minggu lepas, kecoh kat suratkhabar komplen pasal adat pengantin lelaki kena tol di johor. mereka nak adat-adat ni dihapuskan, sebab menyusahkan, memalukan dan takde dlm islam.
hmm.. for me, as a true johorian, adat budaya ni sesuatu yang unik. yang melambangkan identiti sesuatu bangsa dan kaum. bukankah memang jadikan manusia pelbagai kaum untuk saling kenal-mengenal? cuma, adat-adat dan budaya ini perlu dijaga, jangan sampai melampaui batas.
adat kenduri kawin orang johor ni memang unik. i can tell based on my experiences masa zaman kecik-kecik dulu (masa mak-pak sedara aku kawin). sekarang orang dah tak ikut sangat. jadik, to those bakal pengantin lelaki yang nak kawin dengan orang johor.. read on!
mula-mula, bila dah konfem tarikh kenduri. first thing yang diorang buat ialah mendirikan bangsal dah khemah. bangsal ni lah tempat nak letak pinggan mangkuk, dulang, senduk, kuali dan barang2 untuk masak. selalunya bangsal ni didirikan tepi rumah atau belakang rumah. kayu-kayu api dah mula berlonggok dan orang-orang lelaki akan mula sembelih lembu dan lapah daging lembu, diorang yang akan incharge bab-bab memasak lauk. orang-orang perempuan pula mula potong-potong bawang, basuh beras, buat kuih-muih, rebus telur, siapkan hantaran dan pelamin (rewang). rewang selalunya dibuat belah siang, sehari sebelum majlis.
aku dulu selalu ikut atukmak aku pegi rewang dan potong bawang kat rumah kenduri. atukmak aku akan kayuh basikal dan aku bonceng kat belakang. masa tu aku sekolah rendah, badan aku pun kurus dan kecil aje. everytime cuti sekolah, memang makbapak aku hantar duduk kampung. kalau tiga bulan cuti sekolah, tiga bulanlah kitorang kat kampung. atukmak aku suka bawak aku sorang sebab bila aku takde geng (abang aku tak ikut), aku akan jadik budak baik. sentiasa duduk sebelah atukmak aku, orang suruh makan baru aku makan, atukmak aku bangun baru aku bangun. selagi dia tak bergerak, aku pon duduk je la diam-diam sampai kebas kaki. semua orang puji-pujiler aku ni budak baik (cewah!). dah semuanya orang-orang tua kat situ. yang bebudak semua dah lari kemana. terpaksalah aku geng dengan atuk aku semata.
akad nikah pulak selalunya belah malam. lepas maghrib rombongan pengantin lelaki dah sampai. dan majlis akad nikah pun bermula. lepas selesai akad nikah, ada majlis bersanding kecil. lepas tu ada jamuan. selalunya lauknya ialah sup tulang - tulang-tulang lembu yang disembelih siang tadi. sup gearbox ke, sup ekor ke, aku tak tau ade ke tak. sebab masa tu aku kecik lagi. selalunya majlis belah malam ni orang panggil majlis berinai. lepas jamuan, ada sessi fotografi untuk pengantin perempuan sahaja. masa ni rombongan belah lelaki dah balik. apa yang terjadi masa ni aku tak ingat, sebab aku selalu dah out (tido) time-time gini.
yang aku tau pengantin lelaki dan pengapitnya akan tido kat dalam bilik pengantin. manakala mak sedara aku yang jadi pengantin perempuan tido kat bilik lain. sebelum subuh, memang dah dengar orang bisik-bisik dan bunyik pintu dibuka. pengantin lelaki dan pengapitnya keluar meninggalkan rumah, dan kitorang akan serbu bilik pengantin! apesal? sebab nak carik duit syiling yang disorokkan dalam bilik tu! habih kitorang selak cadar, tepuk bantal, jenguk bawah katil segala untuk dapatkan duit syiling. aku antara orang yang last in action, dapatlah jumpa soploh sen ke doplohsen. yg awal-awal untung sebab dapat segenggam duit syiling. kaya betul!
