Saturday, June 24, 2006

tol pengantin

minggu lepas, kecoh kat suratkhabar komplen pasal adat pengantin lelaki kena tol di johor. mereka nak adat-adat ni dihapuskan, sebab menyusahkan, memalukan dan takde dlm islam.

hmm.. for me, as a true johorian, adat budaya ni sesuatu yang unik. yang melambangkan identiti sesuatu bangsa dan kaum. bukankah memang jadikan manusia pelbagai kaum untuk saling kenal-mengenal? cuma, adat-adat dan budaya ini perlu dijaga, jangan sampai melampaui batas.

adat kenduri kawin orang johor ni memang unik. i can tell based on my experiences masa zaman kecik-kecik dulu (masa mak-pak sedara aku kawin). sekarang orang dah tak ikut sangat. jadik, to those bakal pengantin lelaki yang nak kawin dengan orang johor.. read on!

mula-mula, bila dah konfem tarikh kenduri. first thing yang diorang buat ialah mendirikan bangsal dah khemah. bangsal ni lah tempat nak letak pinggan mangkuk, dulang, senduk, kuali dan barang2 untuk masak. selalunya bangsal ni didirikan tepi rumah atau belakang rumah. kayu-kayu api dah mula berlonggok dan orang-orang lelaki akan mula sembelih lembu dan lapah daging lembu, diorang yang akan incharge bab-bab memasak lauk. orang-orang perempuan pula mula potong-potong bawang, basuh beras, buat kuih-muih, rebus telur, siapkan hantaran dan pelamin (rewang). rewang selalunya dibuat belah siang, sehari sebelum majlis.

aku dulu selalu ikut atukmak aku pegi rewang dan potong bawang kat rumah kenduri. atukmak aku akan kayuh basikal dan aku bonceng kat belakang. masa tu aku sekolah rendah, badan aku pun kurus dan kecil aje. everytime cuti sekolah, memang makbapak aku hantar duduk kampung. kalau tiga bulan cuti sekolah, tiga bulanlah kitorang kat kampung. atukmak aku suka bawak aku sorang sebab bila aku takde geng (abang aku tak ikut), aku akan jadik budak baik. sentiasa duduk sebelah atukmak aku, orang suruh makan baru aku makan, atukmak aku bangun baru aku bangun. selagi dia tak bergerak, aku pon duduk je la diam-diam sampai kebas kaki. semua orang puji-pujiler aku ni budak baik (cewah!). dah semuanya orang-orang tua kat situ. yang bebudak semua dah lari kemana. terpaksalah aku geng dengan atuk aku semata.

akad nikah pulak selalunya belah malam. lepas maghrib rombongan pengantin lelaki dah sampai. dan majlis akad nikah pun bermula. lepas selesai akad nikah, ada majlis bersanding kecil. lepas tu ada jamuan. selalunya lauknya ialah sup tulang - tulang-tulang lembu yang disembelih siang tadi. sup gearbox ke, sup ekor ke, aku tak tau ade ke tak. sebab masa tu aku kecik lagi. selalunya majlis belah malam ni orang panggil majlis berinai. lepas jamuan, ada sessi fotografi untuk pengantin perempuan sahaja. masa ni rombongan belah lelaki dah balik. apa yang terjadi masa ni aku tak ingat, sebab aku selalu dah out (tido) time-time gini.

yang aku tau pengantin lelaki dan pengapitnya akan tido kat dalam bilik pengantin. manakala mak sedara aku yang jadi pengantin perempuan tido kat bilik lain. sebelum subuh, memang dah dengar orang bisik-bisik dan bunyik pintu dibuka. pengantin lelaki dan pengapitnya keluar meninggalkan rumah, dan kitorang akan serbu bilik pengantin! apesal? sebab nak carik duit syiling yang disorokkan dalam bilik tu! habih kitorang selak cadar, tepuk bantal, jenguk bawah katil segala untuk dapatkan duit syiling. aku antara orang yang last in action, dapatlah jumpa soploh sen ke doplohsen. yg awal-awal untung sebab dapat segenggam duit syiling. kaya betul!

lepas subuh selalunya orang-orang lelaki akan mula masak. haaa.. sepanjang malam, sentiasa ada orang yang berjaga kat bangsal ni. iyelah, tak mau barang-barang 'pakat' hilang. dan taknak la ada binatang-bintang lain yang mencurik lauk-lauk yang dah sedia utk dimasak.

