ayu pulak pagi-pagi bagun tido dia panggil aku sambil tunjuk-tunjuk kat dapur. aku ingat apehal, bersungguh-sungguh dia tunjuk dgn jari dan buat isyarat mata, terjeling-jeling. rupa-rupanya nak air milo. cesss...
adik pulak, bila aku bisik kat dia suruh tido, dia bisik kat aku balik, mouthing the words, 'ti.. dooo... ke?' haiyaaa...
[rumah poksu]
mak aku ajak pegi rumah poksu aku kat Sg Sumun (antara Hutan Melintang dan Bagan Datok) minggu lepas. aku pun mmg dah lama tak pegi rumah dia. jadik aku pun susur la ikut Kuala Selangor, sempat singgah gerai makan di Sg Besar pekena ikan pecal, makanan org jawa. sapa ada resepi ikan pecal ni, bagi la kat aku. aku nak cuba buat. sedap la.
mak aku pegi dgn keluarga mektam, makcik, maklang, mokde, dan mokteh, semua bertolak dari tangkak pagi-pagi lagi. beria-ia la diorang suruh saing sama-sama. sudahnya, setiap minit telefon aku berdering, asyik tanya kat mana, apesal tak sampai2 lagi. sms punyalah banyak. masing2 extra concern takut aku sesat. aduihla... rimas aku dibuatnya. aku dah le kurang sihat. anak2 aku pun batuk & selsema, kena la singgah klinik dulu. rumah pun kenalah clearkan apa2 yg patut. aku tak suka nak tinggalkan rumah bersepah2.
[teluk senangin]
biasalah, kalau dah berkumpul ramai2 kenalah buat aktiviti kekeluargaan, ye tak? poksu aku ajak pegi piknik kat Teluk Senangin. bawak bekal nasi ayam dan buah-buahan. taulah kalau dah ramai-ramai ni, nak tunggu masing2 bersiap pun lama, nak tunggu turn bilik air lagi. dekat pkl 11 baru bertolak. apa2hal ambik gambar dulu.
the Hj Hashim clan. mak aku (yg sulung), mokde, mokteh, maklang & ayus, mektam & her family, makcik & her family dan poksu & family. yg tak join gathering ni ialah keluarga pakngah dan keluarga pakndak. kalau lagi dua keluarga ni join, konfirm yg lelaki kena tido kat beranda luar la nampaknya.
separuh dah terjun ke laut, berendam sampai gelap. anak2 aku takut mandi laut, jadik diaorang main pasir je kat pantai.
separuh lagi bersantai bawah pokok. makan2 dan sembang2 dan jadi tukang gelak.
A clear blue sky. pantai pun bersih, suasana nyaman, tak ramai orang.
Kak Azerq, kat mana ek Teluk Senangin nih?
ReplyDeletebestnyer sis...huwaaa..nak gi pantai gak..nanti email i
ReplyDeleteterabot@yahoo.com
i kat jementah je, kalu turun tangkak nanti call i, bole i turun sana...heheh..nak harap jumpa kat KL memang payah ler gamaknya..
odie> teluk senangin ni dekat dgn area damai laut. jauh sikit, tu pasal tak ramai org kot. :)
ReplyDeleteterabot> haa... ok no problem. jom lepak2 makan nasi ayam berlada. :)
aik? mana muka ku? mana? mana?
ReplyDeleteoh, bukan saya ler.. ahaks
maksu> hahahaha.. sabo je la... tu la maksu, suka nyorok2 dlm gambar... mungkin di sebalik pasu tu kot? hikhikhik...
ReplyDelete