Friday, October 15, 2010

beri 'sign'

harhahrharhahrharhahrha... aku gelak tergolek... sah aku mmg takleh masuk pertandingan Jangan Lupa Lirik...

Kan ada lagu baru 'Kalau Berpacaran' yg tgh top kat radio tu kan? alaaa... yg Ana Raffali & Sohaimi Mior Hassan berduet sama tu la.... *tapi mula2 aku ingatkan M.Nasir, heran gak aku apesal suara M.Nasir bass sgt bunyiknya...*

yg part korus tu... (lirik lagu ni ada dlm akhbar H/Metro hari ni):

Boleh pandang-pandang
Jangan pegang-pegang 
*sebutan 'pegang' style org Johor yaa...
Duduk renggang-renggang
Bertambah sayang

Biar malu-malu
Biar segan-segan
Kerna malu itu
Perisai orang beriman


haaaaa... part 'perisai orang beriman' tu la... aku ingatkan 'beri sign orang beriman'! Dalam hati aku dah siap kutuk2 dah... siapalah penulis lirik lagu ni, mcm tak best je ayat tu... Rupa-rupanya aku yg salah dengar... hihihihihihi...... balik ni kena korek telinga, mungkin earwax dah tebal sgt... hihihihihi...

Thursday, September 30, 2010

gambar raya

(klik utk lebih jelas, sila guna superpower mata anda utk meneliti setiap gambar)


Hahahhaha.. orang upload gambar raya, aku pun sibuk nak upload jugak... tapi penat (baca: malas) lah nak pilih2. Jadi aku selambakkan je. Senang kan? heh heh...

Cerita raya aku tahun ni sempoi je...

Tahun ni raya kat kg aku, Tangkak. Seperti biasa, masa ini lah nak tunjuk muka kat rumah sedara mara esp. yg pangkat atuk-atuk sedara tu.. iyer la... waktu lain takdenyer nak jenguk ke apa kan.. inilah peluang nak bertanya khabar dan berbual2.. aku selalu terfikir dan cuba membayangkan, mcm mana lah atuk2 aku ni masa diorg kecik2 dulu... waktu zaman perang ke, waktu zaman darurat ke... (Dalam bayangan dan imaginasi aku, kehidupan mereka dalam dunia hitam & putih. Aku terpengaruh dgn filem2 melayu lama).

Raya ke-2, gerak ke Pdg Lebar, kg Hubby. Mak aku, mak sedara aku, sepupu aku, family abang aku dan family makcik aku ikut sekali. Hadoii... jem la pulak jalan Rompin-Bahau! gilosss... perjalanan yg selalunya sejam setengah dari Tangkak, dah jadik 3 jam la pulak. Tak pasal2 anak abang aku, si Hadeef tu, kena kencing dlm botol. Kes emergency nih...

Raya ke-3, batuk aku makin teruk, kepala pun pening. Berehat aje... konon2 nak ke jeram Tengkek pun tak pergi.

Raya ke 4/5, beraya di Malin Nawar/Kampar (belah MIL). Singgah makan mi rebus kat Restoren Mi Rebus Tapah (fav. aku nih). Kemudian singgah rumah Angah kat Rawang.

Akhirnya balik Puchong.. yuhuuuu!! lega betul!! Mmg le seronok berkumpul ramai2, tapi kalau part berehat tu, kat rumah sendiri la baru boleh tido nyenyak dan berehat2. *home sweet home*. Aku mmg dari dulu kalau berkaleh tempat susah nak tido. Balik rumah mak aku sendiri pun aku restless.. adakah perlu aku angkut bantal & selimut setiap kali berjalan? hahahahha... geli jek... aku tak pernah ada bantal busuk atau selimut gentel masa kecik yek... agaknya ni lah yg org tua2 kata, 'tak betah duduk rumah org'. Alamak.. tiba2 terasa tua la pulak.... huhuhuhuhu...

oh, sambung cerita raya..

Raya ke-6/7 kami ramai2 beraya rumah sedara mara sekitar KL.. boleh tahan jugak la hidangannya.. macam2! Paling takleh lupa gulai pisang lada hitam kat rumah Acu... peh! kalah prosperity burger!

Raya ke-8? Anak2 aku dah menuntut2 janji utk ke swimming pool. Yg penuh puasanya Iman, tapi apesal Ayu yg over managih janji? Aku konpius....
Yup, kami ke sini, Desa Waterpark. Bagus betul sebab tak ramai org. We enjoyed ourselves very much. Bebudak tu pulak mmg leka betul main gelungsur ni, mcm taknak balik. Aku suka Shock Wave, ombak dia ganazzz..