dalam jam 11 pagi, orang-orang perempuan yang dah lawa-lawa dan wangi-wangi akan mula berkumpul semula dia rumah pengantin, untuk memeriahkan majlis. acara pagi ni khas untuk orang perempuan saje. majlis apa nak buat tu bergantung pada tuan rumah, ada yang buat majlis tahlil, ada yang buat majlis khatam quran, ada yang buat majlis cukur jambul bayi, ada yang buat majlis berzanji dan bermarhaban. aku pon tak pernah missed pergi kenduri kawin ikut atukmak aku. as usual aku duduk sebelah atuk aku, dan join baca yassin/tahlil/berzanji dan bermarhaban. walaupon aku sekolah rendah je masa tu, tapi aku dah lancar mengaji dan berzanji. steady je aku masa tu baca yassin dengan pakai gaun kembang. now i knew why other kids tak berani nak approach aku. either i was a weirdo from the city, or i was far advance to them. tapi as usual, makcik-makcik dan atuk-atuk kat sana memang respek kat aku. sure atukmak aku bangga giler dapat cucu macam aku nih. heh heh.

lepas dah habih majlis kecil tu, saat yang ditunggu-tunggu pon tiba. ketibaan pengantin lelaki yang diiringi kompang. lepas pengantin berarak, ada silat pengantin kat laman pulak. and then, pengantin perempuan pergi ke pelamin, pengantin lelaki kena tunggu luar.

kitorang yang kecil-kecil ni mulalah berebut duduk kat tangga. but the rule is, sapa yang dapat duduk je yang akan terima duit tol. sapa yang berdiri tidak dikira. jadi, kalau lebar tangga rumah, ramai le yang dapat duduk. kalau sempit sikit je la. berapa lapis penjaga pintu ni dikira ikut anak tangga, kalau sepuluh anak tangga, berpeluh la pengantin lelaki dan pengapitnya. kalau setakat satu anak tangga tu, boleh la tarik nafas lega. and another rule is bebudak kalau dah dapat kena terus belah, takleh mintak-mintak lagi. selalunya kitorang dapat sampul yang berisi doploh sen dan limaplohsen jek. cepat-cepat je kitorang kena halau.

tu baru kat tangga, bila masuk pintu pon ada tol lagi. selalunya yang kat pintu ni mak-mak sedara yang muda-muda. diorang ni pon cepat-cepat kena belah kalau dah terima tol. lepas tu, kat tangga pemain la pulak. selalunya kat tangga pelaim ni orang-orang veteran sikit. dan tolnya pon lebih sikit. kekadang kat sini la berpeluh-peluh pengantin kena sakat. dan last sekali, kat makandam yang duduk kat sebelah penagntin perempuan. masa ni la nak jual-jual pantun, masa ni la makandam demand lebih sikit. lepas tu, baru la pengantin lelaki dapat bersanding dengan pengantin perempuan kat atas pelamin.

haa... kat sini ler selalunya berlaku salah faham. kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan kena la faham pasal adat ni. yang belah lelaki, jangan le cepat merajuk atau berkecil hati jika penjaga tol ni demand lebih. ni semua nak memeriahkan suasana. maklumler, dulu mana ada deejay, mana ada power point dan projecktor, mana le ada sound system yang canggih-canggih. dan bagi pihak perempuan, kena ada sorang yang pandai kawal keadaan. orang ni lah yang akan 'halau' penjaga tol yang degil-degil tu. agak-agak bila tengok muka pengapit dan muka pengantin lelaki dah cuak semacam, jangan la nak buli lagi. bila keadaan tak terkawal, majlis yang sepatutnya manis akan bertukar kelat. apa-apahal, kena la kedua-dua belah pihak saling memahami dan hormat-menghormati.

but, if all okay. majlis bersanding dan menepung tawar pon bermula. lepas tu, kedua-dua pengantin akan di beri semangkuk penuh gula-gula bercampur duit syiling. yang bebudak mula lah berdiri, melompat-lompat excited. bila pengantin mula taburkan gula-gula dan syiling tu, bebudak terus berebut-rebut ambik gula-gula dan duit syiling tu. memang kelakar bila ingat balik masa tu. i remembered being 'hit' kat dahi dengan syiling limaplohsen. adoila.. duit punya pasal, dahi sakit pon takpe.

tapi, masa aku kawin hari tu ada adat-adat diatas tak dibuat lagi. masa berubah, but it really nice if we can preserve what we have now.

