Friday, December 19, 2008

1st digital scrapbook

click above image for larger picture

thanks to wan, aku pun teruja sama nak try ber'scrapbooking'. cuma, aku taknak messy dan sepah2 dgn kertas, gam dan gunting, so i opted for digital scrapbooking. the best part is, it involves photo editing as well. saje la try2 kan. as a beginner, aku guna a simple scrapbook flair software for arranging items, paint.NET for photo editing and enhancement, while referring to digital scrapbook place for simple tutorials and tips.


amacam? ok tak? visit those scrapbook links, boleh cuci-cuci mata. giler kreatif diorang ni semua.

Thursday, December 18, 2008

khamis, 18DEC08

pagi tadi aku pergi SK Cyberjaya, beli buku utk Iman. sekolah akan bermula pada 5 Jan 2009 (bday abang aku). aku diberitau, pada hari tersebut, satu peperikasaan akan diadakan utk saringan kelas. bila aku dengo je dia sebut 'peperiksaan', terus perut aku memulas2. mcm aku pulak yg kena ambik exam tu. huhuhuhu... *relax mommy... tarik nafas.. hembusss... your time is so over.. kali ni giliran anak2 pulak*

hari ini, genaplah seminggu bapak aku meninggal dunia. Alfatihah utk arwah. kami semua redha dgn pemergiannya. we found peace together towards the end of his life.

'(iaitu) orang2 yang apabila mereka ditimpa musibah (malapetaka), mereka berkata: inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. (bahawa sesungguhnya kita kepunyaan Allah dan kita akan kembali kepadaNya)'. (al baqarah:156)

Thursday, December 11, 2008

simple marble cheesecake

haa... ini dia resepi cheese cake yg aku janjikan hari tu. takde bahan yg pelik2. aku suka resepi yg senang macam ni. ye la kan, buat pun sekali sekala. tak sanggup aku nak biarkan bahan2 rosak macam tu aje. membazir... tak baik tau!

ok. resepi cheesecake ni aku ambik dari buku chef wan (cousin aku yg beli). tapi aku ejas sikit, tak kuasa la aku nak sukat gram-gram ni. agak2 lebih kurang dah la.

simple marble cheese cake (1 loyang):

1 bungkus biskut coklat chipsmore. dihancurkan jadik serbuk.
50 gm butter. haaa.. ni senang saje. kalau beli seketul butter, ada garis2 kat peket dia tulis 50g tu kan? potong aje butter ikut garisan tu, lebih kurang.

1. cairkan butter, gaulkan dgn serbuk biskut chipsmore tadi.

2. alaskan loyang dgn aluminium foil. ini utk memudahkan kita keluarkan kek daripada loyang. kalau nak potong kek terus kat dalam loyang pon boleh, tapi habih rosak la loyang karang, kena tarah dgn pisau.

3. masukkan sebatian butter dan serbuk biskut tadi dalam loyang. tekan2 bagi mampat. this is the base. simpan dulu dalam peti sejuk. kalau tak, semut hurung. (yup, no other reasons at all. rumah aku mmg banyak semut).

4. panaskan oven 170deg Celcius.

500gm cream cheese. atau dua ketul 250gm cream cheese.
3/4 cawan gula halus. resepi kek ni agak kurang manis. kalau nak manis letak 1 cawan.
2 biji telur size L. biar dalam suhu bilik.
1 sudu teh esen vanilla.

5. pukul cream cheese sampai kembang. campur gula. pukul sampai gebu. masukkan sebiji telur dalam adunan, pukul sebati. kemudian sebiji lagi. pukul sebati. campurkan esen vanila. pukul sikit lagi. dah siap.

1 bar bittersweet chocolate. lebih kurang 100gm. aku suka vochelle. patah2kan coklat, dan cairkan guna double boiler. atau guna microwave. mana2 pun boleh, asalkan jgn hangus dan hangit.

6. 1/3 adunan cream cheese tadi dicampurkan dgn coklat cair. kacau sebati.

7. sudukan (atau sendukkan, jika nak cepat habis) adunan cream cheese kosong & coklat secara berselang seli, ke dalam loyang tadi, sampai habis. ambil pisau dan lerekkan dalam adunan supaya membentuk corak 'marble'.

8. sediakan loyang kosong yg besar sedikit. isi sedikit air. masukkan loyang kek ke dalam loyang berisi air. cheese cake mmg kena bakar secara 'double-boil' utk masak secara sempurna.

9. bakar dalam oven selama 1 jam. kemudian, biarkan kek sejuk di dalam oven selama 3 jam, dgn pintu oven diregangkan sedikit (selit sudu kat pintu oven). ini utk mengelakkan permukaan kek pecah. lepas tu simpan dalam peti sejuk. cheesecake sejuk lagi sedap lah kan?

10. dah boleh potong2 dan makan. di jamin murah, sedap, halal dan tiada bahan pengawet seperti kek kedai.

yummmy