Wednesday, October 18, 2006
tagged by izham
1. Berapakah umur anda ketika mula berpuasa?
8 tahun (darjah 2). sebab masa darjah satu hanyalah menahan diri daripada makan minum disiang hari. kira mcm prektis dulu la. sahur sebelum pergi sekolah... boleh?
2. Pernahkah anda terlupa yang anda berpuasa, dan apakah yang anda telah lakukan?
setakat ni, tak pernah la pulak. buat-buat lupa pun tak pernah. :)
3. Apakah yang anda suka tentang ramadhan?
ada aura dan keistimewaan tersendiri. u have to feeeeellll it. feeeellll tu yg penting.
4. Apakah yang akan anda lakukan jika anda benar2 tak tahan semasa berpuasa?
membaca buku dan tido. tapi masa kecik2 dulu, basuh muka sambil2 tu minum air paip. hehehehehhe. terus segar. betul! tak percaya, cuba la buat!
5. Apakah aktiviti paling mencabar yang pernah dilakukan semasa bulan puasa dan bagaimana anda menghadapinya?
shopping diwaktu tgh hari terik di jln TAR. sekarang ni we decide to shop at nite. nyaman sikit. boleh minum2 dan makan2. tapi kedai banyak yg tutup awal la pulak.
6. Sebarang pengalaman buruk sewaktu bulan Ramadhan?
no
7. Pernahkah anda mengalami peristiwa yang tidak dapat dilupakan ketika bermain bunga api/mercun?
takde, semuanya ok. utk orang yg takut mercun (ehem), dia akan main mercun dengan skemanya. atau dia suruh orang lain yang bakarkan mercun sambil lari jauh2.
8. Pernahkah anda melakukan sesuatu yang membatalkan puasa tapi anda buat tak tahu sahaja?
masa kecik2 la... few times gak la. bila balik sekolah penat sangat, minum je la air paip. sebab kalau minum air sejuk dalam peti ais, kang kantoi pulak. bila dah segar tu, baru la sambung pegi sekolah agama... heh heh... kira dimaafkanlah sebab jarak dari rumah ke sekolah agama ada dalam 1km kena jalan kaki. tak larat woo! tapi bila ustazah tanya puasa ke tak, jawab je la puasa. heheheh... bohong sunat.
9. Pernahkah anda ditangkap kerana tidak berpuasa?
masa kecik2 dulu, kantoi dgn mak ada la. mcm mana dia boleh tau air sejuk dalam peti ais tu ada orang yang minum? herannnn...
10. Bagaimana Ramadhan mempengaruhi berat tubuh anda?
boleh la turun dalam 5 kg. tapi masalahnyer, elok2 1 syawal, terus naik balik 5 kg.
11. Adakah anda suka duit raya? Berapa jumlah terbanyak pernah anda dapat?
tentuler suke... dulu banyak dapat doplohsen dan limaplohsen jek. bila kumpul2 average dalam RM90 la setahun. tapi bila dah sekolah menengah dapat banyak gak la, dalam Rm200.
12. Raya yang mana satukah yang terburuk untuk anda?
takde la buruk, rasa semuanya best. iyelah dapat jumpa dan berkumpul dgn sedara mara. cuma yg paling kureng masa pertama kali beraya kat pdg. lebar, belah mertua dan ipar duai. maklumla, masa tu masih dalam orientasi dan majlis suai kenal. rasa mcm lost semacam. nak cakap apa pun tak tau, so sengeh je la manjang. tapi sekarang dah ok. mcm dah tak sabar pulak nak beraya kat sana. sedap jugak makan lemang dan rendang sili api di pagi raye eks? apesal la selama ni tak tau???
13. Pernah tak cirit birit masa raya?
tak pernah. hidungku amat sensitive kat makanan yg bau masam. so, kalau agak2 rendang/lodeh/ketupat etc dah bau semacam, convince mcm mana pun, i'll not touch it.
Wednesday, October 04, 2006
tech savvy trigee
Monday, October 02, 2006
Happy 4th birthday!
besok ommi tulis panjang sikit yek. hari ni tak sempat sebab seharian kat jalan meru, pi buat test drive for 3g repeater. hausnya tekak. nak air jus orennnn....
3 oct 2006 - ok.. sambung balik...
ini lah gambar Iman, genap 4 tahun yang lalu. masa ni onyang kuat lagi, datang tengok Iman dan omi kat wad. comel je Iman masa lahir, berat 3.6kg with his chubby cheeks and red lips! for us, he's the cutest baby on earth, and still is. (adik's the most handsome baby and ayu's the comellest and loudest baby - bila malam jek nangis, bingit betul!)
