Sunday, June 24, 2012

Hal sekolah anak2

Seperti biasa, setahun sekali ibubapa kena ngadap cikgu utk diberitahu apa anak2 kita buat kat sekolah. Iyolah, bebudak ni kdg2 depan kita dia tunjuk baik, bila tanya homework dah siap ke belum, manjang kata dah siap, atau takde homework. Takpe.. Kita dengar apa kata cikgu cakap pulak.

The moment of truth..

Iman..
Cikgu kata Iman skrg suka berangan dlm kelas (kalau dulu cikgu komplen Iman kuat bermain, pantang cikgu pusing ngadap whiteboard, dia pun bangun siap berlari keliling kelas), mudah hilang fokus, homeworks banyak tak siap.. Kdg2 tu, dia hantar homework, soalan aje ada, jawapan takde.. Tapi, yg bagusnya, semua subjek dia dapat A, kecuali BM Penulisan dan BI dapat B (Ujian 1 yg lepas, dua subjek je dia dpt A. Yg lain tu B, dengan BM Penulisan dapat C!) Mmg nampak peningkatan la.. Nampak dia faham apa yg dia belajar, so ok la..

Cikgu sempat gak usik Iman, kot2 dia dah ada awek skrg.. Hadoilah budak2 ni...

Iqbal..
Iqbal sama aje perangainya dari dulu, susah nak dengar dia bersuara dan suka buat hal sendiri dlm kelas.. cikgu pun jadi risau dia ni faham ke tak faham apa yg cikgu ajar.. Heh heh.. Aku tak dpt tolong, sbb kat rumah pun gitu gak.. Heh heh.. Homework mmg banyak tak siap ler.. Tapi, semua subjek dia A, kecuali matematik pulak dpt B (alahai... bila concentrate kat subjek BM dan BI, subjek lain plk teruk..). Cikgu dia kata semua ok..

Ustazah Iqbal siap puji2 Iqbal sbb tulis nama panjang dgn nama atuk moyang sekali. Iyalah, dia ngajar sirah nabi, dan dia kata ramai kita ni taktau nama atuk moyang sendiri. Tak sangka plk Iqbal tau..

Ayu..
Sistem KSSR ni sistem baru, takde exams, tapi cikgu buat penilaian utk menentukan murid berada dlm band mana. Setiap murid ada fail masing2. Contohnya utk subjek BM, penilaian band 1 di suruh susun huruf, warnakan gambar, ejaan mudah. Jika murid boleh jawab dgn tepat, di kira murid layak berada dlm band 1. Dan utk band 3 subjek BM, murid di suruh susun ayat, jawab soalan pendek.. Begitulah caranya..

Keseluruhan Ayu berada dalam band 3, setiap subjek dia lulus penilaian band 3. Cikgunya bagitau mmg pertengahan tahun ni sampai band 3 aje, lepas ni baru buat penilaian band 4, 5 dan 6 (akhir tahun). So Ayu pun ok..

Aku pun lega gak.. Tak sesia hari2 menyuruh diorg baca buku dan buat latihan.. Heh heh heh... Jauh lagi perjalanan ni.. Sabar aje la banyak2 :D

Saturday, June 23, 2012

1st post from my blogger apps

Hari tu baca blog Ellerq, dia kata guna blogger apps ni ok, jadi aku pun terai la ni..
Rajin tak rajin nak update blog selalu tu blkg kira yek.. Heh heh..

P/s: ok, senang nak publish. Try tambah gambar plk...
P/s2: gambar takleh adjust, mmg akan belah duduk bawah saje..


Tuesday, June 19, 2012

new gadgets

"I don't always buy new gadget..
..but when I do, I bought two!" - me :D
Heh heh... melampau kan? 

Aku bukan jenis org yg giler beli gadjet2 terkini. Henfon aku sebelum ni ialah Nokia E71, hadiah bday drpd suami tahun 2007/2008 gitu. Entahla, maybe sbb prinsip hidup aku - kalau bende tak rosak, buat ape ganti? Ye dak?

Cuma, lepas beli tablet android hari tu, tetiba aku mcm obses dgn android phone. Aku suka android sbb banyak aplikasi percuma (yup, percuma! *Suara gema*). Aku pun mula cari2 kat internet, buat survey tengok mana android phone yg ok. Tapi syarat utama mestilah ada fizikal keypad Aku dah biasa guna E71, ada keypadnya, senang taip. Heh heh.. Yg kedua ada gps + wifi + hspa dan segala yg sama dgn specs E71 gak le... Yg ketiga, harga mesti murah, aku budget mesti kurang drpd seribu ringgit.

Kat internet kan banyak webpage yg review h/phones terkini, salah satunya ialah gsmarena.com... Haaa.. Kat sini le aku jumpa Xperia series ni. Lepas belek2 tengok ada plk Xperia Mini Pro yg specs nya sama mcm apa yg aku nak, harganya dlm RM800. Saiz pun comel aje, processor 1GHz kira power la tu.. Not bad la kan..

Bila aku pegi sunway pyramid nak tengok wayang, aku singgah kedai Sony Ericsson kat situ, wah, giler excited bila aku tengok harganya kurang drpd RM600.. Biar betul! Aku rasa mcm dah jatuh cinta pdg pertama kat henfon ni.. (Boleh ke? Hehehe...) setelah seminggu berfikir2, aku terus gi kedai beli. Heheheh... Now I'm a proud owner of XperiaMiniPro.. wuhuuuu!

p/s: Nokia E71 tu ada lagi.. sayang wooo... mmg elok serba serbi, cuma bateri dah kong. Aku dah ganti bateri dua kali, tapi tak tahan lama mcm original bateri yg mula2 beli dulu.. aku terbeli bateri cokia agaknya...


Kemudian... jeng jeng jeng.. *saspen sikit*

Aku pinjam laptop husband utk pegi kelas. Kat ofis aku guna pc ofis utk buat assignment. Kat rumah aku guna pc rumah utk siapkan report. Between computers, aku ada 1 usb thumb drives.. tapi masalahnyer, bila kelam kabut, aku lupa nak copy latest file ke dlm thumb drive, dan aku tak properly sync folders dalam tu.. aku pun makin konpius, bila folder di dalam folder, file yg sama tercopy ke folder lain... I need a laptop!!! iyer... org lain dah berzaman ada laptop, aku baru nak beli satu... dah nature keje aku ialah duduk mengadap pc, aku takde jumpa customer mahupun wajib ngadap org lain.. kalau ada presentation pun, bawak thumb drive cukup.. hehehe.. bukan apa, zaman skrg ni kan, budak2 sekolah pun masing2 dah ada laptop sorg satu.. jadi, org lain dah tak heran, aku baru terhegeh nak beli...

Aku budget netbook yg harga dlm seribu, cukupla setakat senang nak bawak kulu kilir, dan asal ada Office pun cukup.. akhirnya, aku pilih Asus 1215B (beli kat Digital Mall PJ).. ini pun selepas pening pikir; specs lebih kurang, harga lebih kurang, performance lebih kurang.. aku baca kat review kata ok, so ok lah... of coz kalau nak komputer yg lagi power, ongkosnya pun kena lebih ler....

Ok, dah takde alasan kalau tak dpt siapkan assignments.. heheheh... tapi still tak siap jugak ni... harharharhah...