Wednesday, September 22, 2010

bulan dan zuhrah

Wanita sama sekali tidak berasal dari Venus, tapi awek2 dari Venezuela mmg cun-cun. Banyak kali jugak diorg menang pertandingan Miss World, Miss Universe, dan entah Miss apa2 lagi *nama aje Miss Universe, tapi takde pulak wakil dari planet lain yg dtg bertanding. sungguh tidak adil*. Planet Venus dalam BM ialah Zuhrah.
(klik gambar utk BESAR punya)
Kelihatan bulan sabit dan planet Zuhrah pada malam raya ke-2 (sila google: 11sep2010 crescent moon). Gambar sungguh jelas diambil dgn bantuan tripod. Tangan gigil daaa....
p/s: Lokasi sebenar di Pdg Lebar, Bt Kikir, K/Pilah. NS.

harharhar... inilah dia tripod & camera ku yg comel.. set atas jalan raya jek.. sungguh amatur! hahahahha... tengkiu la kat adik iparku yg tolong snapkan gambar ini... 

Tuesday, September 21, 2010

gatal tangan

Heh heh.. inilah projek gataltangan ku, dua hari sebelum raya. Pouch comel utk E71 ku yg tersayang (hadiah bday drpd Hubby tahun lepas). Material: kain felt + benang sulam. Cubaan gagal: satu kali (ukur sesuka hati, kan dah terkecik la pulak. terpaksa buat lain). Cubaan kedua: BERJAYA! *sengeh sambil kembang idung*

Monday, September 06, 2010

salam aidilfitri 1431H

I love this pics! Konon2nya budak bertiga ni nak peluk bahu sama2 utk ambil gambar. Iman being a lil' bit ticklish, tried to shove Iqbal away. But Iqbal being offended, merajuk la pulak.. Ayu's reaching out for her abg Iqbal, cuba pujuk... Perfect!


Ini gambar skema... hihihihi..


Bukan gambar raya:

Iqbal lipat2 kertas jadik katak. And then he cut out these two lil' ppl from the whole A4 paper, lekatkan atas badan katak. Ominya menjerit bukan sebab nampak katak, tapi kerana baki kertas tu dah di buang ke tong sampah. Pembaziran! Wahai anak2, jgn le membazir, sayangilah pokok2 di dunia ni.... huhuhu...

Wednesday, August 25, 2010

ramadhan 1431H

Alhamdulillah... panjang umur aku, dapat berpuasa lagi tahun ni... syukurr... Iman & Iqbal pun senang berpuasa kali ni, cuma hari pertama saja berkeluh kesah. 2-3 hari lepas tu nampaknya semuanya ok. kejut bangun sahur pun senang. :)
minggu lepas, aku & hubby buat biskut raya dua jenis (kalau sorang2 buat mmg aku surrender). Biskut mazola dapat 4 balang, boleh le bagi mak aku satu dan MIL satu. Choc chip mint cookies tu kena buat lagi sbb dah selamat aku anak beranak pulun makan lepas berbuka! hahahhaha... mmg sedap! (resepi refer kat Edi - cuma aku adjust sikit resepi pakai cups. tak reti aku nak ber-gram2 ni.. heh heh..) Sila abaikan bentuk2 biskut tu yg gabak2. aku buat nak cepat aje... hahahahhaha... yg penting sedap.... :)

*khas utk Terabot :)

150g butter - potong ikut garisan pembalut butter


1 1/2 cups self raising flour (187g)


1/3 cups castor sugar (75g)


1/4 cups light brown sugar (50g)


yg lain2 tu sama je


baju raya semua dah setel... awal2 lagi kami dah bershopping kat C4, dapat baju kurung/melayu kaler sedondong! i likeee.... harga pun murah, baju aku & hubby RM50++ selai, the kids Rm30++ selai... new shirts for the boys 2 psg, and a new dress for Ayu... boleh la tu.... lagipun banyak baju lama yg elok2, recycle aje buat pergi beraya nanti...

Wednesday, August 11, 2010

Friday, July 30, 2010

silent project

Inilah mende yg dia sibuk sangat buat masa exam week yg lepas. Hampir semua gambar haiwan kat buku dilukis kembali dalam buku nota kecik. Aku jerit2 panggil suruh study, dia menyorok senyap2 dalam bilik...
(klik gambar utk lebih jelas)
baris pertama (L-R):
1. Ini babi hutan. Babi hutan haram. Babi hutan tinggal di hutan.
(Distorted info but very obvious)
2. Ini cipan. Cipan ini busuk. Cipan itu tidak mandi.
(mengapa cipan kurus sgt, dah mcm berpenyakit pulak rupanya)
3. Ini unta. Unta suk(a) makan kaktus. Unta simpan air.
(good info)

