Thursday, July 02, 2009

the show..


I'm just a little bit
caught in the middle
Life is a maze
and love is a riddle
I don't know where to go
I can't do it alone
(I've tried)
and I don't know why

Slow it down
make it stop
or else my heart is going to pop
'cuz it's too much
Yeah, it's a lot
to be something I'm not
I'm a fool
out of love
'cuz I just can't get enough

I'm just a little bit
caught in the middle
Life is a maze
and love is a riddle
I don't know where to go
I can't do it alone
(I've tried)
and I don't know why

I am just a little girl
lost in the moment
I'm so scared
but don't show it
I can't figure it out
it's bringing me down
I know
I've got to let it go
and just enjoy the show

The sun is hot
in the sky
just like a giant spotlight
The people follow the sign
and synchronize in time
It's a joke
Nobody knows
they've got a ticket to that show

Yeah
I'm just a little bit
caught in the middle
Life is a maze
and love is a riddle
I dont know where to go
I can't do it alone
(I've tried)
and I don't know why

I am just a little girl
lost in the moment
I'm so scared
but don't show it
I can't figure it out
it's bringing me down
I know
I've got to let it go

and just enjoy the show
oh oh
Just enjoy the show
oh oh

I'm just a little bit
caught in the middle
life is a maze
and love is a riddle
I dont know where to go
I can't do it alone
(I've tried)
and I don't know why

I am just a little girl
lost in the moment
I'm so scared
but I don't show it
I can't figure it out
it's bringing me down
I know
I've got to let it go
and just enjoy the show

dum de dum
dudum de dum
Just enjoy the show
dum de dum
dudum de dum
Just enjoy the show
I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show
I want my money back
I want my money back
I want my money back
Just enjoy the show

p/s: mula2 aku dengar lagu ni kat radio, ingatkan Yuna yg nyanyi. rupanya org lain. tapi lagu ni pun best jugak layan.

Sunday, June 28, 2009

entah apa penyakit..

..yg berjangkit kat Iman. seminggu lepas dia kejap demam kejap ok. hanya banyak minum air, tapi tak lalu nak makan. tak pasal2 kena tahan kat wad suspected denggi. dan tak pasal2 jugak kitorang berkampung ramai2 kat situ. mujur dapat single room.
peh! mcm bilik hotel. ini bercuti2 di wad namanya. almaklumlah masa cuti sekolah lepas tiga-tiga kena chickenpox, tak berjalan mana. boleh la ni, kan???



[ambik report cards]

cikgu Iman komen:
Iman ni nampak pendiam, tapi tak sangka banyak main!
*boleh tahan gak nakal dia kat sekolah yek*

cikgu Iqbal komen:
Iqbal selalu melayang dalam kelas. tapi bila kantoi, pandai plk cover konon2 dia tgh habih tekun belajar la tu. tapi setakat ni, kalau cikgu tanya soalan, w/pun dia tgh khayal, dia dapat jawab.
*kalau nak tengok dia concerntrate, tengok le masa dia tgh main mainan atau melukis. air liur meleleh pun tak perasan*

cikgu Ayu komen:
Ayu tulis lambat, dia tak berapa suka menulis. tapi dia suka buat kira2, gariskan, warnakan, suaikan sahaja. kaler pun nak cepat aje. kalau boleh dia nak guna satu warna for the whole picture. kalau suruh baca pun nak cepat aje alih m/surat sebelah. dan moody habih!
*sama la macam kat rumah. kalau dia taknak tu, jgn le paksa2, mmg dia buat muka toye aje. kita yg penat + naik darah*

Tuesday, June 02, 2009

cuti sekolah

lega. i think i needed the 'cuti sekolah' more than the kids. kui..kui..kui... almaklumla, kitorang ni maidless. jadi, bila hari sekolah tu mmg agak huru hara gak la. bertambah pulak dgn baju sekolah yg kena sental baru bersih. mana boleh campak dalam washing machine semata. tak jalan punya. tu pun kena rendam dgn 'vanish' dulu satu malam. 

malam tadi dapat le aku berdating sambil menonton wayang. Monster vs. Alien. 3D. hikhikhik... effect dia mmg best la, real!


[chicken pox]
ayu & iman pulak kena chickenpox. takpelah, mmg cuti sekolah pun kan?? cuma, kesian kat Uwan diorang kena jaga cucu-cucu yg sakit. aduyaiii...
ayu bergambar ikut sequence, mula-mula jari satu, lepas tu dua, lepas tu tiga.. sampai sepuluh. heh heh. aku layan je la budak kecik ni, sambil menunggu abah dia pegi beli air kelapa.


