Wednesday, May 17, 2006

cikgu dearest

my first school was sekolah tadika kg dato' sulaiman menteri in 1982. i was sent there together with my brother. senang sama-sama pergi sekolah - that what i've told by mom. jadi, my classmates masa tu mostly age 6. i remembered bawak papan hitam kecik dengan kapur untuk tulis ABC. banyak aktiviti tampal-menampal gambar yang menggunakan gam. last-last my mom buatkan gam kanji untuk di bawa ke sekolah, jimatlah duit sikit. bila sampai sekolah, gam kanji tu kami buat macam teh tarik, dan lambung-lambung gam tu between two containers, tetiba, bertempek gam tu jatuh atas lantai. then we scraped it off the floor, gam dah jadik kotor, but we didn't care. selamba guna gam tu tampal-tampal kertas, and shared it amongs friends. hasilnya? punyalah kotor buku kitorang! buku sekolah hampir lunyai dek glue overdose. heh heh. tapi cikgu tak marah. nope. they were bunch of a very kind ladies. even masa tu my parents couldn't afford to buy pinafore - i was among 2-3 kids yang tak pakai uniform. ada sorang cikgu tetiba je dia cakap dia nak tolong jahitkan my pinafore without any cost! ah, thank you teacher. yup, i'm not good in remembering names. but those gestures - i won't forget that for my whole life.

then, my mom sent us pergi mengaji kat rumah cik esah - she was my cikgu mengaji sampailah khatam quran dan khatam berzanji. orang johor la katakan, belajar mengaji kenalah belajar berzanji sekali.

lepas setahun bersenang lenang kat rumah, i was sent to attend my primary school - sek. keb. sri amar. cikgu-cikgu kat sekolah ni pon baik-baik belaka - all were like mother- and father-figures to me. teringat kat cikgu shamsudin sebab dia kelakar, tapi kalau naik angin (marah) memang macam orang hilang akal! habih budak-budak dia tempeleng, pelempang, sepak terajang. ngeri giler! me? heh heh.. budak baik, setakat kena cubit, kena pulas perut dan kena pukul tapak tangan dengan pembaris besi biasalah. :P

then, i hopped between schools - SIGS and KTAM - finally landed on STF. i met a lot of great teachers along the way.
pn. norley (cikgu maths) - no, i'm not gifted in maths. i had it easy becoz u are such a good teacher plus lots of homeworks.
pn. kamisah (cikgu kimia) - thanks for believing in me. i'm sorry i never really finished all the lab reports and notes. bukan degil atau malas, rupa-rupanya saya rabun jauh, tapi masa tu tak tau. dah le duduk meja belakang sekali waktu kimia, punyalah lembab salin nota. bila dah ketinggalan, i copied lirik lagu 'sometimes love just ain't enough' instead. heh heh.

to all the teachers termasuk cikgu2 praktikal sekali - happy teacher's day! :)

Tuesday, May 09, 2006

oh kasik

iman: adik! nyanyi 'jatoh cinta dengan' dik!
adik: jatoh tika dengannn.... jatoh tika dengannnn... *adik nyanyi lagu adam*
iman: hahahahahahha... adik cakap 'jatoh tika dengan' pulak! *iman gelak tergolek*

hmm.. macam la abang iman nyanyi betul sangat. 'oh kasikk.. oh kasikk.. ku berterima kasikkk...' - boleh?

ayu pulak jalan masih lagi terhoyong-hayang, tapi dah boleh melompat dua kaki without holding anything. mesti dia teruja tengok abang-abang dia melompat-lompat keliling rumah, she doesn't hesitate to try. and her first word? aaayerrr (air).


JATUH (ADAM)

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan...

Jatuh cinta dengan..
Jatuh cinta dengan... kamu...

mom's day

my mom is one tough woman. dia seorang yang tegas, berdisplin, sikit lagi je nak jadi ala tentera. nasib baik tak. yang bagusnya, makan pakai kami dua beradik memang teratur. dari kecik dah biasa makan ikut time, breakfast - lunch - minum petang - dinner before maghrib - supper before we went to bed. i had dumex for breakfast up to darjah 6, and sometime kalau ada lebih duit dapat minum milo. i was so a dumex kid, kalau tukau susu lain, memang takleh minum! macam nak termuntah la pulak. tapi yang herannya, bila masuk asrama, minum susu tepung bantuan kerajaan, boleh pulak?

my mom betul-betul mengambil berat tentang pelajaran. for her, education comes first! she bought a lot of books for us to read. she sent us to library - perpustakaan awan negeri johor depan pantai lido - for us to borrow books or to attend story-telling session held there, on saturday.

she's so strict and tough to us. takde langsung la nak bermanja-manja. she afraid it'll spoilt us. but, i got six aunts to fill the blanks. being the only niece for about a decade made me an apple of their eyes. dibelikan macam-macam, tempat bermanja dan bergurau senda - we're so close, hingga ramai yang ingatkan i'm their youngest sist. afterall, i don't have any sister. pergi sawah dengan mektam - makan nenas cicah kicap pedas dan mi siput dengan sambal tumis ikan bilis. pergi shopping dengan mokde berjam-jam dan makan macam-macam. kena geletek sampai terkencing oleh maklang - pepagi buta, tak sempat nak bukak mata dah kena geletek. lagisatu, maklang terer masak makanan johor - laksa, soto, memang sedap! bergaduh dengan makcik - biasakla, dalam ramai-ramai tu mesti ada sorang yang kita tak ngam. but still i glad to have her around. bisa merwarnai hidupku. baca buku variasari yang mokteh beli - tak pernah miss walau sebulan (tapi sekarang mokteh kumpul anjungseri pulak. yey! free-reading. bestnya!)

then, there's my mom-in-law. yang segala masakannya, sedap sehingga menjilat jari! paling world lah!

to all moms i mentioned above. thanks for being there. i love you all with all my heart.