2006

cute!

best buddy
iman dan adik - geng gaduh, geng main dan geng berwrestling. tapi yang part wrestling tu selalunyer adik yang buat kat abang iman.

adik kiss ayu
sayanggg kat ayu - haaa gitu la. kiss takpe, tapi jangan tunjal-tunjal kepala ayu tu, babab nanti tau!

hepi birthday to me
nama kek di atas ialah kek surubaya. mungkin kek ni asal dari surabaya. tapi sebenarnya kek ini ialah kek berperisa kacang, topping dia peanut butter, sedap gak. yumm.. yum..

Thursday, February 16, 2006

rojak campur 5

[satu] two-teen

Iman kalau kira dari 1 hingga 20 dalam bahasa inggeris, lancar jek, tapi bila dia kira menurun 20 to 1, mesti tersasul TWELVE jadik TWOteen.. hehheh.. cute!


[dua] 'duh

nak menguji cinta??? aiseh... mintak tolong la... kalau iyepun tengah hangat bercintan cintun, janganlah sekali-kali buat kerja-kerja buduss, sampai berlakon kena culik la apa (metro 15/2/06)... weyyyy... ingat polis-polis kat m'sia ni dah takde keje lain ke??? tu, kete kancilku yang hilang di bawa lari tu, sampai sekarang tak solve lagi kes tu, tau tak??? dah tu, banyak lagi kes-kes lain yang polis nak siasat, kes bunuh dah makin melambak-lambak.. tu belum masuk kes kena rompak, kena rogol, kena ragut... aduih la... 'duh! 'duh!

please people, rasa-rasa korang la.. hukuman apa yg patut di bagi kat bebudak yang tak cukup akal ni???

A. hantar pegi PLKN setahun
B. ketuk ketampi
C. kena rotan kat depan orang ramai masa perhimpunan awam
D. basuh toilet-toilet awam
E. buat karangan bertajuk 'Saya sebenarnya tak kena culik, tapi saya buduss sangat dan suka nak menyusahkan makbapak dan orang ramai' - sebanyak seratus patah perkataan.

Friday, February 10, 2006

so sweet... :)

Istimewa (Indigo)

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa


my dearest, thanks for the song... i love you too..

Thursday, February 02, 2006

Facts of life

[satu] on friendships (SKs especially)

1. long silences doesn't mean we totally forget each other. Call me, let's meet up somewhere, we will always click back. You can't wash away your past just like that. FIVE YEARS we spend our life together - sampai terbawa-bawa dalam mimpi, the dorms, the stairs, the corridors. Just imagine my soul melayang-layang kat situ everytime i dreamt of STF. Hmm.. creepy... kesian kat juniors, mesti diorang ingatkan hantu ke apa... heh heh...

2. tak pernah la terlintas dalam kepala nak borak-borak dengan zalie & dyna on anak, husband, inlaws, dan masak-memasak... hahahahah... but we did anyway...

p/s: Dyna, respect u for that (masak utk ur inlaws masa raya) - and keep ur trademark tu yek (pakai tudung tak lipat - it's really u, and u look cute anyway) - oh, lupa nak bagitau, lagi satu ur trademark - ur fair, clean skin... jeles la.... tak berubah langsung! masih muda remaja gitu...

p/s: Zalie, kau patut tulis novel on ur love-story la.. so dramatic! kalah cerita my best friend's wedding!


3. life demands a lot from us.. we learn, we adapt, we change.. each of us faces different challenges, different problems.. we have to admit - rezeki, jodoh, hidup dan mati adalah ketentuan yang maha Esa.. tabahkan hati, kuatkan semangat dalam menempuhi cabaran hidup ini.. hanya kita je yang tahu - apa yang terbaik bagi diri & keluarga kita...

4. don't worry if u can't remember me.. aku pun ingat korang samar-samar jek... almaklumler, memory tahun 90s dulu.. SD card takde jual lagi masa tu... heh heh...

5. aiseh, aku leading ke sekarang ni with 3 kids??? hahahahah.... takpe, sat lagi ada la yang lain potong... kot2 terus dapat kembar empat ke... kan zalie?



[dua] on family

1. love spending time with families kat tangkak... iman & adik seronok giler sebab ramai mak sedara yang melayan... rasa mcm nak balik selalu jek... tinggalkan budak-budak kat tangkak, kita blah le gi dating kat tempat lain... JB ke, Melaka ke... hehehehheeh...

2. iman dah pandai tulis ABC-Z, 123-20, dan AlifBaTa-Ya, very impressive... he's now 3yrs & 4mths.

His first manuscript? kat dinding rumah. punyalah dia excited jerit-jerit "ommii!! ABC ommmi... tengok ni, ABC!" - then, i asked "ABC mana???" - then he went "ni lah... ABC ni ha.." sambil tunjuk kat dinding - then i was so puzzled "laaa... sapa pulak conteng-conteng ni?" - then he said, proudly, "iman buat!".

hmm.. i already scolded him for conteng sana sini before. but i can't scold him this time because it's the MILESTONE, his greatest achievement so far. Kang kalau marah kang, macam discourage his writing skills pulak. kalau tak marah kang, for sure dia akan conteng-conteng lagi.

terpaksala guna low-tone voice "wah! iman terer la... ha'ah.. pandai tulis.. tapi tak mau la tulis kat dinding, iman tulis kat buku, ok?"
he simply said "oh, sorry!"

kewl.

