Thursday, June 24, 2010

babai pudu jel

Dulu-dulu, masa zaman aku naik bas utk berulang dari kampung ke KL, inilah satu2 landmark yg aku cari. Bila dah nampak pudu jel ni, dgn lakaran muralnya sepanjang tembok kuning tu, hatiku berbunga2 dan mata pun segar sbb tau tak lama lagi sampai ke hentian puduraya. Biasakla.. dah janji dgn pakwe (merangkap bodyguard dan tukang angkat beg) tunggu kat situ. Hehhehehe...

(klik gambar utk lebih jelas)
Refer post kesah cuti sekolah. Tak sangka pulak tak sampai dua minggu, bangunan ni pun dah roboh. oh well..

Wednesday, June 16, 2010

grill this!


(klik gambar utk besar punya)
kiri atas: grilled chicken & herbs + udang kunyit
kiri bawah: ayam lambat masak, letak hotdog + carrot
kanan bawah: salmon & herbs + sawi jepun
kanan atas: lamb chop & beef, both black peppered + brocolli

makan sampai muak!
p/s: sekali sekala saje2 nak meratah lauk sahaja. :)

Friday, June 11, 2010

kesah cuti sekolah

Cuti sekolah kali ni kami takde plan pergi mana2 sbb terpaksa ke rumah poksu utk urusan di sana. Untuk tidak menghampakan bebudak ni, setelah pikir punya pikir punya pikir, terus je gerak ke Berjaya Times Square, berjalan2.

Aktiviti untuk anak2 di indoor theme park. 

Aku? kecut perut tengok DNA Mixer tu dan 'lorikoster' (bak kata Ayu), rasa mcm nak terkeluar usus segala. Tu baru tengok, belum naik sendiri lagi. Last2 aku layan kid's section bersama anak2 sahaja... hahahhahaha....

Oleh sebab kitorg pergi naik LRT, kena la melintas penjara pudu. Might be our first and last time menjengah monumen ini sbb tak lama lagi akan dirobohkan.