Iman's favourite food is roti canai sbb omi masa mengandungkan iman, hampir setiap malam nak makan roti canai. tapi kat puchong susah nak dapat roti canai sedap macam kat kg melayu majidee. heh heh heh..
Iman masa kecil pon tak banyak perangai, cuma dia nak kena dodoi sambil berdiri masa nak tido malam. heran pulak yek, mcm mana baby kecik2 dah tau orang yg mendodoi dia tu berdiri ke duduk? adakah disebabkan oleh frequency dodoian yang berbeza? oh, abahnya lah yang rajin nak dodoi-dodoi ni - siap nyanyi lagu raihan satu album penuh, dari side A ke side B!
tapi sekarang abang iman dah beso. pandai ajar adik. yang adik pulak jadi gema (echo) abang iman - mengulang setiap patah perkataan yang iman sebut.
[scene 1: tengok tv]
iman: omi, tu dia buat ape tu? dia lompat ke? (sambil tunjuk kat tv)
omi: ha'ah. dia lompat.
adik: omi, tu dia pe tu? dia lompat? (adik tanya pulak, sambil air liur tersembur-sembur)
omi: ha'ah. dia lompat.
[scene 2: nampak kren]
iman: omi, tu kren! (iman tunjuk kren i.e. crane)
adik: omi, tu tren! (adik pulak cakap)
iman: eh, bukan tren la dik. tu kren. tren (train) yang choo.. choo.. choo.. tren bawak orang. tu kren. kren bawak kotak.
adik: ooo... tren bawak kotak? (muka blur)
iman: kren la dik. apalah adik ni. (gelakkan adik)
adik masih blur.
[scene 3: kat dapur]
iman: omi, tu apa tu (sambil tunjuk kat frying pan)
omi: prying pan, eh frying pan. (omi tersasul)
iman: prying-eh-frying-pan ke?
omi: bukan, ni FRYING PAN.
iman:oooo... frying pan...
peh! lega. nasib baik betul, kekadang perkataan yg kita silap sebut pulak dia ikut. bila dibetulkan dia jadik confuse, kita pun jadik confuse sama. hehehehehhe...
Monday, September 25, 2006
another trip to jb
[ iman, dalam bas, duduk tepi tingkap sambil tengok luar.]
iman: ommi, apesal jauh? (with curious look)
ommi: sebab bas tinggi. nampak tak kereta kat bawah tu?
iman: ommi, apesal jauh?
ommi: sebab bas tinggi?
iman: ommi, apesal jauh? (this time, with i-know-the-answer look)
ommi: entah, ommi tak tau la. apesal jauh?
iman: sebab tayar bas besar.
ommi: ooo. (sambil angkat kening)
[adik, dalam lift nak turun ke lobby, kat panpac.]
adik: dia (lift) naik kat bawah?
ommi: lift turun bawah la dik.. heh heh..
[ iman dgn adik tengok bangunan-bangunan tinggi di sekitar panpac.]
iman: hey look! rumah panjang, ommi!
ommi: rumah panjang mana?
iman: yang kaler blue tu.
ommi: tu bangunan tinggi. (terpaksa demo beza tinggi dan panjang)
adik: oh, tu panjang (sambil tunjuk bangunan tinggi. sampai besok lusanya masih refer bangunan tinggi as panjang)
p/s: semalam berbuka gulai udang dan gulai daging salai. heh heh.. oh, kalau berbuka kat kg. melayu majidee, jangan lupa beli air kathira kat pasar malam or pasar ramadhan. kalau ada orang jual lagi la..
Monday, September 18, 2006
Monday, September 11, 2006
Friday, August 25, 2006
about the sea
source: the star online
HERE are snippets from children writing about the sea:
This is a picture of an octopus. It has eight testicles. (Kelly, age six)
Oysters’ balls are called pearls. (James, six)
If you are surrounded by sea you are an island. If you don’t have sea all round you, you are in continent. (Wayne, seven)
Sharks are ugly and mean, and have big teeth, just like Emily Richardson. She’s not my friend no more. (Kylie, six)
A dolphin breathes through an asshole on the top of its head. (Billy, eight)
My uncle goes out in his boat with pots, and comes back with crabs. (Millie, six)
When ships had sails, they used to use the trade winds to cross the ocean. Sometimes, when the wind didn’t blow, the sailors would whistle to make the wind come. My brother said they would be better off eating beans. (William, seven)
I like mermaids. They are beautiful, and I like their shiny tails. How do mermaids get pregnant? (Helen, six)
I’m not going to write about the sea. My baby brother is always screaming and being sick, my Dad keeps shouting at my Mom, and my big sister has just got pregnant, so I can’t think what to write. (Amy, six)
Some fish are dangerous. Jellyfish can sting. Electric eels can give you a shock. They have to live in caves under the sea where I think they have to plug themselves into chargers. (Christopher, seven)
When you go swimming in the sea, it is very cold, and it makes my willy small. (Kevin, six)
Divers have to be safe when they go under the water. Two divers can’t go down alone, so they have to go down on each other. (Becky, eight)
======================
selamat bergumbira di hujung minggu :)
Wednesday, August 23, 2006
arts of conteng II
oh, iman already getting his grip on simple maths. i taught him 1 + 4 = 5. tapi kalau dia boleh tulis 7 = 5 + 3 ertinya dia dah faham konsep la tu kan? good! great! phew..