3. adik pulak - he's facing the '2 years old life crisis'.

he'll went "nakk tuu... nakk tuu" - bila kita tanya "nak apa? nak biskut ke?" - he'll answered "takk nokkk..." - then, sambung balik "nakk tuu... nakk tuu..." - then, kita pun tanya lagi "nak susu/roti/pen/buku/etc ke??" - the same answer "takk nokk.. takk nokk.."

the cycle continues.

4. Ayu nearly 11mths. dah memapah around the house dan dah tumbuh gigi!! yey! gigi bawah keluar dah dua ketul. Iman dulu keluar 4 batang gigi hampir serentak, while adik kelakar sikit sbb gigi dia tumbuh satu atas satu bawah (belah kanan kot), lepas tu baru belah kiri..

5. i just realized - whenever i bought tshirts for the boys, iman selalu dapat kaler yang terang-terang ie kuning, merah. dan adik selalu dapat warna yang gelap-gelap ie coklat, biru. this is pointed by mokde. masa beli tak pikir pon, main ambik je mana yang berkenan. kira instinct la tu - adik air liur meleleh, kena la pakai baju gelap-gelap.. kalau tak, comot giler. iman dah besar, air liur dah tak meleleh dah, lagipun iman pembersih sikit orangnya..

Friday, January 27, 2006

2 boys & a girl

i bought Iman an activity book - sebab buku tulis dia yang ABC, 123 dan AlifBaTa semua dah habih tulis dan dah koyak lunyai (disebabkan oleh air liur adik yg menjejes - semakin konsentret, makin laju dia drooling) - i'm more excited to finish the book than he is... hahahha... best buku tu; ada maze-puzzles, bulatkan benda-benda, sambungkan dotdotdot, suai & padankan..

habih tilam, cadar & kerusi meja ada bentuk bulat-bulat... rupa-rupanya adik conteng... bukan setakat tu je, dah tak cukup surface lain nak conteng, dia pi lukis bulat-bulat kat kaki & tangan dia sendiri (guna washable magic pen warna merah). terkejut dibuatnya, ingatkan dia kena kurap ke apa...

ayu? berkaler kat mulut dan pipi dia... dia kutip magic pen yg iman dan adik sepah-sepah - terus masuk mulut..

oh, i manage to dukung all three sekaligus.... iman cong kat belakang, ayu belah kiri, dan adik belah kanan... adeih, sakit pinggangku!

Monday, January 23, 2006

rojak campur 4

[satu] SK

Malam tadi pegi rumah Astrid kat Putra Heights... cantik-cantik rumah kat sana.. Astrid is an SK, dan kebetulan my hubby's classmate masa sekolah rendah... such a small world.. Yana pun datang gak with her hubby. Borak punya borak tak sedar dah lewat malam.. tu pon terpaksa balik sebab adik dah start 'mengemas' rumah orang - habih semua mende dia nak pegang dan selamber pegi naik tingkat atas... nasib baik abang Iman jerit bagitau.. letih multitasking.. makan + borak2 + tengok2 budak2 tu... they warmed up easily kat rumah Astrid, maybe sebab banyak toys.. yana, yup, we have to lunchdate sometimes... banyak mende aku nak tau, dan banyak citer kau yg tergantung sebab aku dok jerit 'adikkkk!!!' in the middle of your sentences.. heh heh...
p/s: Thanks Astrid for inviting us & Thanks to Yana for the carrot cheesecake.. jangan lupa projek GJC yek..


There's me, Astrid and Yana. We are all SKs. Astrid & I dulu pernah sama kelas dan sama dorm. Yana was my partner dalam kelas dulu. Astrid & my hubby were classmate masa sekolah rendah. Astrid & her hubby sama satu uni kat Japan. My Hubby & I sama kelas kat iTTM dulu. Yana & her hubby satu tempat kerja.
p/s: cuba baca dengan satu lafaz. kalau terel la..


[dua] wishlist

hohoho... that time of the year is coming again... memula sekali, i hope to get a new mobile phone (my SEJ00i dah kong, langsung takleh on). Then, the body shop's body scrub set (thinking of buying it myself). Lastly a romantic 2-days vacation (*hint*). ok tak?

Thursday, January 19, 2006

salah lirik

i don't think there's something wrong with my ears.. tapi selalu salah dengar... dulu masa kecik-kecik, bila nyanyi lagu Negaraku, i'll sang it as 'Negaraku... tanah TUPAInya darahku..' - yup, it didn't make sense! even masa tu i was just 5 or 6 years old, i remembered thinking - lagu apa ni? tak faham langsung! tanah - tupai - darah?

Then, there's hit song 'satu hari di hari raya' by M.Nasir - i tought it was 'KU MERINIK pada manusia' (make a guess which line). And recently i've been corrected by hubby - lagu lama 'Hanya nyanyian dalam sepi' - all these years i sang it as 'HANYALAH NIAT dalam sepi' - patutla macam pelik je lagu tu...

Tu belum masuk lagu-lagu bahasa inggeris... banyak gak le perkataan yg dengar macam bahasa melayu - bila la pulak artis2 hollywood ni pandai cakap melayu yek? contohnya lagu 'as i lay me down' - ada background singer dok chorus 'pulang kampong' beramai-ramai. Entah apa la diorang sebut sebenarnya...
p/s: zazerque, did u finally get the exact words? me neither.

I positively think it's because of genetic trait or something, sebab si Iman pon dok sesuka hati menyanyi - 'amalan dan TAMPAL.. menjadi ukuran..' (pergi tak kembali) - and another piece - 'kau buat GEMUK.. seluruh hatikuuu...' (Pupus).

Yup, definitely positive.