Friday, July 24, 2015

Syawal 1436h

Dah seminggu 1 syawal berlalu.. badan aku yg slim lepas puasa sebulan, dah bagai dipam-pam semula. Isnin minggu depan mmg tekad nak puasa balik.. takleh jadik dah ni..

Aku terasa rindu nak berbuka puasa dan solat berjemaah di masjid2.. rindu nak makan minum ala kadar.. rindu nak berbual2 dgn org yg baru kenal.. seronok rasa bila ada makcik2 peramah yg pass kan makanan yg dibawa, suruh kita rasa, mcm dah kenal lama.. seronok berborak dgn adik2 dewasa, kalau aku ada adik lelaki yg available, mmg sah aku kenen2kan.. tenangnya hati masa solat berjemaah, takyah pikir pinggan nak basuh, meja nak kemas.. takyah nak pikir budak2 buat apa, dah solat ke belum.. we were all there, together.

Dan, sambutan raya pada tahun ini pada aku amat sederhana. Tujuan aku meraikan hari raya hanya utk menggembirakan hati keluarga sahaja, terutama mak aku, mertua dan anak2... aku rasa itu lebih bernilai.. berada disamping mereka, berbual2, memenuhi keperluan dari segi membelibelah sampailah menolong buat itu dan ini...

Mmg betul, segalanya skrg perlukan duit, tapi duit bukanlah segala2nya.. aku nak tergelak bila mak aku bagi sepeket  biskut kering cap pingpong sbb takde apa nak balas katanya dah aku belikan mcm2 kat dia... but deep down, itu yg buat aku sayu.. setiap kali aku nak balik puchong, ada je mende yg dia nak bekalkan.. w/pun kdg2 aku takde bawak apa2 pun kat dia..