[hot spells]
cuaca punyalah panas membahang, habih pokok2 aku kering, daun pun gugur banyak. alahai... kesian pokok2 aku...
habih gugur daun belah kiri, yg kena pancaran matahari. padahal mula2 dulu, belah kena matahari ni lah yg paling lebat daun dan buahnya. huhuhuhu.... 

Wednesday, May 20, 2009

zommmba....

kesian iqbal, penuh satu badan kena chicken pox, dari kepala sampai ke kaki. satu badan kena lumur dgn calamine lotion bagi kurangkan sikit gatal2. semoga cepat sembuh.
minum pun pakai straw sbb dalam mulut kena ulcer.

Thursday, May 14, 2009

little manhattan

watched 'little manhattan' last night. sweeeettttt...
L.O.V.E - It was the pain that had no name. 

Tuesday, May 05, 2009

tagged by ateen

p/s: finally.  posted this up on 18 may 2009. 10:15pm.

i need to answer questions posted by maklongnya bedah.. banyak tuuuuu.... 
(ni pun dah berhariminggu tertangguh..)

1) Were you named after anyone? 
Nope. but actually i was named after a car. tapi tak tau la kalau mak aku saje2 je reka cerita. susah2 sgt korang tanya la sendiri. *still in denial*

hmmm.. menurut cerita mak aku, masa aku lahir tu, parents aku ada beli kereta Mazda. mak aku berkenan pulak kat nama kereta tu 'mazda'. mak aku tambah nama 'lin' kat tengah2, dan buang huruf M sbb nak bagi rhyme dgn nama bapak aku, Azlan. kreatif giler kan?


2) When was the last time you cried? 
semalam (last monday few weeks actually), while visting a colleague who lost her premature baby (32 weeks old). we all thought the baby'll survived after one week in ICU, tapi Allah lebih menyayanginya.

3) Do you like your handwriting? 
kadang-kadang aku rasa buruk giler (bila tulis malas2). but sometime i really admire my handwriting, comel pulak. heh heh.

4) What is your favourite lunch meal? 
simple nasi dgn satu lauk, satu sayur, sepotong buah-buahan & air suam.

5) Do you have kids? 
3 ketul.

6) If you were another person, would you like to be friends with you? 
mestilah, aku mmg best.

7) Do you use sarcasm? 
kadang-kadang. 

8) Do you still have your tonsils? 
ada.

9) Would you bungee jump? 
tak mungkin.

10) What is your favourite cereal? 
honey star & choco pops.

11) Do you untie your shoes when you take them off? 
aku prefer zap-on. atau kasut sarung.

12) What is your favourite ice–cream? 
vanilla with cookie bits.

13) What is the first thing you notice about people? 
gigi. 

14) Red or pink? 
maroon.

15) What is the least favourite thing about yourself? 
gigi aku. 

16) Who do you miss the most? 
iqbal. kesian dia kena chicken pox, dan kena tinggal dgn uwan dia to recover.

17) Do you want everyone to complete this list? 
wajib bila aku dah tag korang. heh heh heh.

18) What colour of trousers and shoes are your wearing?
 now? i'm in my pj's.

19) What are you listening to right now? 
takde. tapi kat belakang aku ada bunyik berdengkur (ayu's).

20) If you were a crayon, what colour would you be? 
peach.

21) Favourite smells? 
freshly brewed coffee (w/pun aku jarang minum kopi), freshly cut grass (mengingatkan aku pada sawah bendang atuk aku), bau ikan goreng yg garing & panas2.

22) The last person you talked to on the phone? 
my MIL, this afternoon, asking abt iqbal's condition. 

23) Do you like the person who sent you this? 
sapa? ateen? dulu aku kawan biasa2 je dgn dia. sekarang aku suka dia sbb dia ada blog yg buat aku sengeh.

24) Favourite sports to watch? 
takde.

25) Hair colour? 
Black.

26) Eye colour? 
Dark brown

27) Do you wear contacts? 
Yup. But not to work. pedih la mata kena aircond.

28) Favourite food? 
rojak. 

28) Scary or happy endings? 
Happy endings, of course.

29) Last movie you watched? 
wayang ka? X-Men Origin: Wolverine. 

30) What colour of shirt are you wearing? 
Gray. 

31) Summer or winter? 
aku suka hari mendung, hujan pun renyai2 je kan. nyamann je rasa.

