sekarang ni, giliran anak2 aku pulak. aku hantar diorang ke rumah mak aku kat tangkak selama 3 minggu. aktiviti pertama of coz main basikal. tapi aku dulu belajar dgn basikal atuk aku, mana ada training wheels tu semua. lama jugak la aku kayuh sambil berdiri, sbb kalau duduk mmg sah kaki tak sampai ke pedal. kawasannya sama jugakla, kat laman rumah. cuma dulu aku boleh pergi jauh sikit sampai area kebun rambutan, kemudian pusing balik ke laman rumah. tapi sekarang kebun rambutan tu dah jadik mahkamah.
laman yg sama aku tempat aku pusing2 belajar basikal zaman 80'an dulu.
dan, aku dulu mmg peneman setia arwah atukmak aku. teman dia pergi kenduri, teman pergi rewang, teman pegi pasar, pejabat pos, atau saja2 ziarah sedara mara. kalau dekat jalan kaki, kalau jauh sikit aku bonceng basikal dgn atukmak aku. kalau lagi jauh, kami naik bas.
kali ni, giliran anak2 aku jalan2 jumpa sedara dan pergi kenduri kendara di kampung. tapi diorang naik 'kancil' lah pergi ke sana sini.... heh heh... mak aku sama mcm atukmak aku, suka berjalan.
aku harap anak2 aku seronok duduk dgn atukmama diorang. at least, orang kata dapat tukar angin.
well, until next school holidays... :)
oohh. anak2 kena pos balik kampung?
ReplyDelete(merdeka! merdeka!, sora cover2, takut budak2 dengar)
yeay
ReplyDeletetime mak ayah bercuti juga
tapi tak berapa lama lagi je nih.. hehe
maksu> yahuuu! hahahhaha...
ReplyDeletewan> masa utk berhoneymoon.... hikhikhik...
Ahhh.. Syoknya atok nenek masih duduk di kampung. Sekarang ni, balik kampung pun kampung moden. Tak ada reban ayam, tak ada kebun. Alahai..
ReplyDelete