baris kedua (L-R):
1. Ini kambing. Kambing tidak suka mandi. Kambing itu busuk.
(hihihihi... banyak beno lalatnya, dah rupa hurung bangkai la pulak...)
2. Ini beruang. Beruang panjat pokok epal. Beruang ambil epal. Beruang suka makan epal.
(another good info)
3. Ini kerbau. Kerbau suka keja(r) orang. Kerbau itu makan rumput.
(tak pernah pulak aku kena kejar dgn kerbau. Lembu ader lah. Mungkin dia maksudkan fighting bulls agaknya)

baris ketiga (L-R):
1. Moral Haiwan: Haiwan Jinak. Pada suatu hari kucing pergi cari makanan.
(Cerita pendek, consists of few pages. Dah lupa apa jadi dgn kucing tu. But don't worry, it's a happy ending)
2.  Ini rusa. Rusa buka mulut. Rusa itu tidak boleh lari. Rusa lehernya panjang.
(Penerangan yg jelas. bagus. *aku komen mcm cikgu BM pulak.. heheheh)
3. Moral Haiwan: Haiwan Liar. Pada suatu hari harimau nampak orang.
(Cerita pendek jugak. Bersambung2 sampai berkeping2. Last2 harimau tu mati kena tembak. Too bad, I should tell him pasal akta perhilitan: perlindungan haiwan liar)

Monday, July 12, 2010

mambang dinding

Budak2 mmg berimaginasi tinggi. Diorg kalau bermain dan berangan2, (i.e. 'role-playing'), mesti mcm betul2 terjadi.

Aku taktau diorg tgh buat apa, tetiba je diorg jerit beramai2 berlari keluar daripada bilik baju. Of coz i'm kinda alarmed. Bila aku tanya ada apa? Diorang cakap ada hantu! Tapi kalau betul2 ada hantu, mengapa diorg tak nampak takut pun? Nampak riang gembira jek?

Oleh sebab waktu tu malam, aku pun seram jugak la. Aku teringat dua kesah yg agak misteri terjadi kat rumah ni.


Kisah pertama:
Masa tu aku baru pindah; rumah baru, kawasan pun baru. Iman masa tu dah setahun agaknya sebab dia dah pandai berjalan. Husband tak balik kerja lagi, jadik kami tinggal berdua. Aku keletihan dan terlelap di sofa depan tv. Tapi aku tak tido lena, kejap2 terjaga peratikan si Iman. Iyelah, aku takut jugak kalau terjadi apa2 kat dia, budak baru setahun kan tengah rajin mengutip, lepas tu semua bende nak masuk mulut. Manalah tau kot2 dia memanjat ke apa, dah tak pasal2 jatuh tergolek pulak nanti.


Dalam aku mamai2 tu aku mcm ternampak-nampak dia tengah bermain dgn seseorang. Sama2 duduk dan sama2 berdiri, dan sama2 mengadap aku! Eh, sapa pulak budak lelaki sorang lagi ni? Aku masa tu ada Iman sorang je, Iqbal tak lahir lagi. Mmg terkejut betul la aku, tersirap darah dibuatnya! Bila aku celik mata betul2, takde la pulak nampak apa2 yg pelik. Mmg Iman sorang je yg ada....


Entahla.. aku rasa mcm aku mimpi je kot...


Kisah kedua:
haaa... masa ni Iman dah besar sikit, dah pandai cakap. Masa kejadian pun belah malam jugak. Iqbal pun dah pandai berlari masa tu, jadik budak dua org ni pun bermain2 depan tv. Lampu bilik semua aku tutup, lampu ruang depan je buka. Iyelah, takkan nak biarkan lampu bilik terpasang kot... membazir...


Tetiba je Iman terpaku mengadap ke arah bilik. Dia tanya aku, 'Siapa tu?' - aku tanya dia balik 'Siapa?'. Dia kata dia nampak ada orang masuk bilik baju, 'Tapi, Iman nampak kaki dia aje.'


Aku blurr kejap. Takde lah rasa takut ke apa. Cuma rasa hairan, lalu aku pergi buka lampu bilik aku. Bila dah terang tu, aku jengah la bilik baju. Nasib baik tak nampak apa2...


Kisah ketiga:
Ini bukan kisah misteri, tapi kesah ngeri. Berlaku pada waktu malam jugak. Aku letak Ayu (umur dia dalam 2 bulan agaknya) atas sofa, Iman & Iqbal main basikal depan tv. Aku pegi dapur buatkan susu Iqbal, bila aku kembali dapatkan Ayu, tengok2 si Ayu hilang, takde atas kerusi! Giler menggigil lutut aku, mana pulak budak ni pergi! Aku menjerit tanya kat Iman, tapi, apa la nak diharapkan dgn budak 3-4thn...


