Tuesday, December 14, 2010

indera kayangan

Akhirnya impian aku utk menjejakkan kaki ke Perlis tercapai. Rombongan Poksu Seni kali ini disertai oleh 18 org dewasa dan kanak2, dengan menaiki tiga buah kereta. Perjalanan ini telah dirancang berbulan2 lamanya, dan Maklang aku takleh tido seminggu sebelumnya sbb dah seronok sgt nak berjalan (dgn packing semua dah siap tu.. heh heh...).
Iqbal gigih belajar naik basikal roda dua. Setengah hari prektis dah terer, puas dia pusing laman rumah Poksu aku ni..

Hujung minggu 4-5 Dec 2010 kami berkumpul di rumah Poksu Seni sbb dia buat kenduri aqiqah. Pagi Isnin kami memulakan perjalanan ke utara. Singgah Sg Dua (sebelah caltex) utk pekena mi udang dan mi ketam *habih berbintat2 la badan aku... allergy punya pasal, tapi aku tibai makan jgk*.
mi ketam

mi udang

Sampai Kangar pkl 6ptg, cuaca mendung, kabus-kabus di pergunungan bertemu awan-awan di langit MasyaAllah... bagaikan di kayangan.. cantiknya pemandangan, cuaca pun nyaman.. love it!

Homestay yg kami duduk betul2 tepi jalan, menghadap bendang sawah padi. Tapi yg sedihnya, takde dapur gas, kami terpaksa la beli portable stove utk panaskan lauk (gulai daging salai yg dibawa dr rumah) & goreng telur. Ruang tamu rumah tu besar, ada dua bilik & tiga tandas, cuma tiada kemudahan dapur & mesin basuh. Maybe sebab tu harga pun murah kot RM80 jek satu malam.. nak sarapan pagi mmg senang sbb ada warung jual kuih disebelah rumah..

Pagi selasa, kami ke Gua Kelam II berpandukan GPS. Gua Kelam I ditutup sbb jambatan/titi nya runtuh akibat banjir. Kemudian, kami ke Wang Kelian. Nyesal aku tak belikan scooter utk Ayu kat sini, sbb harganya baru RM30, jenis besi boleh lipat & kaler pink pulak tu! argghhh,,, nyesal tak sudah...

Lepas tu kitorg ke Padang Besar pulak. Mak2 sedara pegi pulun shopping giler2... Aku, hubby & anak2 lepak kat warung makan. 1st time aku makan laksa lemak (en google kata itu laksa siam), sedap! Kuah dia pekat2 macam laksa johor, tapi warna kuning pedas2 mcm gulai cili api. Makan dgn ulam2 (taugeh, timun, pucuk mangga dan dua jenis daun apa tah) dan mihunnya jenis kasar. Aku suka! Cuma, mana nak carik kat KL/Selangor ni yek??

Pagi Rabu, kami gerak ke Penang, singgah Sg Dua utk makan tengah hari. Kat kedai ni (opposite caltex), mi udang dia mcm mi rebus sbb campur daging. Kuey tiau goreng & ABC sedap!
pemandangan belakang kedai makan

Ingatkan nak ke Bukit Bendera, tapi sepupu aku yg kerja kat Pulau Tikus kata Bukit Bendera tutup, terus kami ke Sri Intan Tjg Bungah, mandi2 s/pool. Part ni bebudak mmg suka la... hehehhehe.... mak & bapak budak pun suka jugak :)
Sri Intan Tjg Bungah

Check out hari khamis, kami singgah pasar Chowrasta beli jeruk dan buku 2nd hand. Balik ke tanah besar melalui feri, dan terus masuk hiway PLUS utk ke rumah poksu aku.

Mmg seronok, tapi yg tak syoknya..
1. Ingatkan kat hometsay perlis tu ada dapur & mesin basuh...
2. Gua Kelam I tutup. Orang kata kat situ pemandangan lawa. Too bad,,,,
3. Nak naik Bukit Bendera bawak anak2 tak dapat.. lain kali kot.
4. Digicam tertinggal kat homestay itu. Keluarga angkat poksu aku dah simpankan, dan poksu aku akan ke kangar utk majlis kenduri hujung tahun ni. Cuma, entah bila aku nak gi ambik kat poksu aku...
5. Wallet hubby tercicir kat RnR G/Semanggol. Ada org jumpa di RnR Tapah. Selamat dipulangkan kat Chow Kit.
6. Kereta ku kena hempuk dgn motor dari depan.. ouch!
7. Aku nak makan laksa perlis... dah habis. Perlu ke pergi sana sekali lagi? heh heh...

Monday, November 22, 2010

cuti sekolah datang lagi... :)

Iman, Iqbal & Ayu sekarang kat kampung, mak aku yg jaga - syok la anak2 aku dapat gi jalan2 jumpa sedara mara. Mau makin tembam masing2 sbb dapat makan macam2.

