Saturday, June 17, 2006

it's saturday!

huh! memang dah lama dah tak datang ofis hari sabtu. hari ni datang ofis sebab nak setelkan keje, tapi dah sejam mengadap pc, terasa nak update blog la pulak. heh heh.

nak cerita pasal mimpi malam tadi. real giler. jelas dan masih terbayang-bayang di ruang mata. so vivid. cerita bermula kitorang satu family termasuk bibik nak pergi bercuti ke satu tempat peranginan di kawasan tanah tinggi. macam fraser hills atau cameron highlands gitu. bila dah sampai, barulah kitorang tau yg kat situ kawasan askar tengah buat latihan menembak. we and other tourist pon turun dan tengok la askar-askar tu. we were so impressed with their skills. suddenly, ada lori laju macam nak merempuh kitorang, dan kitorang berjaya mengelak sebab kitorang angkat kereta tu dan alihkan ke tepi. how we managed it? sebab kereta tu dah jadik kecik, sebesar pemeluk. and it turned out kereta tu diperbuat daripada fabrik kain kapas.. macam selonggok kain baju yang belum berlipat la. lepas tu, kitorang pon pergi la kerumun kat lori tu, apek driver lori tu bercerita penuh perasaan tentang lorinya yang rosak dan hampir nak masuk longkang. nasib baik semua selamat.

oh, rupa-rupanya, kawasan tanah tinggi tu di tepi laut (go figure). kitorang parking kereta, jalan dia teruk berlubang-lubang, tapi ada parking space siap bercat kuning kotak-kotak. lepas tu kitorang pergi kat deck kapal. enjoying the views there. ramai gak la family-family lain yang ada kat situ. me and my kids were having fun playing football atas dek kapal tu. when i wanted to kick and pass the ball to adik, tetiba jek muncul sorang mamat in front of me, dan dia pengsan sebab terkena bola yg ditendang tu. laaa... bila pulak mamat ni muncul? dalam mimpi tu, i dok pikir, tak logik mamat ni boleh muncul sekelip mata, sebab masa nak tendang bola tadi takde pulak??? orang ramai dok kecoh-kecoh tolong mamat tu, i just stood there, puzzled.

then, it's time to go home. nun kat tengah laut, nampak matahari hampir terbenam, dah senja. i rushed back to the car to get my digicam. nak ambik gambar la kononnya. tapi terhalang sebab bot-bot nelayan baru balik dari laut. hasil tangkapan diaorang ialah peha ayam (ikan dah pupus agaknya). punyalah banyak berbakul-bakul. tak dapatla nak ambik gambar. lagipun kat tengah laut tu dah malam. dah gelap. nampak bnayak bangunan kat tengah laut, lampu-lampu rumah dah dipasang (bila pulak ada bangunan tengah laut? mula-mula tengok tadi kan kosong?). tapi atas kapal tak gelap pon, makin terang ada lah. oh, rupa2 nya, matahari pagi dah memancar dari belakang kitorang. sempat jugak pikir tetang putaran bumi dan matahari, dan berpikir-pikir logik ke tak. siap lukis gambarajah bumi dan matahari, buat calculation, kalau kat tengah laut tu malam, logik ke matahari terbit kat belakang kitorang. dalam mimpi tu nampak macam logik jek. heh heh.

lepas tu, kitorang pon balik. tapi purse tertinggal. jenuh mencari, tapi kitorang blah jugak, meninggalkan tempat tu. i can't remember much about the last part. sedar-sedar je dah bangun tido.

sekian, kesah aku di pagi sabtu yang tenang ini.

Wednesday, June 07, 2006

xmen vs cherating

[xmenIII]

hampeh. sungguh mengecewakan. tak cukup drama dan emosi. too general. kartun sangat. i put rating sama macam fantastic 4.

yang kelakarnya, ada ex-man di dalam x-men. heh heh heh.


[cherating]

family vacation. ahh.. i love vacations. but i hate the journey. perjalanan dari KL ke marang, amat-amatlah memenatkan. krem satu badan duduk dalam kereta, horror seh! it started well, woke the kids up, siap-siap sarapan, and off we went. kusangka panas hingga ke petang, tapi ayu pulak muntah kat tengah jalan. uwekkks! bau masammmm!

klik sini
kami berhenti makan kat area cherating/kemaman. dalam pukul 5 lebih baru sampai marang. dapat chalet besar with seven beds. the kids were excited melompat-lompat kat katil tu. ayu ended up melompat ke atas lantai. benjol kepala. mujur chalet tu berlantai kayu. then, adik pulak jatuh terselit tepi katil. benjol kat kening. berjangkit-jangkit pulak diorang ni.


lepas berehat-rehat, we took a walk by the beach. legaaa.... air laut biru, pantai putih bersih. pasir halus. iman ambik kayu tulis ABC-Z. adik pulak main pasir, habih kepala penuh pasir. ayu pulak nak pegi ke laut. nak main air la tu.


on the second day, baru bertolak ke cherating. sampai cherating, apa lagi, terus siap-siap pegi mandi kat swimming pool dan laut. oh, kat sini ayu sempat menambah satu lagi benjol kat dahi. same case as before. lompat kat katil, terus terjunam atas lantai. adik pulak, luka kat dagu tersangkut tepi katil. takyah keluar duit beli souvenir ke apa. diorang dah dapat free. heh heh.

*ada pocong di cherating? klik sini

Wednesday, May 17, 2006

cikgu dearest

my first school was sekolah tadika kg dato' sulaiman menteri in 1982. i was sent there together with my brother. senang sama-sama pergi sekolah - that what i've told by mom. jadi, my classmates masa tu mostly age 6. i remembered bawak papan hitam kecik dengan kapur untuk tulis ABC. banyak aktiviti tampal-menampal gambar yang menggunakan gam. last-last my mom buatkan gam kanji untuk di bawa ke sekolah, jimatlah duit sikit. bila sampai sekolah, gam kanji tu kami buat macam teh tarik, dan lambung-lambung gam tu between two containers, tetiba, bertempek gam tu jatuh atas lantai. then we scraped it off the floor, gam dah jadik kotor, but we didn't care. selamba guna gam tu tampal-tampal kertas, and shared it amongs friends. hasilnya? punyalah kotor buku kitorang! buku sekolah hampir lunyai dek glue overdose. heh heh. tapi cikgu tak marah. nope. they were bunch of a very kind ladies. even masa tu my parents couldn't afford to buy pinafore - i was among 2-3 kids yang tak pakai uniform. ada sorang cikgu tetiba je dia cakap dia nak tolong jahitkan my pinafore without any cost! ah, thank you teacher. yup, i'm not good in remembering names. but those gestures - i won't forget that for my whole life.

then, my mom sent us pergi mengaji kat rumah cik esah - she was my cikgu mengaji sampailah khatam quran dan khatam berzanji. orang johor la katakan, belajar mengaji kenalah belajar berzanji sekali.

lepas setahun bersenang lenang kat rumah, i was sent to attend my primary school - sek. keb. sri amar. cikgu-cikgu kat sekolah ni pon baik-baik belaka - all were like mother- and father-figures to me. teringat kat cikgu shamsudin sebab dia kelakar, tapi kalau naik angin (marah) memang macam orang hilang akal! habih budak-budak dia tempeleng, pelempang, sepak terajang. ngeri giler! me? heh heh.. budak baik, setakat kena cubit, kena pulas perut dan kena pukul tapak tangan dengan pembaris besi biasalah. :P

then, i hopped between schools - SIGS and KTAM - finally landed on STF. i met a lot of great teachers along the way.
pn. norley (cikgu maths) - no, i'm not gifted in maths. i had it easy becoz u are such a good teacher plus lots of homeworks.
pn. kamisah (cikgu kimia) - thanks for believing in me. i'm sorry i never really finished all the lab reports and notes. bukan degil atau malas, rupa-rupanya saya rabun jauh, tapi masa tu tak tau. dah le duduk meja belakang sekali waktu kimia, punyalah lembab salin nota. bila dah ketinggalan, i copied lirik lagu 'sometimes love just ain't enough' instead. heh heh.

to all the teachers termasuk cikgu2 praktikal sekali - happy teacher's day! :)

Tuesday, May 09, 2006

oh kasik

iman: adik! nyanyi 'jatoh cinta dengan' dik!
adik: jatoh tika dengannn.... jatoh tika dengannnn... *adik nyanyi lagu adam*
iman: hahahahahahha... adik cakap 'jatoh tika dengan' pulak! *iman gelak tergolek*

hmm.. macam la abang iman nyanyi betul sangat. 'oh kasikk.. oh kasikk.. ku berterima kasikkk...' - boleh?

ayu pulak jalan masih lagi terhoyong-hayang, tapi dah boleh melompat dua kaki without holding anything. mesti dia teruja tengok abang-abang dia melompat-lompat keliling rumah, she doesn't hesitate to try. and her first word? aaayerrr (air).


JATUH (ADAM)

Di manakah pemandangan terindah di dunia?
Puas ku cari setelah jauh melangkah
Hingga takdir menyuluh ke arah mu
Ku temu pemandangan itu terlakar di wajahmu

Dengan setiap renungan
Terpesona ku rasakan
Dengan setiap belaianmu hati makin tersentuh

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Dalam berjuta-jutaan lagu
Tiada satupun dapat menenteramkan kalbu
Melainkan bila kau menyebut
Ke telinga bahawa kau juga sayang padaku

Dengan setiap lafaz kata
Harapan makin menyinar
Untuk kita bersama membina hidup bahagia
Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan kamu

Ku rasa setuah-tuah manusia
Nikmati hidup dengan wanita yang ku cinta

Oh kasih, oh kasih
Ku berterima kasih
Padamu kerana menyempurnai hidupku
Dan sakit dah sungguh aku asyik terjatuh
Jatuh cinta dengan...

Jatuh cinta dengan..
Jatuh cinta dengan... kamu...

mom's day

my mom is one tough woman. dia seorang yang tegas, berdisplin, sikit lagi je nak jadi ala tentera. nasib baik tak. yang bagusnya, makan pakai kami dua beradik memang teratur. dari kecik dah biasa makan ikut time, breakfast - lunch - minum petang - dinner before maghrib - supper before we went to bed. i had dumex for breakfast up to darjah 6, and sometime kalau ada lebih duit dapat minum milo. i was so a dumex kid, kalau tukau susu lain, memang takleh minum! macam nak termuntah la pulak. tapi yang herannya, bila masuk asrama, minum susu tepung bantuan kerajaan, boleh pulak?

my mom betul-betul mengambil berat tentang pelajaran. for her, education comes first! she bought a lot of books for us to read. she sent us to library - perpustakaan awan negeri johor depan pantai lido - for us to borrow books or to attend story-telling session held there, on saturday.

she's so strict and tough to us. takde langsung la nak bermanja-manja. she afraid it'll spoilt us. but, i got six aunts to fill the blanks. being the only niece for about a decade made me an apple of their eyes. dibelikan macam-macam, tempat bermanja dan bergurau senda - we're so close, hingga ramai yang ingatkan i'm their youngest sist. afterall, i don't have any sister. pergi sawah dengan mektam - makan nenas cicah kicap pedas dan mi siput dengan sambal tumis ikan bilis. pergi shopping dengan mokde berjam-jam dan makan macam-macam. kena geletek sampai terkencing oleh maklang - pepagi buta, tak sempat nak bukak mata dah kena geletek. lagisatu, maklang terer masak makanan johor - laksa, soto, memang sedap! bergaduh dengan makcik - biasakla, dalam ramai-ramai tu mesti ada sorang yang kita tak ngam. but still i glad to have her around. bisa merwarnai hidupku. baca buku variasari yang mokteh beli - tak pernah miss walau sebulan (tapi sekarang mokteh kumpul anjungseri pulak. yey! free-reading. bestnya!)

then, there's my mom-in-law. yang segala masakannya, sedap sehingga menjilat jari! paling world lah!

to all moms i mentioned above. thanks for being there. i love you all with all my heart.

Thursday, April 27, 2006

salah nombor

pagi tadi dengar topik pagi di era. pasal salah nombor. heh heh. teringat masa tengah dalam pantang dulu, masa tu kat tangkak. hubby on the way dari kuantan nak balik ke tangkak. dah petang, masih tak sampai. so i tried to call him. dia ikut jalan kuantan-segamat, coverage tak ada agaknya. maklumlah, jalan hutan. kena lah cuba berkali-kali baru dapat.

'hello? kat mana tu?' i spoke fast, takut hilang connection. 'kat ampang.' came the reply, a man's voice. i hang up the phone dan gelak tergolek. heh heh. salah nombor daaa... yang mamat tu pulak, punyalah innocent, terus je jawab. bukan nak tanya sapa ke apa. hahahah.

moral of the story: bagilah salam dulu.

Thursday, April 20, 2006

treasure hunt!

mencari harta karunpromoting acara treasure hunt organized by STFOGA. marilah beramai-ramai! Tarikh 22 April 2006. Hari sabtu. Bertempat di sekitar lembah klang. Yuran penyertaan RM400 setaip kereta. Hadiah utama berjumlah RM1500!!


added on 25 april 2005: gambar-gambar mereka dan keluarga mereka.. sungguh meriah!

Tuesday, April 18, 2006

sweet home

baru je lepas sarapan. rasberry jam sandwich prepared by hubbby (thanks dear). tak sempat nak makan kat rumah, tapau bawak ke opis.

we gonna buy a landed house. setelah lama berada di alam kayangan, it's about time a get ourself a piece of land. hajat di hati nak rumah yang tanah besar sikit. tapi kat puchong ni, harga rumah punyalah mahal. kalau beli jauh-jauh sangat kang, harga minyak dan harga tol la pulak tinggi. iysk. dilemma. lepas tengok sana sini, pusing-pusing sampai ke nilai dan sepang, we finally have our eyes settled on one of the properties in puchong. takde lah puchong sangat, alamat je puchong, tapi geran mukim dengkil, sepang. tu taktik nak naikkan harga rumah la tu. puchong's market value and appreciation is much higher than dengkil. itu la pasal.

sekarang ni, sepanjang hari asyik teringat-ingat dan berangan-angan saje - rumah nak cat kaler apa, kalau tingkat bawah kaler light yellow, peach or green (bukan semua kaler, pilih satu je tau!) ok jugak. tingkat atas kaler light blue. or very light purple. bathroom lak kaler orange or bright pink. kewl!

photo from terra garden laman kat belakang tu, kalaulah boleh letak small water features ke, mini pagola ke, letak pokok-pokok lebih sikit (pokok-pokok yang senang nak jaga dan mudah hidup), tanam rumput karpet - bagi nampak sejuk dan nyaman je rumah tu nanti. ni kalau ada budget lebih la. heh heh. syoknya berangan.

Monday, April 17, 2006

wasiat

attended a briefing by amanah raya berhad just now. it stressed on the important of wasiat writing. it's not new to me. i already have it stucked behind my head - the wasiat - because i want to make sure, when i die, my children will get their haq. and i want to leave them a letter saying that it's not their faults or my fault that i was taken away - it just a fitrah hukum alam. and i want them to know that i love them very very much. i want them to be anak soleh dan solehah, i want them to be the best ummat on earth.

tapi bila nak tulis saje, i feel like i'm going to die straight away. i'm so much in denial, hoping that i can live forever - at least dapat tengok anak-anak jadi orang. padahal Allah kata kalau dah sampai ajal, sesaat pun tak akan dipercepatkan atau dilambatkan. mati itu pasti. tapi orang mati mudah urusannya. bila dah selesai tanam habih cerita. tapi, bagi yang hidup perlu meneruskan kehidupan seperti biasa. adakah nasib anak-anak nanti terbela? who else can love them as much as me?

ah. writing this posting alone make me sebak dan bergenang air mata. i can do this. there's no reason for me to procrastinate any longer. the ARB forms are all in front of me, waiting to be filled. be strong. lawan la sikit perasaan tu. kalau mati tak sempat tinggalkan wasiat lagi menyesal karang.

p/s: no, i have no any critical deseases or something. and i don't even know when my ajal will come. this is just a normal procedure. everybody should make their own wasiat. itu saja. cuma diri ini je yang terlebih emo.

Monday, April 03, 2006

15k

April 2003. Iman 6mths. kancil 3yrs
dah dekat 6 bulan baru dapat. besok pergi menara untuk setelkan baki loan kereta. takde lah gaji kena potong tiap-tiap bulan lagi. yang sedihnya, orang lain habis bayar loan, ada kereta. ni pulak, bayang-bayang kereta pun dah tak nampak. uwaaa!! babai kancil why544. this post is a tribute to you.