Thursday, October 30, 2008

syawal1429H babak II

aku baru baik sakit tekak & batuk, suara pun masih garau2 lagi. badan masih kebah2. suara aku dah hilang habis cuti deepavali hari tu. seronok la anak2 aku sebab omi dia tak dapat nak jerit2. oleh sebab suara pun dah tak keluar, aku guna bahasa isyarat je la, cuit mencuit, tunjuk-tunjuk dan bisik-bisik. anak2 aku heran apesal aku buat perangai mcm tu.

ayu pulak pagi-pagi bagun tido dia panggil aku sambil tunjuk-tunjuk kat dapur. aku ingat apehal, bersungguh-sungguh dia tunjuk dgn jari dan buat isyarat mata, terjeling-jeling. rupa-rupanya nak air milo. cesss...

adik pulak, bila aku bisik kat dia suruh tido, dia bisik kat aku balik, mouthing the words, 'ti.. dooo... ke?' haiyaaa...

[rumah poksu]
mak aku ajak pegi rumah poksu aku kat Sg Sumun (antara Hutan Melintang dan Bagan Datok) minggu lepas. aku pun mmg dah lama tak pegi rumah dia. jadik aku pun susur la ikut Kuala Selangor, sempat singgah gerai makan di Sg Besar pekena ikan pecal, makanan org jawa. sapa ada resepi ikan pecal ni, bagi la kat aku. aku nak cuba buat. sedap la.

mak aku pegi dgn keluarga mektam, makcik, maklang, mokde, dan mokteh, semua bertolak dari tangkak pagi-pagi lagi. beria-ia la diorang suruh saing sama-sama. sudahnya, setiap minit telefon aku berdering, asyik tanya kat mana, apesal tak sampai2 lagi. sms punyalah banyak. masing2 extra concern takut aku sesat. aduihla... rimas aku dibuatnya. aku dah le kurang sihat. anak2 aku pun batuk & selsema, kena la singgah klinik dulu. rumah pun kenalah clearkan apa2 yg patut. aku tak suka nak tinggalkan rumah bersepah2.

tak susah nak carik rumah poksu aku dalam kampung tu sebab aku cam kereta mak aku dan kereta pak sedara yg lain. heheheh. jadik malam tu kitorang berkampung ramai2 di sg sumun... 

[teluk senangin]
biasalah, kalau dah berkumpul ramai2 kenalah buat aktiviti kekeluargaan, ye tak? poksu aku ajak pegi piknik kat Teluk Senangin. bawak bekal nasi ayam dan buah-buahan. taulah kalau dah ramai-ramai ni, nak tunggu masing2 bersiap pun lama, nak tunggu turn bilik air lagi. dekat pkl 11 baru bertolak. apa2hal ambik gambar dulu.


the Hj Hashim clan. mak aku (yg sulung), mokde, mokteh, maklang & ayus, mektam & her family, makcik & her family dan poksu & family. yg tak join gathering ni ialah keluarga pakngah dan keluarga pakndak. kalau lagi dua keluarga ni join, konfirm yg lelaki kena tido kat beranda luar la nampaknya.


separuh dah terjun ke laut, berendam sampai gelap. anak2 aku takut mandi laut, jadik diaorang main pasir je kat pantai.


separuh lagi bersantai bawah pokok. makan2 dan sembang2 dan jadi tukang gelak.


A clear blue sky. pantai pun bersih, suasana nyaman, tak ramai orang.


tayar pulak terbenam dalam pasir. terpaksala tolak ramai2. aku tolong tengok aje. heheheheh. poksu aku la suruh parking sini, dia kata kalau nak parking sampai ke gigi air pun boleh.

bye-bye teluk senangin. panjang umur jumpa lagi. ta-ta.

Friday, October 10, 2008

syawal1429H

testing... testing... blogspot ada problem ke? apesal aku takleh post comment kat blog sendiri & blog kawan2? korang ok je yek?

[raya]
ada peristiwa yg buat aku bengang giler pada malam raya. baju anak2 aku tak muat, salah jahit!!! geram betul aku kat nyonya tukang jahit tu. lain kali kalau takleh buat, jgn la cakap boleh pulak. banyak lagi kedai lain yg aku boleh cari.

mujur aku tergerak nak bawak baju raya anak2 aku tahun lepas punya yg kaler pink. ayu pulak untung sebab mak aku belikan dia baju kurung baru. kaler pink jugak. jadinya di pagi raya mak bapak kaler hijau, anak2 kaler pink.
menjelang pagi raya, aku langsung tak teringat pasal baju. sibuk mandikan anak2 aku awal2 lagi, dan bersiap nak solat raya di masjid tangkak. lepas solat, balik rumah, makan lemang (cekik darah, mahal giler), rendang daging (husband aku masak, sedap, semua org puji2. mak sedara aku siap kata, 'untung kau linda, dapat laki pandai masak'. heheheh), ketupat (keras! pakcik aku letak banyak sgt beras), ketupat segera & ayam masak merah (mak aku masak), redang ayam style melaka & kuah kacang (makcik aku masak). kemudian, kitorang pun gerak beramai2 beraya rumah atuk2 sedara & mak/pak sedara di sekitar tangkak.

ayu yg paling melawa sebab dapat spek hitam daripada atuk ude dia. dalam hati aku dok kata, entah bila lama la tahan spek ni. tengok2, tak lama mana hayatnya, tak sampai seminggu dah patah sebelah. hmmm...
mak budak dan bapak budak pun teringin gak nak join budak2 main bunga api. hehehehehhe.

[iman's 6th birthday]
Iman dah pandai tengok kalendar kat henfon abah dia. sampai je tangkak dia dah buat schedule dia sendiri. dia belek2 kalendar kat henfon sambil cakap kat semua orang:

30 september main bunga api.

1 oktober pegi masjid.
2 oktober birthday iman.

pagi2 raya kedua tu dia dah tersenyum2 lebar sambil pegang henfon abah dia. dia tayang kat semua org, nak bagitau hari tu birthday dia. heh heh.

kitorang gerak ke KL pulak. sebelum tu, singgah beraya kat melaka dulu ramai-ramai. petang baru sampai tmn melati. mujur cikja belikan kek utk iman. (kedai kek banyak yg tutup. jenuh pusing2 cari kedai.)
ni 'take' kali ke dua. biasalah masing2 berebut nak tiup lilin.

[tapah & CH]
raya ketiga kitorang gerak ke kampar, melawat uwan kat rumah makngah. besoknya gerak ke CH. tak plan pun. aku dah penat travel ke sana ke mari. lepas check-in kat apartment, aku terus membuto bersama ayu... Zzzzzzzz... dah le sejuk, dapat lak berselimut dalam comforter tebal. heaven.
singgah mandi kat Lata Iskandar.


permandangan dari apartment sewa. betul2 kat tepi simpang jalan besar, yg ada batu tulis 'selamat datang ke cameron highland'.