Seperti tahun2 sudah, ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan hujung tahun ni:
1. Baju sekolah agama teluk belanga dah beli, cuma kena trim labuh kaki & tangan.
2. Aku beli kain hijau, nak jahit sendiri kain samping sekolah - aku dah penat nak jahit cangkuk kain yg asyik tercabut. Jadi aku nak cuba jahit getah keliling, no more cangkuk.
3. Basuh beg sekolah.. Ayu dah ada beg baru - hadiah drpd sekolah tadika dia.
4. Basuh dan pilih baju yg elok utk dipakai tahun depan - boleh buat ganti2. Baju baru beli sorang dua pasang aje dah cukup...
5. Kasut sekolah hancur... mmg kena beli baru..
6. Tiles kat bilik budak2 ni dah pecah.. kena la panggil org sodok jubin2 yg retak & tampal baru...
7. Reorganize barang2 dalam almari, kemas balik mainan yg melambak tu... kemas buku2 sekolah...

hmmm.. itu je ke? rasa mcm banyak.. but glad that I've put it down.. takde la serabut sgt kepala.. semoga berjaya!

Monday, November 01, 2010

finding nemo

*nyanyi sama2 dgn ikan Dory* just keep swimming.. swimming.. swimming... swimming..

wah! akhirnya berjaya jugakla aku habihkan kelas belajar renangku itu, sebulan lebih jugak la belajar... tapi, habih belajar je la yek, buatnya tak pandai lagi... eh, maybe bab teori boleh la skor sikit.. tapi bab prektikal mmg hampeh! hahahhahaha... aku rasa keras kejung je badan aku dalam air... i'm yet to embrace the water, be friend with the water and 'feel' the water... cellamak!

at least, i can now tick 'learn to swim' off my personal things-to-do list :)

Friday, October 15, 2010

beri 'sign'

harhahrharhahrharhahrha... aku gelak tergolek... sah aku mmg takleh masuk pertandingan Jangan Lupa Lirik...

Kan ada lagu baru 'Kalau Berpacaran' yg tgh top kat radio tu kan? alaaa... yg Ana Raffali & Sohaimi Mior Hassan berduet sama tu la.... *tapi mula2 aku ingatkan M.Nasir, heran gak aku apesal suara M.Nasir bass sgt bunyiknya...*

yg part korus tu... (lirik lagu ni ada dlm akhbar H/Metro hari ni):

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang 
*sebutan 'pegang' style org Johor yaa...
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


haaaaa... part 'perisai orang beriman' tu la... aku ingatkan 'beri sign orang beriman'! Dalam hati aku dah siap kutuk2 dah... siapalah penulis lirik lagu ni, mcm tak best je ayat tu... Rupa-rupanya aku yg salah dengar... hihihihihihi...... balik ni kena korek telinga, mungkin earwax dah tebal sgt... hihihihihi...

Thursday, September 30, 2010

gambar raya

(klik utk lebih jelas, sila guna superpower mata anda utk meneliti setiap gambar)


Hahahhaha.. orang upload gambar raya, aku pun sibuk nak upload jugak... tapi penat (baca: malas) lah nak pilih2. Jadi aku selambakkan je. Senang kan? heh heh...

Cerita raya aku tahun ni sempoi je...

Tahun ni raya kat kg aku, Tangkak. Seperti biasa, masa ini lah nak tunjuk muka kat rumah sedara mara esp. yg pangkat atuk-atuk sedara tu.. iyer la... waktu lain takdenyer nak jenguk ke apa kan.. inilah peluang nak bertanya khabar dan berbual2.. aku selalu terfikir dan cuba membayangkan, mcm mana lah atuk2 aku ni masa diorg kecik2 dulu... waktu zaman perang ke, waktu zaman darurat ke... (Dalam bayangan dan imaginasi aku, kehidupan mereka dalam dunia hitam & putih. Aku terpengaruh dgn filem2 melayu lama).

Raya ke-2, gerak ke Pdg Lebar, kg Hubby. Mak aku, mak sedara aku, sepupu aku, family abang aku dan family makcik aku ikut sekali. Hadoii... jem la pulak jalan Rompin-Bahau! gilosss... perjalanan yg selalunya sejam setengah dari Tangkak, dah jadik 3 jam la pulak. Tak pasal2 anak abang aku, si Hadeef tu, kena kencing dlm botol. Kes emergency nih...

Raya ke-3, batuk aku makin teruk, kepala pun pening. Berehat aje... konon2 nak ke jeram Tengkek pun tak pergi.

Raya ke 4/5, beraya di Malin Nawar/Kampar (belah MIL). Singgah makan mi rebus kat Restoren Mi Rebus Tapah (fav. aku nih). Kemudian singgah rumah Angah kat Rawang.

Akhirnya balik Puchong.. yuhuuuu!! lega betul!! Mmg le seronok berkumpul ramai2, tapi kalau part berehat tu, kat rumah sendiri la baru boleh tido nyenyak dan berehat2. *home sweet home*. Aku mmg dari dulu kalau berkaleh tempat susah nak tido. Balik rumah mak aku sendiri pun aku restless.. adakah perlu aku angkut bantal & selimut setiap kali berjalan? hahahahha... geli jek... aku tak pernah ada bantal busuk atau selimut gentel masa kecik yek... agaknya ni lah yg org tua2 kata, 'tak betah duduk rumah org'. Alamak.. tiba2 terasa tua la pulak.... huhuhuhuhu...

oh, sambung cerita raya..

