*draft aje lah dulu, entah bila nak post agaknya.. Heh heh*
Hari ni dah 4 minggu aku dlm pantang. Haihhh.. lambat betul masa berlalu. Masa seharian habis melayan kerenah si kecik ini, dan juga cuba menjaga kesihatan diri sebaik mungkin. Mmg terasa badan ku lambat pulih kali ni, mungkin kerana faktor umur barangkali. Terasa sakit pada otot disekitar perut dan pangkal paha, terutama jika mahu bangun drpd duduk/baring, dan ketika berjalan laju. Skrg ni, alhamdulillah, rasa sihat & ok sikit.
Di musim panas dgn cuaca tak menentu ni, kesian plk tengok si kecik rimas berbendung. Last2 bendung ke mana, barut ke mana. Kalau awal2 dulu si kecik menangis setiap kali selepas mandi, dan hanya berhenti bila siap dibendung (yup, mcm suis butang on-off. Elok aje siap dibungkus, terus senyap), sekarang dia marah sampai merah muka, dah mcm ulat beluncas meronta2 plk bila badannya dibalut kemas. Heheheh..
Ah, tapi yg paling buat aku terkilan bila aku tak dpt nak menyusubadankan si kecik ni sepenuhnya. Campur jgk dgn susu formula mcm sebelum2 ni. Aku tak tahan nak menanggung kesakitan. Bab ni mmg aku kalah. Kepada ibu2 yg mudah & senang sgt dlm proses menyusukan bayi anda, saya sgt jeles dgn kamu. Kepada ibu2 yg mengalami kepayahan tapi tabah meneruskannya, 'u have my highest respect'.
Yelah, setiap org ada bahagian masing2, aku senang mengandung dan beranak, tapi part masa berpantang mmg aku kalah. Mcm2 hal nya...
Hingga hari ini, setiap malam aku bertungku, suami yg panaskan batu, dan aku tuamkan seluruh badanku terutama dibhgn pinggang & punggung. Dan akhirnya aku tido dengan batu tungku dibhgn perut. Mmg lega rasanya, kalau tak bertungku, rasa sengal2 je tulang satu badan.
Iman, Iqbal & Ayu nampak seronok melayan adik baru. Kalau balik sekolah tu, mmg masing2 akan duduk mengadap si kecik sambil mengagah atau mencuit2 pipinya. Boleh la harap kalau nak minta tolong ambik barang dsbgainya.
En suami pula, dialah tukang masak, tukang kemas, tukang pegi kedai, tukang ngantor/ambik budak2 sekolah, dan tukang gosok baju. Kesian plk tengokkan.. Wat tu du... Dan hal baju sekolah terpaksa aku tinggalkan, takde adegan sental menyental. Rendam dlm mesin semalaman dan terus basuh & sidai. Lantak la nak jadi rupa apa pun, aku dah tak pedulik. Banyak lagi hal lain yg nak diuruskan.
Ahmad Hanif @ rambut mcm kena cas voltan.
Hihihi dah nampak rupa abang dah dia..
ReplyDeleteKak.. Icha menyusu lagi. Tapi kalau kat taska dia minum susu soy-based lah. Dah dekat setahun dah. Masa Fahim dulu 5 bulan plus. Lepas tu tak perah masa kerja.
Icha demand susu badan jugak. Sebab tu saya continue menyusukan dia. Kita kalau jenis banyak susu pun tapi baby punya demand kita mana boleh predict kan. Ikhtiar sahaja.
Apa2 pun.. hai comel!! Jom beraya kat Bangi!
itulah.. ini tgh gigih memerah dgn jayanya.. harap2 dapat la buat stok banyak2, tak perlu campur dgn formula.. usaha dulu tengok mcm mana..
ReplyDelete