Wednesday, August 26, 2009

ngeri

kejadian ni mmg betul2 berlaku. bukan cobaan. manalah aku sangka, tgh elok2 tidur boleh pulak anak aku sorang ni bangun dgn berlumuran darah! ngeri giler!

minggu lepas, hari selasa lebih kurang jam 4 pagi. Iman kejutkan aku. dia kata badan dia panas, mcm demam. aku pun rasa dahi dia mmg panas sikit, dan badan dia berpeluh. jadi aku bagi dia makan ubat demam. lepas tu aku suruh dia tidur balik dalam bilik dgn iqbal.

oleh sebab iman bukak lampu bilik, si iqbal terjaga sambil menggosok2 mata. iman pun cakap, 'omi, tengok iqbal ni!' sambil tunjuk baju iqbal. aku pun hairanlah sbb mcm ada tompok2 coklat kat baju iqbal, dan kat bantal, cadar dan selimut. aku pun tanya iman, dia muntah kat iqbal ke? iman cakap takde, mana ada dia muntah.

aku jadik panik. aku belek2 telinga dia, hidung dia, kepala dia kot2 berdarah. tapi takde pulak. bila aku tengok leher dan bawah dagu, aku punyalah terkejut sbb ada luka besar tersopak kedalam, nampak isi daging, betul2 bawah dagu dia! astaghfirullah...

aku kejut husband sambil cuba bertenang. ok, darah dah kering, takde la aku risau sgt. cuma kami tampal plaster besar (adhesive wound dressing) utk cover luka tu. iqbal masih blur, dia langsung tak menangis atau cakap sakit. bila aku tanya kena kat mana, dia tunjuk birai katil. aku musykil. mcm mana boleh terkena kat situ padahal besi katil tu di tutup dgn tilam, dan tiada setitik darah pun kat lantai.

setelah buat CSI lebih kurang, dan keluarkan mcm2 teori. kitorang sambung tido... masih awal pagi kan.... aku bagi iqbal makan ubat demam utk kurangkan sakit dan tak mau dia demam.

pagi tu kat klinik, luka dia kena jahit. 4 benang hitam tersimpul bawah dagu. ngilu aku tengok. dah berjahit bawah dagu pun masih melompat, berlari sana sini. lemah lutut aku tengok budak sorang ni. iysk, mmg tak reti sakit agaknya.

inilah rupanya dari bawah. kena tukar plaster selalu sbb makan comot2, sampai dagu. kang tak pasal2 semut hurung ke apa.

lepas kejadian tu, mmg macam2 aku pikir. aku rasa mcm mimpi pun ada, percaya tak percaya. and we thought he's safely tucked in his bed that night! inilah yg dinamakan takdir. kalau dah nak kena, kat mana2/apa cara pun kena jugak.

jenuh aku & hubby buat CSI dalam bilik. belek2 bawah katil, bucu katil, atas katil.. tapi masih buntu. kalaulah dia jatuh ke bawah katil, mestilah kepala terhantuk dulu kan masa dia nak bangun? mcm mana dagu pulak boleh tersangkut, terkoyak mcm tu sekali? entahla...

i shuddered to think what if he's not stop bleeding that night. what if the wound more severed? my child is wounded yet i'm deep asleep, oblivious to what was happening. ngeri betul. aku berdoa semoga Allah melindungi anak2 aku dari segala bahaya.

Bismillahi Tawakal tu al Allah wa la hawla wa la quwwata illa billah

dua org budak dah tak sabar nak berbuka. iqbal pun puasa jugak w/pun bertampal dagu.
awal2 lagi dah mengadap air oren sejuk. :)
(menyambut awal ramadhan di rumah arwah atuk, tangkak)

Tuesday, August 25, 2009

ramadhan 1430H

Iman dah mula berpuasa penuh sejak hari pertama lagi. maklumlah, dah darjah 1, takkan nak separuh hari lagi. lagipun tgh cuti sekolah. mmg duduk rumah je, takde pegi mana.