Tetiba aku dengar suara Ayu menangis, rupa2nya dia dah terjelepuk atas lantai, di ruang sempit antara kerusi dan pintu. Tapi mcm mana dia boleh mengelungsor dan terbaring melintang rupa gitu pulak? Entahla... tapi aku lega giler sbb takde jadi apa2 kat Ayu, calar atau benjol pun takde..


haaa... sambung kisah mula-mula tadi.. Bila dah siang, aku pergi kat bilik baju, sambil tanya Ayu, 'Betul ke ada hantu semalam?'

Ayu pun tunjuk, 'Ini lah omi...
...abang Iqbal yg lukis semalam.'
hmmmmmpphhh....

Thursday, July 01, 2010

laporan midyear 2010

..aku nak upload gambar guna picasa, tapi tak boleh la pulak.. takpe... terus ke cerita hari ni..


[IMAN]

Cikgu dia komplen, lambat menulis dalam kelas. Dah tu, tak boleh duduk diam, asal cikgu takde je, dia mesti berlari2 keliling meja dalam kelas.

*sama aje dengan komen cikgu kelas dia darjah 1 dulu; nampak pendiam tapi kuat bermain sampai basah lencun setokin. 
tapi aku risau jugak, rabun ke dia ni sampai susah nak salin apa yg cikgu tulis?

peratus keseluruhan merosot sedikit (88% dapat #12) tapi takde la jauh sgt beza dgn student yg dpt #1 (92%). He got all A's for his subjects, so ok.

*pada aku, soalan sains kertas II agak susah utk budak2 darjah 2 (entah, aku dulu mana ada belajar sains darjah 2...). Ada soalan eksperimen tentang air & pokok. Gambar pun tak berapa jelas. Soalan matematik kertas II pulak kena tunjuk jalan kerja baru dapat markah penuh. Iman tulis jawapan saje, jadik dapat separuh markah aje la...


[IQBAL]

Dia ni mmg aku dah jangka. Komen cikgu dia sama je dgn komen cikgu tadika dia dulu: banyak berangan dan berkhayal, mudah hilang tumpuan dlm kelas. Tapi, bila buat latihan dan jawab soalan, betul pulak!

*kalau cikgu mcm tak percaya, aku ni lagilah mcm tak percaya. Iqbal ni ada dunia dia sendiri. Kalau kita bercakap, tumpuan dia ke arah lain. Langsung takde 'clue' dari reaksi wajahnya yg menunjukkan dia dengar kita cakap apa.

The teachers assured me that he's fine. Aku lega sbb cikgu2 dia memahami. Kalau jenis cikgu yg tak faham atau tak sabar, mau si Iqbal dah kena dera agaknya. Aku pun kadang2 hilang sabar dgn dia ni. Bila aku mula jerit2 dia pun jerit balik kat aku kata, 'Iqbal tau la!'. hadoii....


[AYU]

Tahun lepas Ayu dapat #1, daripada 5 org kawan sekelas. (Aku pun kalau ada org jaga si ayu ni, takde nya aku nak hantar dia tadika umur 4 thn!). Tahun ni pun dapat #1, daripada 25 org... bagusss... bagusss... tapi tak padan dgn perangai dia menangis setiap pagi! Ingatkan tak suka sekolah, tapi rupa2nya, dalam kelas, dia lah yg pertama angkat tangan dan jawab soalan cikgu. Takde masalah apa pun sebenarnya.. saje mengada2..

Kat rumah mmg aku tak pernah suruh2 Ayu ni baca buku ke buat h/work. Dia baru 5 thn kan, tak kuasa la aku nak paksa2.. Tapi, bila abang2 dia kena marah/jerit suruh baca buku & buat h/work, cepat2 dia pun sama baca buku.. heheehhe... tau takut...

Aku nampak dia ni mmg jenis study sendiri. Tak sangka pulak aku dia boleh membaca dgn lancar, mengaji pun lancar dan pandai menulis (termasuk huruf jawi). She is just 5! Aku rasa bersalah la pulak sbb masa Iman dan Iqbal, aku guide diorg tulis, baca ABC sama2.. masa tu Ayu kecik lagi, jadi dia hanya ngendeng2 aje, jadi observer... Tapi bila tiba time dia sekarang, aku tak buat mcm tu sbb aku dah 'tak larat' (@malas) nak ulang balik mende2 remeh tu.. haiyooo... selalunya, dia yg minta kat aku 'Omi, bacakan Ayu, Omi!'... barulah aku bacakan buku kat dia.... iyskk....

Aku nampak dia ni agak competitive, dia nak sama level dgn abang2 dia.. harap2 akan jadi sikap yg positive. Terlebih sgt pun tak bagus jugak...