32) Favourite dessert? 
all.

33) Most likely to respond? 
Has. saje bagi dia some works to do in her freetime :)

34) Least likely to respond? 
Edi. dia agak busy dgn cupcakes nya, entah bila aku dpt merasa cupcake dia.

35) What books are you reading? 
am currently study the 17025 standard for a short course on lab mgmt. *big yawn*

36) What is on your mousepad? 
mouse?

37) What did you watch last night? 
the biggest loser.

38) Rolling Stones? Beattles? 
aku tak reti band2 omputih ni. aku layan rock kapak aje. heh heh.

39) Where is the furthest you have been from home? 
John O'Groats. The northern tip of Scotland. hajat hati nak pegi kutub utara, tapi tak sampai pulak.

40) Do you have a special talent? 
kadang aku suka cuba resepi baru, kadang aku suka menjahit.

41) Where were you born? 
JB

42) Whose answers are you looking forward to getting back? 
Has & Edi. :) sila buat.

Wednesday, April 29, 2009

futsal

iqbal main futsal utk tadika dia. dekat sebulan jugaklah dia berlatih, termasuk pagi sabtu & ahad. tu pun beberapa kali ponteng latihan sbb malas bangun pagi. dah le tu, ada friendly match pun taknak pegi. sesuka ati dia jek. 

berlatih futsal dgn cikgu tadika merangkap jurulatih yg sgt penyabar. boleh dia kontrol bebudak umur 5-6thn ramai-ramai nih. ada ke tengah berlatih, boleh pulak 2-3org merayap main gelongsor kat playground sebelah. aku tengok pun pening.

inilah hari yg ditunggu2. perlawanan futsal peringkat puchong. aku gelak sampai sakit perut sbb kelakar tengok bebudak ni beramai2 kejar bola satu padang. diorang ikut je mana bola tu pegi. gigih sungguh!

the result? team iqbal hanya dapat hadiah saguhati. tapi, friendly match yg dia malas nak pegi tu kan, tadika dia jadik johan pulak. adakah.....???


[nametag]

aku peningla, sepatutnya nama kat bawah, lencana kat atas, ke? atau lencana kat bawah, nama kat atas? atau mmg boleh sesuka ati nak letak mana2?


[kacang buncis]

wah! pokok kacang buncis ni mmg betul2 cepat membesar! baru sekarang aku percaya cerita 'jack and the beanstalks' tu. tak sampai sebulan dah keluar hasil (satu je, bukan banyak pun. hehehhehe). owh, kacang buncis yg satu itu telah kupetik, dan kuhiris nipis, campur dalam nasi goreng. sedap je anak2 aku makan.


[lipat kain baju]

anak dara ku sorang ni tetiba nak tolong lipat baju. aku puji2lah dia pandai lipat baju, dgn eksennyer dia menjawab, 'memanglah!'

hamboiiiii!


[doa panjang doa pendek]

Iqbal salin doa ni daripada buku dia. pls ignore huruf2 yg terbalik2 tu. dia kidal. and he's trying hard.

yg ni? doa pendek sebab dah penat salin doa panjang tadi. iqbal tergelak bila dia baca balik apa yg dia tulis ni. heh heh. tau pun salah.


[kepompong]

refer kat post aku pasal 'edible garden'. ulat beluncas tu dah jadik kepompong. tapi aku tak sempat tengok menatang apa yg keluar daripada kepompong ni. aku balik keje je, kepompong tu dah lompong. too bad :(


[building a city]

iqbal ni, kalau leka bermain, sampai berjam-jam pun sanggup. tu belum lagi dia susun kereta dan lori segala sepanjang tepi dinding. tapi yg aku perasan, dia mmg suka improvise, he can turn simple things into great wonders. campak aje lah ape kat dia, benang kecik, butang, kotak, serpihan kertas, straw, roda yg tercabut.. semua boleh buat dia leka. 

mmg beza dgn abang iman. iman loves games with rules & skills. main bola, bowling, carrom, boardgames, badminton.. 

dua beradik yg perangai bagai langit dan bumi.

and don't make me start with ayu.

*heh heh.*

Thursday, April 23, 2009

mengapa??

Jangankan gunung Fujiyama, 
puncak Himalaya ku ikut kamu,
Jangankan ke Kamboja
ke Etiopia ku ikut kamu
Kalau benar kamu cinta aku
Ke kutub utara aku ikut kamu..
hate you sinarFM! apesal setiap petang je ko mainkan lagu ni? tak pasal2 lagu ni pulak terngiang2 kat telinga aku sekarang. arrrgggghhhhhhhh.....