adik dah maju sikit. semalam dia tulis huruf A terbalik. oh yek, cuba kira berapa banyak tractor bajak dan lori yang dia lukis di atas kertas ini. contoh jawapan disediakan. :)
adik conteng buku abang iman, lukis pokok, matahari, daun, payung dan bola pecah.
yup, i'll save all their hardworks in CDs. saja simpan jadik kenangan. :)
Thursday, August 17, 2006
arts of conteng
2. iman rajin menulis. nak ajar dia pun senang. jenis dengar kata. tapi tulisan dia semua macam mi meggi. bila dia tengok mi meggi pun dia boleh 'kenal' mana satu huruf ra', mana satu dal, mana satu fa' dan sebagainya.
3. ahad lepas, iman, adik dan ayu tengok Mr Incredible - dah lama tak tengok citer ni. kalau tak dulu, asyik ulang-ulang pasang sebab 'nak tengok cite jack-jack'. kemudian, iman ambik pen, lukis-lukis kat suratkhabar lama. tetiba dia tunjuk dia lukis robot bulat macam spider ciptaan orang jahat syndro ke apa namanya tu yang dalam cerita Mr Incredible. very amazing! sejak iman dah kenal bentuk, dan pandai lukis betuk-bentuk asas, dia dapat lukis apa yang dia ingat - termasuklah gambar roket dan pokok, bom, senapang, pistol, besi kejar orang, dan kotak.
4. iman lukis smiley kat setiap bende yang ommi lukis. so sweet.
5. ayu tengah baca buku. dia sekarang nak belajar bercakap, ikut jek apa yang orang sebut. masa piala dunia hari tu, orang jerit GOLL!! dia pun jerit guuul!!! iman dan adik baca buku, dia pun sebok sekali baca buku kuat-kuat sambil sebut sesuka hati.. baguss.. bagus... baca buku cepat pandai!
6. ayu pon pandai conteng-conteng jugak, tapi conteng kat kaki sendiri. boleh?
7. adik masih lukis bulat-bulat dan garis-garis. semalam ajar dia trace huruf-huruf ABC. baru nak pegang tangan dia, nak ajar dia tulis, dia boleh pause, dan cakap 'kejap.. kejap!' lepas beberapa minit baru cakap 'ommi.. tulisss'. buat huruf Q dua baris dah penat - 'adik dah penat' - lepas tu sambung conteng-conteng lukis lori bulat-bulat dan matahari. iyolah.
aku bukan nak paksa anak-anak aku belajar cepat. cuma nak develope kemahiran mereka. perkembangan fizikal dan mental perlu seiring. bila mereka dah pandai trace huruf-huruf dalam buku tu bermakna mereka dah dapat kontrol pergerakan (motor skill) dan konsentrasi diri. biar mereka belajar sikit-sikit, bits by bits, tapi perlu ada galakan dan persekitaran yang membina.
iysk.. susah betul jadik mak orang. ni tengah pikir cara yang paling senang nak explain 1 + 1 = 2 kat iman. dia tengah excited nak belajar, ommi dia pulak pening macam mana nak terangkan konsep penambahan (pencampuran?).
Wednesday, August 09, 2006
JB revisited
semalam zahra bawak gi jusco tebrau. on the way tu dapat la tengok kiri kanan. takde la banyak sangat yang berubah. aku masih boleh cam taman sri amar dan kg. melayu majidee. heh heh. sampai kat jusco, pergi makan one-pot rice. ingatkan sikit seciput jek, rupa-rupanya banyak! tak habih pun aku makan. maybe dia guna pot tin susu kot untuk sukat beras. dah le tambah side-dishes dimsum dua jenis. kenyang giler, sampai senak perut!thanks zahra! jumpa kau lain kali, insyaALLAH.