lepas subuh selalunya orang-orang lelaki akan mula masak. haaa.. sepanjang malam, sentiasa ada orang yang berjaga kat bangsal ni. iyelah, tak mau barang-barang 'pakat' hilang. dan taknak la ada binatang-bintang lain yang mencurik lauk-lauk yang dah sedia utk dimasak.
dalam jam 11 pagi, orang-orang perempuan yang dah lawa-lawa dan wangi-wangi akan mula berkumpul semula dia rumah pengantin, untuk memeriahkan majlis. acara pagi ni khas untuk orang perempuan saje. majlis apa nak buat tu bergantung pada tuan rumah, ada yang buat majlis tahlil, ada yang buat majlis khatam quran, ada yang buat majlis cukur jambul bayi, ada yang buat majlis berzanji dan bermarhaban. aku pon tak pernah missed pergi kenduri kawin ikut atukmak aku. as usual aku duduk sebelah atuk aku, dan join baca yassin/tahlil/berzanji dan bermarhaban. walaupon aku sekolah rendah je masa tu, tapi aku dah lancar mengaji dan berzanji. steady je aku masa tu baca yassin dengan pakai gaun kembang. now i knew why other kids tak berani nak approach aku. either i was a weirdo from the city, or i was far advance to them. tapi as usual, makcik-makcik dan atuk-atuk kat sana memang respek kat aku. sure atukmak aku bangga giler dapat cucu macam aku nih. heh heh.
lepas dah habih majlis kecil tu, saat yang ditunggu-tunggu pon tiba. ketibaan pengantin lelaki yang diiringi kompang. lepas pengantin berarak, ada silat pengantin kat laman pulak. and then, pengantin perempuan pergi ke pelamin, pengantin lelaki kena tunggu luar.
kitorang yang kecil-kecil ni mulalah berebut duduk kat tangga. but the rule is, sapa yang dapat duduk je yang akan terima duit tol. sapa yang berdiri tidak dikira. jadi, kalau lebar tangga rumah, ramai le yang dapat duduk. kalau sempit sikit je la. berapa lapis penjaga pintu ni dikira ikut anak tangga, kalau sepuluh anak tangga, berpeluh la pengantin lelaki dan pengapitnya. kalau setakat satu anak tangga tu, boleh la tarik nafas lega. and another rule is bebudak kalau dah dapat kena terus belah, takleh mintak-mintak lagi. selalunya kitorang dapat sampul yang berisi doploh sen dan limaplohsen jek. cepat-cepat je kitorang kena halau.
tu baru kat tangga, bila masuk pintu pon ada tol lagi. selalunya yang kat pintu ni mak-mak sedara yang muda-muda. diorang ni pon cepat-cepat kena belah kalau dah terima tol. lepas tu, kat tangga pemain la pulak. selalunya kat tangga pelaim ni orang-orang veteran sikit. dan tolnya pon lebih sikit. kekadang kat sini la berpeluh-peluh pengantin kena sakat. dan last sekali, kat makandam yang duduk kat sebelah penagntin perempuan. masa ni la nak jual-jual pantun, masa ni la makandam demand lebih sikit. lepas tu, baru la pengantin lelaki dapat bersanding dengan pengantin perempuan kat atas pelamin.
haa... kat sini ler selalunya berlaku salah faham. kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan kena la faham pasal adat ni. yang belah lelaki, jangan le cepat merajuk atau berkecil hati jika penjaga tol ni demand lebih. ni semua nak memeriahkan suasana. maklumler, dulu mana ada deejay, mana ada power point dan projecktor, mana le ada sound system yang canggih-canggih. dan bagi pihak perempuan, kena ada sorang yang pandai kawal keadaan. orang ni lah yang akan 'halau' penjaga tol yang degil-degil tu. agak-agak bila tengok muka pengapit dan muka pengantin lelaki dah cuak semacam, jangan la nak buli lagi. bila keadaan tak terkawal, majlis yang sepatutnya manis akan bertukar kelat. apa-apahal, kena la kedua-dua belah pihak saling memahami dan hormat-menghormati.
