menarik gak nak jawab soalan2 ni. saya cube yer.
1. Berapakah umur anda ketika mula berpuasa?
8 tahun (darjah 2). sebab masa darjah satu hanyalah menahan diri daripada makan minum disiang hari. kira mcm prektis dulu la. sahur sebelum pergi sekolah... boleh?
2. Pernahkah anda terlupa yang anda berpuasa, dan apakah yang anda telah lakukan?
setakat ni, tak pernah la pulak. buat-buat lupa pun tak pernah. :)
3. Apakah yang anda suka tentang ramadhan?
ada aura dan keistimewaan tersendiri. u have to feeeeellll it. feeeellll tu yg penting.
4. Apakah yang akan anda lakukan jika anda benar2 tak tahan semasa berpuasa?
membaca buku dan tido. tapi masa kecik2 dulu, basuh muka sambil2 tu minum air paip. hehehehehhe. terus segar. betul! tak percaya, cuba la buat!
5. Apakah aktiviti paling mencabar yang pernah dilakukan semasa bulan puasa dan bagaimana anda menghadapinya?
shopping diwaktu tgh hari terik di jln TAR. sekarang ni we decide to shop at nite. nyaman sikit. boleh minum2 dan makan2. tapi kedai banyak yg tutup awal la pulak.
6. Sebarang pengalaman buruk sewaktu bulan Ramadhan?
no
7. Pernahkah anda mengalami peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika bermain bunga api/mercun?
takde, semuanya ok. utk orang yg takut mercun (ehem), dia akan main mercun dengan skemanya. atau dia suruh orang lain yang bakarkan mercun sambil lari jauh2.
8. Pernahkah anda melakukan sesuatu yang membatalkan puasa tapi anda buat tak tahu sahaja?
masa kecik2 la... few times gak la. bila balik sekolah penat sangat, minum je la air paip. sebab kalau minum air sejuk dalam peti ais, kang kantoi pulak. bila dah segar tu, baru la sambung pegi sekolah agama... heh heh... kira dimaafkanlah sebab jarak dari rumah ke sekolah agama ada dalam 1km kena jalan kaki. tak larat woo! tapi bila ustazah tanya puasa ke tak, jawab je la puasa. heheheh... bohong sunat.
9. Pernahkah anda ditangkap kerana tidak berpuasa?
masa kecik2 dulu, kantoi dgn mak ada la. mcm mana dia boleh tau air sejuk dalam peti ais tu ada orang yang minum? herannnn...
10. Bagaimana Ramadhan mempengaruhi berat tubuh anda?
boleh la turun dalam 5 kg. tapi masalahnyer, elok2 1 syawal, terus naik balik 5 kg.
11. Adakah anda suka duit raya? Berapa jumlah terbanyak pernah anda dapat?
tentuler suke... dulu banyak dapat doplohsen dan limaplohsen jek. bila kumpul2 average dalam RM90 la setahun. tapi bila dah sekolah menengah dapat banyak gak la, dalam Rm200.
12. Raya yang mana satukah yang terburuk untuk anda?
takde la buruk, rasa semuanya best. iyelah dapat jumpa dan berkumpul dgn sedara mara. cuma yg paling kureng masa pertama kali beraya kat pdg. lebar, belah mertua dan ipar duai. maklumla, masa tu masih dalam orientasi dan majlis suai kenal. rasa mcm lost semacam. nak cakap apa pun tak tau, so sengeh je la manjang. tapi sekarang dah ok. mcm dah tak sabar pulak nak beraya kat sana. sedap jugak makan lemang dan rendang sili api di pagi raye eks? apesal la selama ni tak tau???
13. Pernah tak cirit birit masa raya?
tak pernah. hidungku amat sensitive kat makanan yg bau masam. so, kalau agak2 rendang/lodeh/ketupat etc dah bau semacam, convince mcm mana pun, i'll not touch it.
hah! baru tau penangan lomang dengan ghondang ciliapi!
ReplyDeleteheh.. tq for doing this.. macam2 citer..
ReplyDeleteitu tak ghaso laie penangan ghondang itik.. maaak aiii sodap eh..