Raya ke-6/7 kami ramai2 beraya rumah sedara mara sekitar KL.. boleh tahan jugak la hidangannya.. macam2! Paling takleh lupa gulai pisang lada hitam kat rumah Acu... peh! kalah prosperity burger!

Raya ke-8? Anak2 aku dah menuntut2 janji utk ke swimming pool. Yg penuh puasanya Iman, tapi apesal Ayu yg over managih janji? Aku konpius....
Yup, kami ke sini, Desa Waterpark. Bagus betul sebab tak ramai org. We enjoyed ourselves very much. Bebudak tu pulak mmg leka betul main gelungsur ni, mcm taknak balik. Aku suka Shock Wave, ombak dia ganazzz..

Wednesday, September 22, 2010

bulan dan zuhrah

Wanita sama sekali tidak berasal dari Venus, tapi awek2 dari Venezuela mmg cun-cun. Banyak kali jugak diorg menang pertandingan Miss World, Miss Universe, dan entah Miss apa2 lagi *nama aje Miss Universe, tapi takde pulak wakil dari planet lain yg dtg bertanding. sungguh tidak adil*. Planet Venus dalam BM ialah Zuhrah.
(klik gambar utk BESAR punya)
Kelihatan bulan sabit dan planet Zuhrah pada malam raya ke-2 (sila google: 11sep2010 crescent moon). Gambar sungguh jelas diambil dgn bantuan tripod. Tangan gigil daaa....
p/s: Lokasi sebenar di Pdg Lebar, Bt Kikir, K/Pilah. NS.

harharhar... inilah dia tripod & camera ku yg comel.. set atas jalan raya jek.. sungguh amatur! hahahahha... tengkiu la kat adik iparku yg tolong snapkan gambar ini... 

Tuesday, September 21, 2010

gatal tangan

Heh heh.. inilah projek gataltangan ku, dua hari sebelum raya. Pouch comel utk E71 ku yg tersayang (hadiah bday drpd Hubby tahun lepas). Material: kain felt + benang sulam. Cubaan gagal: satu kali (ukur sesuka hati, kan dah terkecik la pulak. terpaksa buat lain). Cubaan kedua: BERJAYA! *sengeh sambil kembang idung*

Monday, September 06, 2010

salam aidilfitri 1431H

I love this pics! Konon2nya budak bertiga ni nak peluk bahu sama2 utk ambil gambar. Iman being a lil' bit ticklish, tried to shove Iqbal away. But Iqbal being offended, merajuk la pulak.. Ayu's reaching out for her abg Iqbal, cuba pujuk... Perfect!


Ini gambar skema... hihihihi..


Bukan gambar raya:

Iqbal lipat2 kertas jadik katak. And then he cut out these two lil' ppl from the whole A4 paper, lekatkan atas badan katak. Ominya menjerit bukan sebab nampak katak, tapi kerana baki kertas tu dah di buang ke tong sampah. Pembaziran! Wahai anak2, jgn le membazir, sayangilah pokok2 di dunia ni.... huhuhu...

Wednesday, August 25, 2010

ramadhan 1431H

Alhamdulillah... panjang umur aku, dapat berpuasa lagi tahun ni... syukurr... Iman & Iqbal pun senang berpuasa kali ni, cuma hari pertama saja berkeluh kesah. 2-3 hari lepas tu nampaknya semuanya ok. kejut bangun sahur pun senang. :)
minggu lepas, aku & hubby buat biskut raya dua jenis (kalau sorang2 buat mmg aku surrender). Biskut mazola dapat 4 balang, boleh le bagi mak aku satu dan MIL satu. Choc chip mint cookies tu kena buat lagi sbb dah selamat aku anak beranak pulun makan lepas berbuka! hahahhaha... mmg sedap! (resepi refer kat Edi - cuma aku adjust sikit resepi pakai cups. tak reti aku nak ber-gram2 ni.. heh heh..) Sila abaikan bentuk2 biskut tu yg gabak2. aku buat nak cepat aje... hahahahhaha... yg penting sedap.... :)

*khas utk Terabot :)

150g butter - potong ikut garisan pembalut butter


1 1/2 cups self raising flour (187g)


1/3 cups castor sugar (75g)


1/4 cups light brown sugar (50g)


yg lain2 tu sama je


baju raya semua dah setel... awal2 lagi kami dah bershopping kat C4, dapat baju kurung/melayu kaler sedondong! i likeee.... harga pun murah, baju aku & hubby RM50++ selai, the kids Rm30++ selai... new shirts for the boys 2 psg, and a new dress for Ayu... boleh la tu.... lagipun banyak baju lama yg elok2, recycle aje buat pergi beraya nanti...

Wednesday, August 11, 2010