but, if all okay. majlis bersanding dan menepung tawar pon bermula. lepas tu, kedua-dua pengantin akan di beri semangkuk penuh gula-gula bercampur duit syiling. yang bebudak mula lah berdiri, melompat-lompat excited. bila pengantin mula taburkan gula-gula dan syiling tu, bebudak terus berebut-rebut ambik gula-gula dan duit syiling tu. memang kelakar bila ingat balik masa tu. i remembered being 'hit' kat dahi dengan syiling limaplohsen. adoila.. duit punya pasal, dahi sakit pon takpe.
tapi, masa aku kawin hari tu ada adat-adat diatas tak dibuat lagi. masa berubah, but it really nice if we can preserve what we have now.
ceh... ye ke masa kau kawin, takde adat-adat nih?... kena tanya org yg kena tol le... adik aku yg duduk diam-diam kat tepi pintu pun benjol kena baling dgn duit syiling... btw, adat ni mmg patut dikekalkan... cuma bezanya, org dulu-dulu, tak berkira... ada rezeki lebih seposen, kalau boleh nak kongsi seluruh kampung... orang sekarang, seposen pun sanggup gaduh dengan sedara sedarah sedaging... pengantin pun satu hal... dah le mas kahwin murah je... tol singgit dua pun lokek.. he..he...
ReplyDeletehahahahha... apo lah kau zahra... sabo je la..
ReplyDeletemasa aku kawin tu, adat2 semua dah simplified 10kali. kalau ikut mak sedara aku kawin dolu-dolu, lagi happening!
cuma part tol tu wajib ada... :) part silat pon sepupu aku yg bersilat - diorang bukan silat pengantin, sorang silat persembahan sekolah, sorang lagi silat main bantai jek... hahahahhaha... kelakar giler..
yg part berebut gula-gula dan syiling tu, bukan setakat budak2 je berebut, yg mak budak pon berebut sama.. heh heh..
dia tak jadi masalah kalau semua orang sanggut terima seringgit.
ReplyDeletebayangkan kalau si pengantin lelaki dah prepare duit yang banyak utk belanja perkahwinan, datang jauh2, dan tak dimaklumkan dengan adat bayar tol, kena pau pulak (berlaku di satu majlis yang aku hadiri satu masa dahulu)
orang tu langsung tak tau. kesian si pengapit pasal pengantin tak tau, jadinya duit pengapit la yang kena keluar. last2 duit dah habis, pengapit pun jadi bengang pasal ada makcik tu dah hulur 100 pun cakap mana cukup dan yang tak best sekali. bila cakap takde duit, sedara2 lelaki pakat tarik pengantin keluar bila masing2 tak dapat share masing2.
yang lagi tak best, budak2 pun dengan muka tak malu mintak lagi sebab kononnya tak cukup. yang tua dah bagi seratus pun tak cukup.
yang lagi teruk, ada pulak yang mengaku sedara walaupun tak sebenarnya..
Nasib baik la bapak pengantin ada rasional sikit. Dipujuknya pengantin lelaki masuk dan dihalaunya semua penjaga tol. Kalau pengantin tu lari, sape nak disalahkan ye tak? Hehe..
aku hari tu nasib baik dah standby duit tol. aku ingat kalau family pengantin pompuan nak lebih-lebih mau aku balik batu kikir, kawin ngan kobau je.
ReplyDeleteweyy.. orang tangkak baik-baik belaka... takde de nak buli lelebih.
ReplyDeletetenno, kesian pengantin lelaki.. iysk.. iysk.. isyk.. itulah kena ada sorang jadi tukang halau. halau je mana2 budak dan mak budak yang degil-degil tu.
kalau kau balik itu hari cemana ek taiko?
ReplyDeleteaku ikut kau balik sekali lah.. hehehe.. kawin ngan kobau..
Wonderful and informative web site. I used information from that site its great. Home business free online advertising Theme in a bottle wedding invitations World shoes shops
ReplyDelete