Wednesday, December 24, 2014
hal ke tingkatan satu
Monday, September 08, 2014
makanan berkhasiat
Monday, August 11, 2014
syawal 1435H
Edisi #throwback heh heh heh...
Wednesday, July 23, 2014
of many sleepless nights
Monday, March 31, 2014
hujung minggu yang panjang
Puchong - Kepong (hantar Iman & Mat Hanif ke rumah Acu) - Bangi (ada kelas belah pagi) - Kepong (ambik Iman, Mat Hanif & Ayu) - Brickfield (ambik Abg Lokman) - JB (lalu LEKAS hiway, dan sambung masuk PLUS hiway kat Senawang. Tapi bila masuk aje Johor, jalan dah mula jem. Lupa org johor kerja ahad, jadi sabtu masing2 nak balik rumah. Pkl 8 mlm baru sampai Tmn Sri Amar)
Ahad 30/3/2014 11pagi:
JB (ambik Iqbal) - KLIA (ambik suamiku. Trafik sepanjang jalan ok, cuma jem kat Seremban) - Cyberjaya (singgah ambik kereta suamiku yg parking kat sini) - Puchong (singgah makan dan parking kereta suamiku kat rumah) - Brickfield (hantar Abg Lokman) - Pusrawi KL (ziarah Yaya) - Puchong (akhinya jejak rumah pkl 8 malam.... home sweet home)
Hari ni, Isnin, baru terasa sakit2 badan dan keletihan... huhuhu... apa2pun, ku bersyukur kepada mu ya Allah, kami semua selamat dalam perjalanan pergi balik, dan dapat berkumpul semula satu keluarga... alhamdulilah...
Wednesday, March 19, 2014
macam-macam hal
Si budak kecik Mat Hanif tu pun dah nak masuk 10 bulan... kejap je kan... apa org buat semua dia ikut. Bila diajar cakap mcm dah ada bunyik2 mengikut jugak tu. Dan yg terkini, dah pandai nak memapah plk dah... merangkak pun tak lagi... iysk iysk iysk lasak sungguh... Oh, gigi bawah dah tumbuh dua batang. Bab makan jgn cakap, semua dia telan. Aku pun suka la nak menyuap, kek, kuih bahulu, puding, mash potato semua belasah... hahahha... Buah2an aku potong2 masuk dlm food feeder dia... senang dia makan sendiri... bagussss...
Si Iman plk tahun ni darjah 6. Aku tak hantar dia tuisyen sbb nampak dia boleh study sendiri dan rajin buat kerja sekolah. Pada aku itu dah cukup bagus, tak perlu lah nak tekankan sgt pun.. Daripada pergi tuisyen malam2 tu, baik aku suruh dia tido. Boleh rehatkan badan dan minda, bior cergas dan cerdas bangun besok pagi.
Sekolah Iman ada buat kelas tuisyen, tapi dia buat belah petang lepas sekolah. Boleh? Padahal kan ramai budak2 yg sekolah agama.. diorg nak ambik PSRA lagi.. takkan tak pergi sekolah agama plk. Lagi satu, pada aku, pergi sekolah ni bukan semata sbb nak pereksa, tapi sbb ilmu tu sendiri. Terutama sekolah agama. Kat situlah diajar hukum tajwid, tauhid, feqah segala secara lengkap, yg kita tak mampu nak ajar sendiri kat rumah. Kita nak terangkan secara umum boleh la, tapi kalau nak detail sgt tu mmg kena berguru lah kan...
Iqbal plk aku tengok setakat ni pelajaran dia ok.. tapi tunggu result ujian 1 karang, baru tau ok ke tak... Oh, dan nampaknya aku kena belikan Iqbal 'a pet' jugaklah seperti yg diminta. Pening aku tengok Iqbal layan adik dia si Mat Hanif tu mcm 'pet'. Nak marah tak termarah, nak tergelak pun ada. Bila budak kecik tu dalam walker, abg Iqbal tambat kat kerusi. Bila si kecik tu menyusur kat lantai, si abg ikat mainan dengan tali, acu2kan kat budak tu.. mcm main dgn kucing! Bila budak kecik tu berlari dalam walker, abg Iqbal ambik kain kibar2 konon2 dia matador, dia buat si kecik tu meluru kat dia! Hadoiii... pening omi...
Dan si Ayu pulak... aku mmg tak berapa faham sistem KSSR nih. Bila tanya dia kata semua ok. Tapi bila suruh buat latihan, lambattt sgt menjawabnya. Bior betul??? Suruh buat latihan math tambah tolak pun terhegeh2. Bukan suruh congak pun, tulis atas kertas tu... Nampaknya aku yg kena ngajo si ayu nih. Aku beli buku latihan utk setiap subjek, dan suruh dia buat. Aku mula dgn Math dulu. Memula aku suruh buat jadual, setiap hari lain2 subjek. Tapi, bila ulang balik buat latihan yg sama, semedang lupa. Sekarang ni tumpukan kat satu subjek aje dulu, tengok mcm mana.