untuk menggalakkan iman, iqbal & ayu berpuasa, berbuih2lah mulut omi & abah menerangkan apa itu puasa, mengapa perlu puasa, nikmat puasa (nanti dapat berbuka dan lepas sebulan puasa dapat beraya).

iman & iqbal nampak dah faham... tapi ayu? heh heh.. pagi2 1 ramadhan tu, aku tanya dia..

omi: ayu nak puasa tak?
ayu: NAK! (peh, semangat betul)
lepas tu ayu tanya lagi: nak pakai baju apa?

aku blur kejap. apehal la nak puasa tanya pakai baju apa pulak? rupa2nya dia ingat puasa tu raya.... hahahhahahahah.... alahaiii... heh heh.. dalam berjela2 cakap pasal puasa, raya je yg dia faham....



[unplanned vacation, 1-2 aug 2009]
iman, iqbal dan ayu sebok tanya, bila nak pegi hotel, nak mandi swimming pool. ye la, sbb dah janji masa cuti sekolah hari tu kan. tapi dah semua kena cikenpox, mcm mana nak pegi?

aku pun survey2 la tempat2 yg berhampiran. aku jumpa satu resort kat pantai morib. cantekkkk... dekat pun dekat... lalu banting boleh singgah beli kerepek. sampai je sana, tengok2 oarang punyalah ramai. laaa.... ada reunion sekolah pulak... bilik semua penuh. aduilah... menyesal tak booking awal2. hampeh...

perjalanan diteruskan ke arah selatan. konon2 nak pegi sri malaysia bagan lalang. pun penuh jugak! ada family reunion pulak dahhh.... last2 terus ke PD.

kat PD pun penuh daaa... tak sangka la pulak ramai yg nak berunion hujung minggu tu. aku tengok jam dah pkl 5. kalau tak jumpa jugak resort yg sesuai dgn budget, mmg aku cadang terus balik tangkak je la...

last2 setel kat ilham resort. yahuu... anak2 aku mmg seronok la. tukar baju terus berendam dalam kolam. heh heh...

owh.. rupa2nya ilham resort ni terletak di sebelah kawasan rumah api tanjung tuan. selain tempat rumah api, kat sinilah tempat persinggahan burung2 yg berhijrah dari utara/selatan.
fuh! semput aku nak jejak sampai ke kawasan ni. ambik nafas dulu sebelum panjat tangga.

sambung berendam dalam kolam. ayu muka cuak sbb bekas air tu terlepas dari tangan dia bila dia nak simbah air ke abang iman/iqbal. heh heh...



[ulu bendul]
hari tu kitorang balik k/pilah, singgah mandi sungai kat ulu bendul. sejuk betul air dia.

ini budak 2 org yg tak reti sejuk. leka betul main air.

Friday, August 14, 2009

di pondok kecil

dipondok kecil di pantai ombak
berbuih putih beralun-alun

disuatu hari ayah berkata
jaga adik mu ayahkan pergi jauh
ku pandang wajah ayah dahinya ku cium
air mata mengalir hatiku pilu

diam-diamlah sayang jangan menangis
doakan ayah semoga diterima
diam adik ku sayang jangan menangis
andai ayah gugur doakan dia syahid

selamat berjuangan ayah tercinta
kau pergi dulu ayah ke medan juang
ku iringi doa moga berjaya
beroleh kemenangan demi agama Islam

wahai abang ku kemana ayah
ku sayang ayah ku cinta ayah

duhai adik ku sayang jangan bersedih
ayah mu pergi menyambut seruan Ilahi
tapi ingatlah adik ku pesanan ayah
berjuangan dan berkorban walau dimana jua

pada Mu Tuhan aku bermohon
dosa ayah ku minta diampunkan
berilah rahmat bantulah dia
untuk menegakkan agama Islam

(youtube link: Nadamurni_dipondok kecil)


======================
sayu pulak bila terngiang lagu ni kat telinga aku. teringat balik zaman2 sekolah dulu, layan lagu ni kat surau..
alfatihah utk Ust. Asri (Rabbani). terima kasih kerana meminjamkan suaramu utk mengalunkan zikrullah dan nasyid2 yg indah.