Thursday, August 21, 2008

macam telenovela

aku sebenarnya malas nak sentuh pasal bab2 politik dalam blog aku ni. tapi aku tetap mengikuti berita-berita terkini lagi sensasi di blog-blog yg berkaitan dgn politik tanah air. best pulak. macam drama sambung-sambung. baca pasal drama politik ni membuatkan kadang2 aku tergelak, kadang2 aku geleng kepala dan kadang2 aku tepuk dahi. lagi hebat daripada telenovela rosalinda & betty la fea yg aku dapat tengok masa aku dalam pantang dulu.

bercakap pasal tepuk dahi ni, anak2 aku suka lagu 'burunan cinta'. bila part korus, diorang akan nyanyi ramai-ramai. dan bila part 'aaaduhh... aaduhh...' tu, diorang akan nyanyi sambil tepuk dahi. especially ayu. dia tepuk dahi macam dalam cerita p.ramlee. heh heh.

satu je aku nak cakap. yang jadi pemimpin tu, laksanakan amanah yg diberikan. please serve the rakyat first, your personal interests second. kami dengar dan kami lihat. tolongla jgn buat perangai2 yg buat kami muak. benci tau!

hmm.. kat malaysia ni, part mana yg tak dipolitikkan? dari hal sekolah sampai hal sukan pun politik. hal keselamatan rakyat pun politik jugak. hal kehidupan dan ekonomi pun sama. entah la labuuuuuu...

Friday, August 15, 2008

heh heh

inilah antara rutin aku di pagi hari. wajib baca 'comic strips' - Dilbert, Big Nate and B.C.. sungguh menceriakan hari aku. heh heh. terutamanya Dilbert, sungguh sinis dan analogi dia mmg tak terpikir dek akal aku. contoh seperti diatas. heh heh. aku gelak giler kat dialog akhir tu.

have a nice weekends everybody. :)

Wednesday, August 13, 2008

berangan

ayu suka benar pakai spek. sambil berangan. kalau lalu kat tempat org jual spek, selamba dia aje nak terai-terai. tapi, yg geramnya, dia tak reti jaga. semua spek tu end up patah riuk dan tertanggal. camner tu?

adik lukis org pakai baju. dah ada kemajuan, kalau dulu lukis org lidi semata, sekarang lukis org pakai baju bunga-bunga main bola. hikhikhik.

tahniah kat adik ipar aku, apis, di atas majlis pertunangannya dgn yati. semoga jodoh berkekalan hingga akhir hayat.

kenduri sate, makan sampai kembung perut. sedaaappp.. bangah belanja. yu huuuu... first time aku makan sate arnab & sate rusa. tapi feveret aku masih sate ayam & sate perut.

Friday, August 08, 2008

08.08.08

heh heh.. saje je aku nak blog hari ni. nombor cun tu. lagipun hari ni kan hari perasmian olimpik di beijing. manalah tau kot2 masa aku tahan teksi, aku dapat naik 'teksi tunai', dia tanya lak soalan ni, konfem boleh jawab. dapat ler aku duit huhuhuhu... syoknya..

happy birthday to my dearest hubby. 040808. celebrate kat midvalley tengok batman. pandai waiter tu bagi order nombor 77 kat kitorang. heh heh.

ini ayu tengah gunting rambut, buat slope kat belakang sebab kena jangkit kutu kat taska. dengan kepala-kepala aku sekali rasa gatal, macam terasa2 ada mende merayap2 kat celah rambut. eiiii... geli geleman dibuatnya. habis rambut bebudak ni aku sental dgn syampu kutu, lepas tu turn aku lak cuci rambut dgn syampu kutu. pedih kulit kepala aku. baunya pun tengik! tak kisah la kutu tu ada atas kepala aku ke tak, aku dah psycho giler dah. aku bantai je syampu. eiiii..... geli geleman bila ingat balik.

ayu tanya kehairanan, sambil usap belakang tengkuk dia, 'apesal ayu boleh buat camni, omi?' heh heh heh. dia rasa janggal la tu.

pose istimewa dgn rambut baru. entah apa hal minah ni.

adik dah rajin menulis dan melukis. kalau korang terer, korang baca la sendiri.

mama & mokde layan ais kacang spesel kat kg melayu majidee. aku order mee rebus as usual kalau balik johor. dan otak-otak. i'm home.

ini irfan, baru masuk 3 bulan. tapi dia dah start meniarap umur 2bulan setgh. mmg terer.

