Friday, January 13, 2012

hal sekolah


Aku rasa aku seorg yg positif. I can always find even the tiniest trace of silver lining in the darkest cloud. Terutama dlm hal2 yg terjadi seharian. Lagipun tak berbaloi kalau sikit2 nak mandom, esp kat perkara2 yg kita takleh nak control (oh, aku tak cakap aku seorg yg penyabar yek... Heheheh.. Lain sgt tu..)

Jadi apabila Iman mengadu yg semua pilihan persatuan, kelab dan sukan dia takde satu pun yg dapat, aku pun pujuk la dia utk cuba try test dulu, he'll learn something new and meet new friends. Muka dia sedih aje, dan dia cakap dia taknak pergi sessi kokurikulum kat sekolah. Aku pujuk dia, dan dia pun cerita..

Memula, Iman pilih persatuan pengakap, tapi cikgu masukkan dia ke dlm persatuan kadet. Ini aku boleh terima sbb kadet pun ok juga. Kalau setakat nak pergi camping, semua persatuan dapat pergi camping.

Kemudian dia pilih sukan badminton, tapi cikgu letak dia main takraw. Oh, aku kata ok jugak, aku cerita la masa kecik2 dulu aku terer main capteh. Kira bagus kalau iman dapat skil baru, boleh belajar timbang bola.

Akhir sekali pasal kelab. Iman pilih kelab sains dan matematik. Tu pun dia tak dapat jugak. Dia kena masuk kelab rukunegara. KELAB RUKUNEGARA!?? Apa tu?? Aku taktau pun ada kelab rukunegara! Hahahahahha... aku terus give-up dan gelak tergolek. Heheheh.. Sorry le abg Iman, part ni omi takleh tolong, dah tak terkata apa. Hehheheh..

P/s: cikgu pun satu hal. Tak payah la bagi anak murid isi borang utk pilih persatuan / kelab ni semua, tapi last2 takde satu pun yg ikut pilihan murid2. Kesian diorg tau, frust habis. aduhaiii...

'I'm ready... i'm ready.. i'm ready (spongebob)'

9 comments:

  1. skrg semua kelab ada kuota ke? zaman kitorang skolah dulu boleh je masuk ikut suka. sian budak2 ni.
    ps: wahaha kelab rukunegara!! rofl.

    ReplyDelete
  2. wah, entry yang menarik, blog ni pun lawa, keep up the good work! :D

    ReplyDelete
  3. Wah, tak pernah tau pon begini caranya. Ntahnya kan.. baik takyah kasik pilihan ekk.

    ReplyDelete
  4. banyaknyer kasut sekolah! hahahhaa...

    betulla.. baik takyah bagi budak pilih.. ape la... buat dia frust jer.. sian dia.. mesti takde org nak masuk kelab rukunegara tu psl sapa2 je kenalah paksa!

    ReplyDelete
  5. itulah pasal... si Iman dah pasrah je tu, harap2 ada aktiviti yg menarik

    ReplyDelete
  6. haha... my anak pun sama juga..yesterday cikgu dia bagitau dia kena ikut kelab beruniform TKRS (Kadet sth, Kelab Rukunegara dan yang paling tidak disangka sukan gimnastik... wakaka.

    ReplyDelete
  7. ooo... kelab rukunegara tu ada kat semua sekolah yek... hehheheh... tapi, sukan gimnastik?? wahhh.... hebat betul budak2 skrg..

    ReplyDelete
  8. cikgu ikut protokol dan bisikan hati... huhuhu

    ReplyDelete