Wednesday, May 26, 2010

my fav kuini

...semalam aku dapat sebiji buah kuini, yg sedang elok je masaknya. Mak aih... dari dalam kereta lagi mmg aku dah terliur dgn baunya yg harum semerbak tu... rasanya mmg manis, sedap betul! Aku simpan biji buah kuini ni, konon2 nak tanam la... agak2 kalau letak kat pasu je, boleh hidup tak? heh heh...

p/s: ada org panggil buah ni buah bacang/macang... tapi sebenarnya spesis bacang dan kuini ni mmg berbeza.. nama saintifik bacang ialah Mangifera foetida dan kuinin ialah Mangifera odorata. Aku pun bukan tau sgt. Pada aku, kalau asam mangga tu jenis bulat2 kecik, kulit hijau tapi isinya kuning oren, baunya punyalah harum & rasanya punyalah manis.. itu buah kuinin.

bacang vs kuini (taken from this blog). terima kasih en.google :)


Tuesday, May 18, 2010

9th anniversary

Wah, mcm tak percaya jek. 9 tahun bukan masa yg singkat. Tahun depan dah dikira sedekad. I'm glad that we're still together, having each other, and looking forward for more years to come. :)

(image from google)

Wednesday, May 05, 2010

spek baru..

.. ini adalah hadiah aku kepada diri ku sendiri sempena menyambut birthday tahun ini. Haaaa... amacam? ok tak? Kali ni aku terpengaruh lalu memilih kanta carl-zeiss. Promoter tu beria-ia promote kanta ni, katanya lebih jelas dan berkualiti. Masa aku gi ambik, dia suruh aku compare spek mata lama dgn baru (power mata tak bertambah, cuma spek lama tu dah bercalar2. Lebih dua tahun pakai, mahu nyer tak calar balar).

Haaa... part ni aku ada sedikit konpius. Spek lama aku dah le berminyak2, kelabu2 sikit dan calar2, tak aci la kan kalau dibandingkan dgn spek yg baru keluar kedai. Tak kisah la kalau pakai kanta jenis apa sekali pun, betul tak? Sabar je la aku dgn promoter nih...
mata lama tua & mata baru muda :)
*heh.. heh..

Tuesday, May 04, 2010

layang-layang

Semalam Iqbal buat layang2 sendiri. Dia gunting kertas lukisan yg dah berconteng, bentuk segitiga. Kemudian dia gunting tali (dari botol buih sabun Ayu), dan ikat kat satu bucu kertas tu. All this while sambil menyorok2 kat bilik yg cahayanya samar2, berlatarbelakangkan suara sang Omi yg menjerit2 dari dapur, suruh Iqbal buat homework.

Ooo... rupanya dia senyap2 buat projek yek. Patutla bila di tanya, dia tersengeh2 jawab, 'takde apa2'. Terus simpan gunting kertas segala dalam beg.

Laaa... bukan Omi tak bagi buat layang2, tapi siapkan la latihan & kerja rumah dulu. Jgn mengelat. Iysk, budak sorang ni..

Lepas Iqbal siapkan latihan & makan nasi, sang Omi pun ambik kertas & benang, dan buatkan Iqbal layang2 kotak. Terbangkan depan kipas angin je. Iqbal gembira.
(image from google)


Simple life for a lil' kid :)