Wednesday, July 23, 2008

remind me

remind me
not getting overly angry with my kids, or hubby, or close families and friends
nor despising them all
coz maybe later in my life
i'll need them more than they need me

remind me
to get help when i'm ill, or not well
bcoz later in my life
i don't want to be a burden to others
or being a waste

remind me
to cherish people around me
at least when my time comes
they'll be by my side
forgiving me
but not forgetting me

Thursday, July 17, 2008

tahniah

ini ialah along, sepupu aku (anak mektam). kalau ikut turutan cucu atuk aku, dia ni cucu perempuan ke-2 selepas aku. oleh sebab aku takde adik, inilah budak yg aku layan macam adik aku sendiri. tapi sekarang dah nak jadik mak budak. dia bertunang awal bulan 6 hari tu. insyaALLAH majlis bernikah akan berlangsung awal tahun depan.

mmg dah agak lama kami tak buat kenduri-kendara. semua adik-beradik mak aku berkumpul, masak ramai2 kat rumah arwah atuk aku. pakngah aku la yg jadik chefnya. kami tolong2 mana yg patut. at least tolong tengok dan tolong kacau lah kan. heh heh. oh yek, kek hantaran tu aku buatkan utk along, guna resepi kek coklat kukus. not bad la on my first attempt nak menghias kek. afterall all things were bought ready-made. cuma kena sabar sikit la nak menghias. :)

dan, pada akhir bulan 6 yg lepas, bangchik ja (abang ipar aku) lak kawin. yg bagusnya dia kawin dgn org satu taman jugak. takyah jauh2 menghantar. kitorang jalan beberapa tapak je dah sampai. hikhikhik. tahniah kepada bangchik ja dan isterinya, fiza. such a lovely couple, you both are. :)

now unto my darlings' memoirs...

[angin]

ayu has this habit of blaming everything on the 'angin'. contohnya, apesal bedak jatuh? dia jawab, 'angin buat..'. Apesal tv terpadam? 'angin yg buat tadi. ayu nampakkk..!!'. Apesal mainan sepah2 ni? 'angin buat.. macam ni *sambil buat demo*'.

so much on the 'angin' lah kan. kang omi dia naik angin baru tau.

[kancil]

anak-anak aku belajar lagu, bunyiknya memang pernah dengar. cuma liriknya lain macam sikit. *jom nyanyi sama-sama*

bapaku pulang dari kota. bapaku belikan kereta.
kereta KANCIL warna merah. bolehku bawa ke sekolah.
pon pon pon pon pon.. kereta KANCIL ku berbunyik.
marilah adik mari naik. boleh kubawa jumpa nenek.

bila aku nyanyi lagu ni, mesti aku teringat kat kereta mainan yg kena kayuh dgn kaki tu. warna merah. dulu aku pinjam kawan je. tak best mana pun, penat kaki kayuh aje.

Thursday, June 26, 2008

kerja berat

aku suka peratikan bangunan dalam pembinaan. satu perubahan daripada tiada kepada ada. kawasan mula2nya penuh dengan semak samun dan belukar, diratakan tanah, foundation, kemudian naik tiang, lepas tu dinding dan kemasan. taraaa.... simply amazing! tapi, yg tak bestnya dgn kawasan baru ni, takde pokok besar. yang ada hanyalah anak pokok, pokok bunga, dan pokok segera.
gambar pejabat baru, sebelum & terkini.

bye-bye pejabat lama. dan pokok-pokok semua.

meja aku mmg semak dan bersepah pun. lebih2 lagi waktu pindah. hanya buku2, fail2 dan barang2 yg tahan lasak je aku berani pack dalam kotak2 yg disediakan. barang2 lain yg fragile dan mahal, kena angkut sendiri, esp komputer dan lab equipment. aku tengok movers tu main golek2 je kotak tu turun tangga. habih penyek2 kotak2 semua.

lepas penat berulang ofis lama ke ofis baru, dan angkut barang beramai2, aku pun ambik mc sehari sebab demam urat. dapatla aku pi tengok kungfu panda kat alamanda. kuang.. kuang.. kuang.. :)

sambung sikit pagi ni, 30 Jun 2008..
we are not alone

ini adalah hasil tangkapan minggu lepas. pagi ni ada lagi sekor masuk perangkap (umpan biskut). entah berapa lagi bawah lantai kitorang ni (raised-floor). nampaknya, kami bukanlah penghuni pertama bangunan ini.

Friday, June 13, 2008

harta karun

hari tu aku balik kampung dan belek2 album lama aku. taraaa.... aku jumpa duit kertas lama $1. huhuhuhu... tak sangkaa... tak sangka.... kenangan sungguh nih!

belah belakang: ada lambang bank negara. kijang dan bulan. dan ada lambang hirisan bawang besar. mcm kelakar pulak tengok duit ni.
sebelah depan: apa motif gambar bunga merangkap rama2 kat tengah duit tu yek?
dan taraa..... gambar aku di pagi hari nak ke sekolah tadika. maybe antara minggu2 awal persekolahan (sebab baju masih lawa, tak comot2, bekal air elok tergantung kat bahu, kasut pun bersih).

dari kiri: abang aku (lokman), jiran satu taman (lupa nama), aku, dan azral (jiran depan rumah). aku yg paling muda (5 thn), kecik2 dah ada tiga bodyguards. heh heh. patutla takde sapa berani kacau aku.

