Sunday, November 18, 2012

Cuti sekolah akhir tahun 2012

Kebetulan pulak minggu pertama cuti sekolah, terserempak pulak dgn cuti deepavali & awal muharram, jadi aku plan dgn abang aku utk ambik cuti seminggu dan pergi bercuti, bawak mak aku sekali.

Abang aku pilih chalet Tg Sutera, di Tg Sedili, Kota Tinggi. Kami berada di sana 3 hari 2 malam, mmg seronok la bebudak tu dapat berendam dlm swimming pool hari2. Kalau boleh, dari pagi ke ptg nak mandi kolam.

Cuaca alhamdulillah, panas terik. Mungkin sebab awan hujan ditiup ke arah kawasan dataran belah dalam kot, area tepi pantai ni takde awan.

Tapi, satu je yg tak syok, aku yg mmg alah udang/sotong ni, bila makan tak jaga, habis penuh muka dgn jerawat pasir, berbintat2 bengkak2... Huhuhu... Sadis betul!

All in all, mmg best la lepak2 dgn keluarga ni, borak2, bergurau senda. Dapat la anak2 aku kenal rapat dgn family abang aku. Kalau tak, jumpa kejap2 aje.. Tak sempat nak bermesra.

No comments: