Friday, May 11, 2007

imagine

adik has transferred his energy from being so hyperly physical into drawing or playing alone, tweaking with his imaginations.

kalau dia melukis, mesti dia melukis sambil bercerita sendiri. his drawing's simple and fast, so obsessed sampai air liur meleleh, creating a little stream down to his neck and flooding his collar.
kalau dia bermain sendiri, dia suka berangan jadi polis while driving a police car or playing with his trucks/cars atau jadik chef. ada sekali tu dia tgh main lori, scooping a handful of imaginary sand with his hand, dia akan buat mcm tractor bajak cedok pasir ke lori. lepas tu dia biarkan lori dia idle tgh alam. after a while, iman lari-lari lalu langgar truck tu. dia punyalah marah sbb 'pasir' dia tumpah. crying angrily he scooped back his imaginary pasir yg tumpah tu, back into the truck! when i asked, 'dik, tu ada pasir lagi la', he answered, 'takde lah, dah habih dah'.

kalau dia jadik chef, he'll take an order dan konon2 pegi masak kat coffee table. siap ada bunyi 'click' to fire up the stove. entah apa dia buat, sambil bercakap sorang diri, tetiba jek datang sambil menatang whatever dishes he whipped up on his imaginary big plate. 'omi, ni pizza. panasss. tiup dulu omi'. i usually will play along, buat-buat makan sambil tiup-tiup dulu. then i'll order a drink. biasalah lepas makan kenalah minum air, kang tercekik pulak. sepantas kilat adik datang, air robina katanya. terpaksa le buat-buat minum sedut air guna straw ke apa. datang pulak si ayu. she observed the whole scene and suddenly shoved her tiny fingers into my mouth! ayooo... please, tangan dah le tak basuh, and i dunno what other things she touched with them, lagi mau sumbat dalam mulut omi. tau le ayu tu makan bersuap, dia pulak nak suap orang lain. hampessss....

oh yek, lagi satu perangai adik yang jauh beza dari abang iman ialah dia ni pergerakannya amat pantas, secepat kilat, tapi amatlah peramah. iman kalau jumpa orang, mmg menyorok kat belakang bontot omi or abah, sampai kita pulak jadik geram tengok perangai dia. adik pulak, mula lah sengeh-sengeh nak tarik perhatian orang. dia punya pembuka topik, tak lain dan tak bukan mesti pasal pastol, sanapang dan main prang-prang. adik's very confident and outgoing while iman's quite reserve dan lebih berhati-hati.

ayu? setakat ni dok buat lawak selamber dia je la. dan sekarang dia tengah belajar cakap guna dua ayat atau lebih - kekadang faham gak apa dia sebut, kekadang tu tah hapa tah, iye kan je la.


[off topics] i'm changing the above header with an image, tapi mcm ada borderline la.. camner nak delete eh?

only in KK?picture spotted in KK. apa yang kaki masam tu?

Friday, May 04, 2007

pasir gudang

we went to pasir gudang last long weekends to visit my brother there. teruknya jalan dia, bersopak-sopak! on the 2nd day we went to tenggaroh pulak, nak pegi tengok si hadeef. dia baru pandai jalan. masih terkengkang-kengkang lagi.

ayu & hadeef






Luft Hadeef will celebrate his first birthday this coming 11th May 2007 (or is it 10th? lupa la pulak)

HAPPY FIRST BIRTHDAY HADEEF!






and here's some more uncategorised photos:

adik tulis ABC terbalikadik tekun menulis. but most of the numbers and letters are in the mirror-image forms. click to view larger image.






adik tulis 123 macam tulisan zaman mesir purbaABC dan 123.








peh! sedapnyer.. bau sampai ke sini.
inilah rupanya gulai ayam yang enak di makan bersama nasi atau jemput-jemput/cekodok. cukup pedasnya, cukup santannya, cukup serainya, dan ada letak daun kunyit yang harum menusuk kalbu... yummmyyyy....


muka cuak kena marah

[caught red-handed] tengok tu!! tak boleh orang leka sikit. patutlah senyap kat dalam bilik. rupa-rupanya selongkar beg abah dan main cotton bud yek.


adik lukis bunga. kat daun dia ada ulat

This is one of adik's creation (gambar bunga, kat daun dia ada katerpilar). he has vast imagination. sambil lukis sambil bercerita. Ada sekali tu adik lukis mama dengan baby dia pimpin tangan. lepas tu adik lukis kereta banyak. lepas tu kereta tu langgar. POM! sebijik macam iklan kat dalam tv yang suruh ibubapa pimpin anak-anak semasa melintas jalan.

Thursday, April 12, 2007

pictures

sementara nak tunggu hubby sampai, lets fill up the blanks with some uncategorized pictures from my personal folders. enjoy!

iman & ayu yang sungguh ayu bila pakai tudung

picture taken early this year kat tangkak. what with tudung and ONE sock? i also didn't get it. click for larger view anyway. heh heh.

besonyer nombor 30 tu
Thanks guys for the bday cake. secret recipe some more. i don't really know how to say it, but i really really really really really really (up to infinity) appreciate it, very very very much!

amacam? teruja tak tengok sambal udang ni? kecur air liur..

udang beli fresh dari pasar KK. masak sambal udang sekuali untuk dibawa ke pejabat. memang sedap! terer betul sapa yg masak tu..

click me

december 2006 - PLUS hiway dalam perjalanan menghala ke arah utara. klik gambar utk baca.

Friday, March 30, 2007

unseen enemies

ok, first there were swarm of scabies @ kudis buta that invaded iman's skins. Memula ingatkan ruam biasa, tapi bila penuh satu badan sampai celah2 jari pon keluar sama.. rupa2nya iman dah kena jangkitan scabies. ni gara2 mandi kat swimming pool kat PD hari tu la agaknya. nak tak nak, proses pembersihan besar-besaran terpaksa dilakukan. pakaian iman kena rebus dan selimut tuala semua kena basuh hari-hari. semua pakaian kena bilas dengan air panas. seelok-eloknya jemur bawah matahari yang terik. those mites won't survive under hot sun and high temperature >50degreeC. we won't survive either.

tiga hari dua malam di KJMC Puchongthen, some sort of bad bacteria raged in adik's stomach. The results? high fever, cirit birit dan muntah-muntah. he just melepek for the whole two days. makan tak mau, minum air pun tak mau. when asked 'nak minum air ke, nak kena cucuk jarum?', he weakly answered 'nak cucuk jarum'. well said. omi terus la calling around asking opinions and he's warded at KJMC puchong for 3 days due to dehydaration. he was given antibiotic doses to fight those bad bacteria. And to preserve the good bacteria in his body, we bought him vitagen. but still, habihla good bacteria mati sebab everytime he took his meds, the antibiotic won't know between friend or foe. semua dia kasi mati. mcm mana tu?

then, ayu pulak demam, cirit dan muntah. but she recovered quickly sebab dia still nak makan dan minum. semalam dah improve banyak. kalau tak, ayu pun kena dok kat hospital jugak.

what a week!


on lighter side:

iman is advancing his reading & spelling skills quite unexpectedly. maybe it's bcoz i'm the one who underestimate a child ability to learn more complex things. kami ajar in BM dulu to avoid confusion. sekarang ni semua perkataan dia nak eja. seluar jadi S-E-L-U-W-A. heh heh..

i was so surprised on the other nite when adik drew a 'mama gajah' dan a little 'baby gajah'. Sebab selama ni tak habih-habih lukis lori, lori simen, lori minyak, lori panjang, pistol, besi kejar orang, senapang, bom. And last nite he drew abang iman main yoyo, omi main yoyo, abah main yoyo. cute!

teka yang mana satu omi, abah dan iman? oh, adik pun tak nak kalah dalam bab eja mengeja. tapi dia eja sesuka hati. asal ada bunyik huruf sebijik-sebijik, pada dia dah betul la tu. K-D-L-K = LORI. boleh?

Ayu pulak, entah apehal kalau salam orang tak mau cium tangan, she shaking it intead. four times. exactly. everytime. macam orang nak deal bisnes jek.

Monday, March 12, 2007

ayu's 2nd birthday

ayu & abang iman Happy birthday Ayu!
Kalau orang lain nyanyi 'Happy birthday to you', dia nyanyi 'happy birthday AYU'. heh heh. but since it's truly her birthday, betul ler tu... :)

Friday, March 09, 2007

monster

malam tadi, iman cakap ada monster. kat belakang pintu. yang kat baju, seluar dan tudung tu. lepas tu dia siap tunjuk tempat sangkut baju kat belakang pintu bilik.

aiseh! ni yang omi tak gemor ni. sebab omi ni pun kira penakut gak. dan sebenarnya iman, bila gelap, omi pun terbayang gak macam ada lembaga kat situ. almaklumlah, tudung pun sangkut situ, serkup kepala pun situ, seluar jeans pun situ, tshirt pun situ gak. i tot i'm the one who imagine yg bukan-bukan. si iman pun sama? did he see what i've seen?

cakap pasal monster ni teringat kes kat bukit putus, masa balik kola pilah pada waktu malam.

iman: diam dik, dah gelap. nanti ada monster.
semua diam seketika.
after awhile adik pun cakap: haaa.... tu monster! (sambil tunjuk ke arah hutan)
iysk budak ni. mulut takde insuran langsung!