[more sign reading]

dalam post aku dulu ada aku letak several sign readings by adik. this is more. (klik here)

NO hantuk kepala kat orang. NO parking moto atas kereta.
NO bunuh nyamuk.

abang Iman dah pandai sikit. dia tanya aku 'sumbang' tu apa. aku kata perbuatan yg tak baik. dia kata sambil muka dia dekat2 dgn aku, 'mcm ni tak baik ke?'. aku jawab, 'ha'ah'.

Friday, June 06, 2008

digicam

oleh kerana digicam aku #2 iaitu BenQ dah dilenyek tayar kereta, dan retak skrin LCDnya, aku pun decide beli digicam baru. huhuhu... nak pilih pun rambang mata. mcm2 la pulak function yg ada. aku takde la nak beli yg canggih manggih, setakat ambik gambar buat kenangan aje dah cukup. specs pilihan aku: 5MP, slim compact camera (senang nak bawa kemana2) dan murah.

camera BenQ aku yg telah banyak berjasa ambik gambar aku anak beranak utk disimpan sebagai kenangan.

digicam baru 8MP, tapi aku guna 5MP je. i dun see any point to put it at its max MP sbb aku bukannya nak print gambar up to poster size. aku simpan dalam PC aje. paling tidak pun aku buat VCD.

Test 1: Normal mode, auto focus. actually semua setting aku letak auto. heh heh.

Test 2: guna macroshot, kalau letak camera kat tripod lagi bagus kot. tangan gigil la.

Test 3: pemandangan di taman botani, putrajaya. panorama shot, stitched with ArcSoft. click pics for larger image.

Test 4: siapa lagi kalau bukan budak-budak tiga org ni. night shot, tapi ni actually waktu senja. guna preset scene mode aje.

klik sini pasal post #1 digicam aku: toshiba i-mega.

Monday, June 02, 2008

unplanned II

ok, sambung balik.

sebelum kitorang check out dari hotel, bagi can la kat budak2 nak mandi kolam seround lagi kan. lepas tu terus gerak menghala ke terengganu.

anak-anak aku semua takut nak mandi laut, ombak tinggi! aku tengok pun ngeri. heh heh. last-last main pasir je la kat tepi pantai.


aku jarang sgt2 pegi pantai timur ni. dua tiga tahun sekali baru pegi. jalan pun tak berapa tau, ikut signboard je. akibatnya, kitorang terlajak masuk bandar, padahal nak pegi makan sata kat tepi2 pantai kemaman. pusing2 baru jumpa.

sedapnya makan sata panas2.

lepas beli keropok, kitorang patah balik ke cherating, singgah tengok penyu. alahai, comelnya anak-anak penyu. kecik-kecik belaka. rasa nak picit-picit aje.

lepas tengok penyu, aku singgah kedai tepi jalan yg jual bantal kekabu. baru aku tau kekabu pun ada 1st grade, 2nd grade. aku ingat lagi dulu, atukmak aku beli kekabu dalam karung, untuk dibuat bantal. zaman dulu semua kena jahit sendiri, bantal, selimut, cadar, langsir. mana ada ready-made semua ni. grade-grade pun takde, kalau nak kekabu yg kualiti, kenalah bersihkan sendiri kekabu tu.

bantal kekabu ni pulak kena selalu jemur, baru dia gebu dan lembut. kalau tak jemur, lama2 kekabu dia jadik bergumpal dan keras macam batu. kalau tido guna bantal jenis ni, mmg konfirm besok pagi bangun sakit tengkuk. ubatnya? senang aje, ambik bantal kekabu yg telah dijemur bawah matahari terik, dan minta org yg baik dgn anda utk menghempuk tengkuk anda dgn menggunakan bantal tersebut. kekuatan hempukan bergantung kat org yg memegang bantal. kira nasib la tu. heh heh. asal jgn sampai patah tengkuk, sudah.

aku sebenarnya suka pegi pantai timur, kiranya kawasan pelancongan yg ideal la bagi aku. tapi yg tak tahannya, nak lalu hiway dia. boring giler! dah le panas berdenting, takde pokok2 rimbun kiri kanan hiway, hanya nampak pokok kelapa sawit manjang. aduh! duh! duh! bersabar je la. nak cepat sampai punya pasal.

yahuuu... dah lepas terowong sempadan negeri. aaaaah... lega...

yey! dah sampai taman melati. rehat dulu sini. huhuhu.