Bulan ramadhan semakin menghampiri ke penghujungnya... begitu juga dengan perjalanan pengajian ku di UKM, dah nak dekat habih dah pun. Tinggal, nak buat pembetulan laporan projek, & hantar selepas raya nanti, insyaAllah
babai dewan peperiksaan.. cukuplah empat semester aku kat sini
Ah, dah berminggu tidurku terganggu. Berjaga malam memerah otak mengarang ayat. Yg tak tahan tu, si Mat Hanif pun boleh bangun jugak tu, menemani aku sambil 'mengemas' rumah, ambik kain, pegi lap lantai, lap dinding pukul 3 pagi... hahahah... hadoi lah anak... rajin naw la pulakkk
ambik kain, lap lantai & lap dinding... taktau apa motif
Persiapan raya ala kadar, di samping kesibukan, aku berasa sebak membaca berita tentang gaza, membaca kisah2 pembunuhan, membaca sedih pilu keluarga mh17.. betapa murahnya nyawa manusia, sudah hilangkan kasih dan sayang antara kita... huhuhu.. :'(
Jangan sampai kita ditanya kelak apa yg kita dah buat utk membantu saudara2 kita sesama islam, sesama manusia... yg mana boleh boikot, kita boikot. yg mana boleh disumbangkan, kita hulurkan. Tidakkah kita mahukan dunia yg aman utk keselesaan anak cucu generasi akan datang?
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletecongrats
ReplyDelete