Sunday, February 16, 2014
3rd sem
Semester 3 ni, pada aku, semester yg paling sibuk dan memenatkan. Assignment banyak, dengan nak buat projek proposal lagi.. Huh! Maunya tak banyak assignment, kalau dah satu subjek sampai dua tiga org lecturer yg mengajar, dan setiap lecturer nak bagi jgk assignment utk bahagian masing2.. Masakkkk... Mmg masak dibuatnya.. Huhuhuhu
Alhamdulillah.. Mat hanif tak banyak songeh, tido malam tak banyak ragam.. Aku aje yg malas nak bangun study.. Heheheh.. Dah last2 minit baru kelamkabut nak buka buku segala... Biasalah tu kannn... Selagi tak panik, selagi tu la takde rasa semangat nak buat ulangkaji..
Wish me luck :)
Monday, February 10, 2014
36 ke 37 eh tahun ni?? hahahah... lupa plk
Oh, dah alang2 aku post kat blog ni, meh aku citer pasal hal budak kecik sorg si Mat Hanif tu.... dah 8 bulan dah umurnya.... badan tak padan kecik, tapi bukan main liat! Apa yg dia pandai? Dah pandai nak berjalan. Bukan dia yg berjalan guna kaki sendiri, tapi dia nak kita yg kena bawak dia keluar rumah berjalan2! Dia duk menyusur dan berguling aje, angkat bontot pun tak, merangkak pun tak. Nak tau cerdik ke tak budak sorg ni, bila sampai mode nak berjalan tu, dia akan menggelupur, dan dia hanya nak dukung kat sesapa yg berdiri paling hampir dengan pintu. Dan, kalau kita dah keluar pintu, dia akan beratkan badan dia ke arah tangga, dan hanya nak dukung kat sesapa yg paling hampir dengan tangga. Gituuuuuu... Kalau dah kat luar tu, haaa... happy lah dia... seronok.. muka pun senyumm je tauuu...
Bab makan jgn cakap le, apa yg kita suap mmg semua dia telan... tak memilih langsung... senang nak jaga ko nakkk.... mlm pun tido nyenyak, takde songeh... faham agaknya, omi dia nak kena baca buku.. Mulut dia paling bising, entah apa membebel taktau la.. kekadang bunyik mcm tengah menyanyi... kadang2 mcm tgh mengarang ayat... entah la...
Haaa.... lagi satu, dah pandai menggeleng... sampai aku pulak konpius masa suap dia bubur, dia ni geleng sbb saje-saje nak geleng kepala, atau sebab taknak makan? Nak kata dah kenyang, elok aje mulut dia menganga dan telan bubur.... heheheheh.... mcm2 hal...
Tuesday, December 31, 2013
My 1st Windows phone!
Saturday, December 14, 2013
Dok melangut
Ok, bak kata si labu (or is it labi?) 'hari ini hari bodoh saya incikkkk' - mmg sungguh tepat sekali. Hmmm... Nak tau apesal? Aku salah ambik kunci. Yg aku capai bukan kunci pintu rumah, tapi kunci pintu bilik. Dan dgn selambernyer terus tekan butang kunci pintu tersebut & tutup rapat. Yg menjadi masalah ialah sbb aku dah berdiri di luar rumah! *Uwaaaaaaa....*
Dan skrg aku melangut kat bengkel kereta dgn harapan dlm kereta aku ada kunci spare. Kereta aku katanya kat stor, jadi aku kena tunggu. Prof aku kat UKM plk dah whatapps gambar kelas yg kosong, tanya mana student. Ok, skrg aku rasa bersalah.
Aku tgh pikir pelan tindakan kalau takde kunci spare. Aku kena panggil tukang kunci la nampaknya... Kalau takde tukang kunci, boleh ke aku minta babysitter jaga mat hanif sampai besok pagi? Aku nak tumpang tido rumah sapa eh? Yg paling dekat rumah Nurul, yup, kena msg dia tanya boleh ke tak. Kalau dia takde, aku msg Zahra... Kalau dia pun takde, aku balik kg. Tapi takut plk nak balik kg dgn kete pinjam drpd bengkel yg tersengguk2 tu.. Hmmm... Sapa lagi sedara mara aku kat sini??? Yup, masa susah ni lah nak ingat sedara mara kann?? Kann???
Haihhh... Hari ni hari bodoh saya
Update #2
Ok, dah selongkar kereta, mmg takde kunci spare dlm tu, dah disimpan dlm rumah lah tuuuu.... Plan B, teringat kedai tukang kunci kat Tesco. Call dia suruh dtg.