Thursday, April 16, 2009

tagged by suhana

the link is here suhanazainal
aku mmg susah nak ingat tarikh, kira ni agak2 je la...

1. When was your engagement?
hmmm... bila yek? akhir tahun 2000 kalau tak silap.

2. When is your marriage anniversary?
18 May 2001 (ni confirm sbb aku baru je check kad nikah aku. heh heh)

3. How long have you known your spouse?
Lama jugak la, sejak zaman iTTM lagi, back in 1995.

4. How long did you date before you got engaged?
3 thn kot?? mcm ni ceritanya, walaupun dah kenal lama, tapi kenal sbg classmate je. last semester in 1997 barulah gatal nak berendut. hihihi.. tapi lepas tu terpisah... dating kat chat room aje la... 

== additional question and answer:
how long did you date before you got married?
4 thn la lebih kurang...

5. Where did you meet your spouse?
masa zaman iTTM, satu kelas.

6. What is your spouse’s full name?
Hazril Ibrahim

7. Do you have any children?
yup.

8. How many?
3 (Iman, Iqbal, Ayu).

9. Do you have any pets?
takde. kecuali ulat beluncas yg singgah makan daun pokok limau hari tu. 

10. Do you own or rent?
own.

11. Do you live in the country, city/town?
town.

12. What is your favorite activity you do together?
tengok wayang, belek buku kat kedai buku, makan-makan.

13. Do you have a favorite vacation spot?
takde. suka pergi tempat lain-lain.

14. How many siblings do you have including in-laws?
aku dua beradik je, husband enam beradik.

15. What mosque do you attend?
takde.

16. Is this the mosque you got marrried in?
tak. 

17. What town is your current address?
puchong

18. Do you work or stay home?
Work. 

19. Where did you go for your honeymoon?
KK. takde la honeymoon sgt, husband kena o/station kat situ, aku menempel la sekali. save budget gitu... heh heh.

20. Leave a piece of marriage advice and tagged ur friends.
tutup sebelah mata je la, lagipun aku pun tak se'perfect' mana.... :)

tag kawan2 lain... (aku agak busybody. hehehhe)
- has
- yan
- ira
- muadz
- wan

Tuesday, April 07, 2009

i go

So long, fare thee well

The dancer and the dancing days have taken leave and fell
So turn down this bed of stone
Quench me with the deadly nightshade from the rose that you belong

The long December rain is falling now
Running down on streets to nowhere
Music is my life – you’re my sweetest nightingale
But I can’t hear it here no more
And I go
I go

Hush now, don’t shake or break
Words have fallen silent like soldiers to the grave
No matter what they do or say
Lay me on the sleepy meadow by the tracks upon your face

- Words & Music By Pete Teo. All rights reserved 2008


lirik lagu ni simple sangat, tapi bila dinyanyikan oleh Aizat dgn suara lembut dan seperti berbisik, diiringi pula oleh petikan gitar dan erhu, mmg meruntun hati. a simple song that sounds big. go hear this song. go watch Tale'n'Time.

**uploader :: deennasour. credit to http://deennasour.terbaek.com


[terima kasih]
ayu cakap, 'sedaplah omi masak ni. terima kasih, omi..'. aku terkesima beberapa saat, hanya mampu berbunyik, 'hmmmm..??' sambil memandang tepat ke mukanya. ayu hanya tersenyum dan terus makan.

i love you too, ayu. *mmmuah!*


[gemuk]
ayu tengah semangat makan. kadang2 lebih daripada abang2nya. aku saja la usik, 'kalau ayu makan nasi banyak sangat, nanti ayu gemuk mcm paksu.' Tiba2, ayu terus nangis, jenuh aku pujuk. last2 dia cakap sambil meneran2 suara konon sedih beno, 'ayu taknak gemuk macam paksu! ayu nak gemuk macam omi!'

owh! aku sungguh terharu. *huhuhu*


[botak]
bila abah gunting rambut style botak, kecoh la Iman, Iqbal, dan terutamanya Ayu, panggil 'abah botak'. Kadang-kadang ayu panggil, 'abah botak... ooo... abah botak' - dia buat mcm abah tu kawan2 dia aje. Tapi yg buat aku terkejut bila satu petang tu, aku tgh bercakap kat telefon, dgn selambernya ayu tanya aku, 'Omi telefon 'botak' ke???'.

lawan tokey betul. kena sekeh baru tau.