Monday, December 21, 2009

circle of life

Masa aku kecik dulu, tiap kali bila tiba cuti sekolah, mesti aku balik kampung. kat kampung lah aku belajar naik basikal, aku jumpa dan kenal sedara mara, aku dapat hidup kat sawah dan kebun, aku teman atukmak tambat lembu, tolong jaga padi yg dijemur, dan dapat makan macam2 buah-buahan tempatan.

sekarang ni, giliran anak2 aku pulak. aku hantar diorang ke rumah mak aku kat tangkak selama 3 minggu. aktiviti pertama of coz main basikal. tapi aku dulu belajar dgn basikal atuk aku, mana ada training wheels tu semua. lama jugak la aku kayuh sambil berdiri, sbb kalau duduk mmg sah kaki tak sampai ke pedal. kawasannya sama jugakla, kat laman rumah. cuma dulu aku boleh pergi jauh sikit sampai area kebun rambutan, kemudian pusing balik ke laman rumah. tapi sekarang kebun rambutan tu dah jadik mahkamah.

laman yg sama aku tempat aku pusing2 belajar basikal zaman 80'an dulu.

dan, aku dulu mmg peneman setia arwah atukmak aku. teman dia pergi kenduri, teman pergi rewang, teman pegi pasar, pejabat pos, atau saja2 ziarah sedara mara. kalau dekat jalan kaki, kalau jauh sikit aku bonceng basikal dgn atukmak aku. kalau lagi jauh, kami naik bas.

kali ni, giliran anak2 aku jalan2 jumpa sedara dan pergi kenduri kendara di kampung. tapi diorang naik 'kancil' lah pergi ke sana sini.... heh heh... mak aku sama mcm atukmak aku, suka berjalan.

aku harap anak2 aku seronok duduk dgn atukmama diorang. at least, orang kata dapat tukar angin.

well, until next school holidays... :)

Thursday, December 17, 2009

aktiviti akhir tahun 2009 - update

* nak basuh beg2 sekolah, dan adjust sikit mana2 yg patut. Beg2 Iman nampak boleh pakai lagi tahun depan, so ok. Beg tadika Iqbal boleh buat beg sek. agama, so need to buy a new schoolbag for his sek. keb. only. Beg Ayu dah hancur, need a new one too.
aku jumpa mcm2 sampah dalam beg iqbal, termasuk vitagen yg dah kembong & expired. not one, but TWO! itulah dia... nak nyorok2 sangat... last2 tak minum pun....
Beg baru utk iqbal & ayu pun dah beli.

* Sort baju budak2 ni; mana yg boleh pass down, mana yg boleh totally let go.
Done. baju2 yg elok dah siap bungkus nak bagi org. the cutest shirts are reserve for lil' irfan. :)

* tuala2 lama yg aku simpan tu, aku nak jahit sambung2 buat selimut ayu. maybe i should learn on how to quilt. wah! very2 interesting!
tiga helai tuala lama dah dijahit sambung utk buat selimut ayu. quilting is still in progress. letih jugak nak sambung2 kotak2 itu yek. hahahahahha... itu pun mula2 aku ada hati nak buat more complex designs! hikhik... berangan...

* buku2 pun kena kemas jugak. we definitely need another book shelves.
dah beli tiga small bookshelves, each for iman, iqbal & ayu. buku belum kemas lagi.

*vacations. nak pergi mana yek?
cuti dah ambik. yahuuu!

*shopping for school supplies. bagus jugak sekolah bagi hadiah stationeries, boleh buat stok tahun depan.
pakaian sekolah belum beli lagi.

* i should start browsing topics on small-spaced interior design. terasa nak tukar susun atur rumah. barulah seronok sikit kan? *berangan*
tak sempat nak susun atur rumah. but mr hubby already dusted the whole house, and sorting things, toys, dan entah apa lagi yg di simpan berabuk2.

*aku kena buat jadual harian utk iman, iqbal and ayu.
not yet. but i will.

Thursday, December 10, 2009

petua

teringat aku kat atukmak aku. kalau lepas dia siang ikan, mesti dia usap2 bilah pisau kat tangan, buat macam sapu butter kat roti. aku pikir dia nak bersihkan pisau, rupanya2 itu petua untuk hilangkan bau hanyir kat tangan.

dan, ini yg aku jumpa kat internet:


A must have item for the person who does the cooking and also the hosting! This Stainless Steel Soap Bar by Blomus® removes smells from your hands such as garlic, fish, and onion in a cinch! It’s easy to use, just run your hands under cool water and rub the bar between your palms, no liquid soap needed. Dry off and you’re ready to greet your guests at the door. The only give-away to your upcoming meal will be the smells from your kitchen, NOT your hands.
Additional Information:
Features:
• Made of stainless steel
• Removes smells from your hands
• Great for removing odors from garlic, fish, onion and more
• Includes black soap dish








aku terharu.