Tuesday, March 06, 2007

xperiment

ingatkan senang nak gunting rambut ni. main bantai je la. iyolah, kalau tak cuba mcm mana nak tau, ye tak? but this was my 2nd try actually. my first try masa iman umur setahun, malam raya. tu lagi horror sebab satu kepala mcm kena gigit tikus. heh heh. lepas tu pegi kedai gunting rambut untuk repair balik.

some lessons learned:
  • jangan basahkan rambut. sebab bila rambut kering nanti jadi tak rata. kena trim balik.
  • try to visualised the style. kang tak pasal2 jadik bentuk tempurung.
  • jgn cukur rambut konon2 nak buat border. nanti jadi buruk sangat2.
  • ingatlah, ini kepala budak, bukan pc software yang boleh edit later.
  • kalau hasilnya teruk sangat, hantar aje ke kedai gunting rambut, minta guna trimmer #2.
  • if all fail, just relax sebab rambut akan tumbuh balik. heh heh.
ayu sebok nak buat pose heh heh... look at adik's hair... ok tak?

Wednesday, February 28, 2007

double vacations

[ kk ]

we were retracing our footprints back in 2001. from kk - kinabalu park - poring - karambunai - pulau manukan, dan sempat gak singgah pulau sapi. KK selepas 6 tahun, memang banyak beza. banyak bangunan baru. tapi yg tetap sama ialah gerai makan anjung selera dan sayap manuk kat sadong jaya.

ni macam pelita atukmak aku dulu. patutlah dah lama tak nampak, rupanya dah keje kat kk. all the best to you.pelita-lighted dinner kat anjung selera, tepi laut.

gayat... canopywalk ni, tinggi dia dari tanah 400meter lebih punyalah adventurous, kami lalu kat canopywalk ni siap ulang 1x. heh heh.


tulis guna batu merah. very environmental friendly

lukisan zaman neolitik kat pulau sapi. tapi, apesal kat batu tu mcm ada gambar smiley? cuba tengok betul-betul.



[ pd ]

lepas balik dari kk, pegi pd la pulak. kali ni pegi dgn keluarga. my brother yang organised, kitorang ikut ajer. best jugak kat pd sactuary tu sebab ada swimming pool for ladies only. kewl.

berendam

bebudak la yang paling seronok dapat main air.

Monday, February 05, 2007

lonely no more

i'm going to KK this saturday to meet my hubby and have a short nice vacation. the excitement is hard to contained any longer. all plans are already well-versed in my head. send the kids to tangkak, get back on saturday moning and catch 2pm flight. harap-harap semuanya berjalan lancar, selamat dalam perjalanan pergi dan balik. insyaALLAH.

i am much of an independent woman/wife/mother. but i can't hide the fact that i don't sleep soundly at night when hubby's not around. apart that i feel worry about our own safetyness, and that i'm the 'man' of the house, i just hate the feeling of loneliness that creeping in the darkness. hari tu i've tried to sleep in front of the tv, alih-alih je datang iman nak tido sama, and then adik pulak. aiseh... kacaulah... mana muat depan tv tu nak tido ramai-ramai...

iTTM kenangan terindah - dec2006

on the way to penang, kami singgah taiping. visited the zoo dan makan sotongkangkung & yongtaufoo kat bomba. nice.

tapi yang seronoknyer, dapatlah berjalan-jalan sesuka hati with my girlfriends. thaipusam hari tu keluar dgn nurul, watched movie and shopped at parkson. petang tu bawak bebudak pegi playground kat taman bukit jalil. and on saturday, keluar dgn zahra ke pameran tamadun islam kat klcc. very nice. free pulak tu. and lepas tu ambil bebudak, bawa pegi taman bukit jalil jugak. the kids already marked them with 'orang' yang pegi playground, ada gelongsor, ada aiskrim, ada eksersais... iman & adik dok tanya 'omi, mana orang?' right the day after.


on lighter side:

iman obsesed with anything related with bowling and snooker. tak tahu apesal. mungkin dah besar nak jadik pemain bowling/snooker, atau keje related to those fields. adik and ayu hanya ikut saja.

but last few nights adik developed his own career path. he started taking orders! sebijik macam waiter kat kedai mamak. he stands up straight, with a book on his right hand and a pen on his left, and speaks seriously 'omi nak apa?' dan buat-buat tulis. apa yg dia tulis tak tahu lah, banyak gambar lori je kat atas kertas tu. heh heh.

ayu? maybe a gymnast/daredevil. she has a capability to stretch her body, and make free-falling actions. sambil berdiri tegak selamber jek jatuhkan badan ke belakang 90degrees sharp. phew! *boleh kena heart attack menengoknya*