Saturday, June 17, 2006

it's saturday!

huh! memang dah lama dah tak datang ofis hari sabtu. hari ni datang ofis sebab nak setelkan keje, tapi dah sejam mengadap pc, terasa nak update blog la pulak. heh heh.

nak cerita pasal mimpi malam tadi. real giler. jelas dan masih terbayang-bayang di ruang mata. so vivid. cerita bermula kitorang satu family termasuk bibik nak pergi bercuti ke satu tempat peranginan di kawasan tanah tinggi. macam fraser hills atau cameron highlands gitu. bila dah sampai, barulah kitorang tau yg kat situ kawasan askar tengah buat latihan menembak. we and other tourist pon turun dan tengok la askar-askar tu. we were so impressed with their skills. suddenly, ada lori laju macam nak merempuh kitorang, dan kitorang berjaya mengelak sebab kitorang angkat kereta tu dan alihkan ke tepi. how we managed it? sebab kereta tu dah jadik kecik, sebesar pemeluk. and it turned out kereta tu diperbuat daripada fabrik kain kapas.. macam selonggok kain baju yang belum berlipat la. lepas tu, kitorang pon pergi la kerumun kat lori tu, apek driver lori tu bercerita penuh perasaan tentang lorinya yang rosak dan hampir nak masuk longkang. nasib baik semua selamat.

oh, rupa-rupanya, kawasan tanah tinggi tu di tepi laut (go figure). kitorang parking kereta, jalan dia teruk berlubang-lubang, tapi ada parking space siap bercat kuning kotak-kotak. lepas tu kitorang pergi kat deck kapal. enjoying the views there. ramai gak la family-family lain yang ada kat situ. me and my kids were having fun playing football atas dek kapal tu. when i wanted to kick and pass the ball to adik, tetiba jek muncul sorang mamat in front of me, dan dia pengsan sebab terkena bola yg ditendang tu. laaa... bila pulak mamat ni muncul? dalam mimpi tu, i dok pikir, tak logik mamat ni boleh muncul sekelip mata, sebab masa nak tendang bola tadi takde pulak??? orang ramai dok kecoh-kecoh tolong mamat tu, i just stood there, puzzled.

then, it's time to go home. nun kat tengah laut, nampak matahari hampir terbenam, dah senja. i rushed back to the car to get my digicam. nak ambik gambar la kononnya. tapi terhalang sebab bot-bot nelayan baru balik dari laut. hasil tangkapan diaorang ialah peha ayam (ikan dah pupus agaknya). punyalah banyak berbakul-bakul. tak dapatla nak ambik gambar. lagipun kat tengah laut tu dah malam. dah gelap. nampak bnayak bangunan kat tengah laut, lampu-lampu rumah dah dipasang (bila pulak ada bangunan tengah laut? mula-mula tengok tadi kan kosong?). tapi atas kapal tak gelap pon, makin terang ada lah. oh, rupa2 nya, matahari pagi dah memancar dari belakang kitorang. sempat jugak pikir tetang putaran bumi dan matahari, dan berpikir-pikir logik ke tak. siap lukis gambarajah bumi dan matahari, buat calculation, kalau kat tengah laut tu malam, logik ke matahari terbit kat belakang kitorang. dalam mimpi tu nampak macam logik jek. heh heh.

lepas tu, kitorang pon balik. tapi purse tertinggal. jenuh mencari, tapi kitorang blah jugak, meninggalkan tempat tu. i can't remember much about the last part. sedar-sedar je dah bangun tido.

sekian, kesah aku di pagi sabtu yang tenang ini.

Wednesday, June 07, 2006

xmen vs cherating

[xmenIII]

hampeh. sungguh mengecewakan. tak cukup drama dan emosi. too general. kartun sangat. i put rating sama macam fantastic 4.

yang kelakarnya, ada ex-man di dalam x-men. heh heh heh.


[cherating]

family vacation. ahh.. i love vacations. but i hate the journey. perjalanan dari KL ke marang, amat-amatlah memenatkan. krem satu badan duduk dalam kereta, horror seh! it started well, woke the kids up, siap-siap sarapan, and off we went. kusangka panas hingga ke petang, tapi ayu pulak muntah kat tengah jalan. uwekkks! bau masammmm!

klik sini
kami berhenti makan kat area cherating/kemaman. dalam pukul 5 lebih baru sampai marang. dapat chalet besar with seven beds. the kids were excited melompat-lompat kat katil tu. ayu ended up melompat ke atas lantai. benjol kepala. mujur chalet tu berlantai kayu. then, adik pulak jatuh terselit tepi katil. benjol kat kening. berjangkit-jangkit pulak diorang ni.


lepas berehat-rehat, we took a walk by the beach. legaaa.... air laut biru, pantai putih bersih. pasir halus. iman ambik kayu tulis ABC-Z. adik pulak main pasir, habih kepala penuh pasir. ayu pulak nak pegi ke laut. nak main air la tu.


on the second day, baru bertolak ke cherating. sampai cherating, apa lagi, terus siap-siap pegi mandi kat swimming pool dan laut. oh, kat sini ayu sempat menambah satu lagi benjol kat dahi. same case as before. lompat kat katil, terus terjunam atas lantai. adik pulak, luka kat dagu tersangkut tepi katil. takyah keluar duit beli souvenir ke apa. diorang dah dapat free. heh heh.

*ada pocong di cherating? klik sini